Sabtu, 31 Disember 2016

BICARA YB/TAHUN BARU 2017

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Kaitkan semua yang menimpa kita dengan 
ketetapan Allah.
Kaitkanlah semua yang berlaku disekeliling kita dengan
kebesaran Allah.

Yakinlah hanya Allah yang boleh memberi menafaat,
Allah juga yang boleh memberi mudharat.

Sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa,
Makhluk tidak berkuasa jika tidak dengan izinNYA.

Selamat berusaha untuk terus jadi insan soleh dan
solehah mengikut perintah Allah,
 berdasarkan acuan Rasullulah s.a.w.

Jaga solat awal waktu.
Solat berjemaah bagi yang bergelar lelaki.
Tutup aurat sempurna bagi wanita,
Quran, zikir, dan sunnah jangan ditinggalkan.
Kerana itulah sumber kejayaan.

Bilakah akan berlaku pengakhiran hidup ini
 kita tidak pasti,
Kerana syarat mati bukan tua,
Syarat mati bukan sakit,
Syarat mati bukan bila kita sudah bersedia,
Mati  boleh berlaku bila bila, di mana saja.

Saya mendoakan semua yang mengenali saya
beroleh rahmat Allah s.w.t. hendaknya.



Selamat tahun baru 2017 dari saya  dan keluarga.

Ahad, 18 Disember 2016

BICARA YB/KEMBARA IMAN, ILMU DAN AMAL

Alhamdulillah. Pagi yang indah di Amman Jordan.


"Bawa pakaian untuk 2 hari di Palestin. Selebihnya
tinggal dihotel. Pihak hotel akan menyediakan
sebuah bilik untuk menyimpan semua beg pakaian
 kita  sementara kita  ke Palestin". Begitulah
menurut mutawwif.

Selesai lawatan di Palestin kami akan datang kembali
kehotel yang sama untuk menginap semalam lagi sebelum
berangkat ke Madinah.

Usai sarapan, kami semua berkumpul di hadapan hotel.
Bas yang akan membawa kami ke sempadan
sedia menanti.

Menelurusi jalan menuju ke Palestin membuatkan hati
berdebar. Teringat persanan Ustaz Fared sebelum
berangkat.

"Banyakkan berdoa. Mohon  semoga Allah permudahkan
urusan kita disempadan."

Teringat juga akan cerita Ustaz Abdullah Al Amin
di dalam corong radio Ikim.

"Mereka (orang Israel) suka cari pasal dengan pelancong
yang ingin melintasi sempadan. Terutama orang
Islam".

Semoga Allah permudahkan. Itulah doa yang ada dihati.

Sebelum melintasi sempadan bas yang  kami naiki
berhenti di sebuah tempat membeli belah.

Allahuakbar. Barangan cenderahati  yang amat menarik, namun
aku membatalkan niat membelinya kerana tersangat
mahal.

Masa yang diberi kepada kami hampir sejam.
Kami hanya gunakan untuk mencuci mata dan
bergambar kenang kenangan.

Masjidil Aqsa semakin hampir!!!!.







Sabtu, 17 Disember 2016

BICARA YB/KEMBARA IMAN, ILMU DAN AMAL


Alhamdulillah.
 Semua yang telah disusun berjalan seperti yang dirancang. 
Setelah selesai lawatan makam para sahabat  
kami dibawa mendaftar masuk dihotel  Al Fanar  Palace
Bandar Amman Jordan.

Alhamdulillah. Suami dan isteri diberi menginap dengan
pasangan masing masing tanpa bayaran tambahan.
 Bulan madu buat kami pasangan klasik ini.

Seperti rakan rakan lain kami berehat dengan selesa
  sambil aku sibuk  memikirkan perjalanan seterusnya 
yang akan berlaku esok. 
Masjidil Aqsa. Kami semakin hampir denganmu !!!!!.


Rabu, 23 November 2016

BICARA YB/KEMBARA IMAN, ILMU DAN AMAL

Alhamdulillah. Masih diupayakan oleh Allah untuk
menyambung cerita kembara ini.

Kembara seterus kami selepas Kota Suci Mekah  ialah
 Amman Jordan.

Alhamdulillah. Kami selamat mendarat dilapangan terbang
bandar Amnan. Setelah selesai urusan di langan terbang 
kami terus dibawa melawat makam makam para sahabat.
Ramai rupanya para sahabat yang syahid dan di makamkan
dibumi berkah ini.

Meskipun menurut pemandu pelancung dan
Ustaz Muhamad Fared (mutawwif kami) bahawa
tidak ada kesahihan tentang ada atau tidaknya jasad
mereka disitu, namun kami amat bersyukur kerana
menjadi hamba pilihan Allah untuk menziarahi makam


mereka.

Sedikit gambar kenangan.


Dilapangan terbang Jeddah menanti penerbangan ke Amman.
 Suami dan Pak uda
 Rakan rakan jemaah wanita yang turut sama


 singgah makan tengahari di Amman


 Makam sabahat

 ustaz Muhamad Fared sedang memberi taklimat

Makam sahabat yang kami lawati.

Sesungguhnya Para Sahabat bertebaran di bumi Allah
untuk menyebarkan agama Suci ini.
Memang layak syurga Allah sediakan untuk mereka.

Jumaat, 18 November 2016

BICAYA YB/KEMBARA IMAN, ILMU DAN AMAL

Alhamdulillah.

Hari  ke dua kami di Mekah satu lawatan telah dibuat.
Taif. Tempat Nabi Mohammad  s.a.w. dilontar
 batu sewaktu cuba menyebarkan agama Islam.

Subhanallah. Menelusuri  jalan yang  pernah
dilalui oleh kekasih Allah itu amat menyayukan
hari.  

Mengenangkan. Jauhnya Baginda s.a.w. berjalan untuk
berdakwah.  Betapa tabahnya baginda. Tidak pernah
kecewa dan marah dengan layanan buruk penduduk
Taif kepada baginda saat itu. Menolak tawaran Allah
untuk membalas kejahatan yang diterimanya.

Allahuakhbar. Betapa mulianya hati baginda.
Perlu kita pelajari  dan contohi. 

Hajat kami untuk  melawat  tempat  dimana
Nabi s.a.w. berhenti selepas dilontar batu tidak
kesampaian. Ini adalah kerana jalan untuk menuju
kesitu sedang ditutup untuk baikpulih.

Walaubagaimanapun kami dapat singgah di satu tempat
lain yang juga merupakan tempat persinggahan
Nabi s.a.w. sewaktu ke Taif.

Tempat tersebut telah didirikan sebuah masjid
kecil. Aku dan rakan rakan sempat solat sunat
di sana. Memohon sepenuh hati agar  beroleh
shafaat baginda dihari manusia memerlukan shafaat.

Setelah itu kami melawat pasar buah di Taif.
Buah delima yang amat segar telah kami beli.
Sebelum berangkat pulang, kami telah  solat
Zohor di sebuah masjid berhampiran pasar tersebut.
Jauh disudut hati aku amat bersyukur dengan ziarah
ini.

 Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah


Pak uda dan ustaz Fared di pasar buah di Taif

Suamiku semasa di pasar buah di Taif

Tempat Nabi Muhammad s.a.w. berhenti di
Taif

Pandangan jauh masjid tempat Nabi s.a.w.
pernah berhenti semasa berada di Taif

Jumaat, 4 November 2016

BICARA YB/KEMBARA IMAN, ILMU DAN AMAL

Alhamdulillah. Allah permudahkan semua urusan kami.

Seperti yang telah dijelaskan dalam jemaah kami
Terdapat 2 orang jemaah OKU.

Pak Uda .  Abang kandungku sendiri. (57 TAHUN)
Fairuz. Jemaah dari Johor. (28 TAHUN)

Kadangkala aku terfikir juga adakah dengan adanya
mereka dalam jemaah kami maka banyak keistimewaan
yang Allah berikan kepada kami semua.
Hanya Allah yang mengetahuinya.

Semua ahli jemaah banyak membantu mereka berdua.
Alhamdulillah.

Semasa tawaf Pak Uda dipimpin oleh ustaz Fared
Manakala Fairuz dibantu oleh ahli keluarganya.

Sesunguhnya sepakat membawa berkat.
Sepanjang di Mekah keresahan kami tentang
amalan mereka berdua terlerai dengan baik.

Ada yang menakutkan kami sebelum berangkat.

Susah bawa OKU. Nanti kena dam apabila
mereka melanggar pantang larang.

Alhamdulillah. Allah Maha Mengetahui.

Mereka istimewa. Penerimaan terhadap
amalan mereka juga hanya Allah yang mengetahui.
Mumgkin juga istimewa.

Pak Uda suka bergambar. Terlalu banyak gambar
yang ada. Sebahagiannya aku poskan disini.

Guru istimewa untuk murid istimewa
Dulu hinģga dah bersara.

Sesungguhnya Allah Maha Besar. Menyusunnya
dengan cantik sekali.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah


Pak Uda dan isterinya. Di KLIA
Aku, suami, emak dan Pak Uda


Pak Uda dan susmiku di lapangan terbang Jeddah
Pak Uda di pasar buah Taif

Pak Uda dan Ustaz Fared

Bersama Muhamad Fairuz dan ibunya

Khamis, 3 November 2016

BICARA YB/ KEMBARA IMAN, ILMU DAN AMAL.


Gambar selepas tawaf wida'

















Alhamdulillah. Semua perkara  dipermudahkan sepanjang
Di Kota Suci Mekah.

Kerana musim haji baru berakhir, kota itu sunyi dari suasana
jual beli. Kedai yang dibuka boleh dikira dengan jari.
Hikmahnya ialah,  tumpuan kami  lebih  kepada beramal
berbanding  membeli. Alhamdulillah.

Allah kumpulkan  kami   sebilik dengan insan insan yang  sama
fikirnya.  Tempuh yang  singkat  {3 hari}  kami , dipenuhi dengan
 ibadah.   Tawaf, Saie , solat, membaca al Quran , berzikir dan berdoa.

 Tidak terlupakan, membaca  doa-doa yang dikirim oleh anak-anak
 menantu, saudara mara,  sahabat handai  samada yang tertulis di buku
 nota,  di kertas mahupun whatsapp.  Diulang berkali-kali di hadapan
Pintu  Kaabah mahupun di Hijir Ismail. 

Itulah nikmat besar daripada Allah  yang  amat  kami syukuri.

Bukanlah satu bebetulan. Namun ia adalah  satu hadiah buat
kami. Di dalam jemaah kami terdapat   seorang  mutawwif wanita
yang berpengalaman. Dia banyak  membantu kami  sepanjang
di Kota Suci itu. Terutama dalam soal ibadah.  Semoga Allah
merahmati beliau.

Oleh kerana makanan tidak tersedia dihotel, maka kami  tidak
perlu pulang  kehotel apabila tiba waktu makan. Beli  apa yang ada,
asal mengeyangkan perut dan dapat  memberi  tenaga. Masa kami
lebih banyak di masjid berbanding  bilik hotel.

Hari Ahad  malam kami sampai di Kota Suci itu, hari
Rabu pagi kami perlu meninggalkannya.  Hari- hari yang
berlalu terasa   amat singkat  sekali. 

Namun kami amat bersyukur  kerana  dalam waktu singkat
itulah kami dapat beribadah  dengan selesa  dan kyusuk.

Mutawwif  berkali-kali mengingatkan  perkara- perkara  yang
dilarang  bagi  jemaah untuk melakukannnya selepas Tawaf Wida'.
Antaranyanya ialah  tidak dibenarkan  bergambar. Kami patuhi 
semua syarat demi umrah yang mabrur.

Airmata bercucuran. Membaca doa dan maknanya  selepas tawaf wida'.
Penuh keinsafan dan harapan. Semoga kami dijemput
beribadah dan mengucup hajar aswad sekali lagi di Baitullah itu
sebelum meninggalkan dunia yang  fana ini.

Amin , Amin, Amin  Ya Allah.


Selasa, 1 November 2016

BICARA YB/KEMBARA IMAN, ILMU DAN AMAL 1


Alhamdullilah. Semua  perkara di permudahkan oleh Allah.

Sebak tidak terkira  tatkala melihat Baitullah tersergam di
hadapan mata. Syukur atas nikmatNYA kerana memilih
kami untuk berada diRUMAHNYA saat itu.

Sesungguhnya Allah sahaja yang tahu hati ini kerana dapat
mengelilingi Baitullah dengan tenang dan tidak berasak-
asak sepertimana tahun 2003 sewaktu menunaikan haji.

Jemaah tidak ramai saat itu.  Kemungkinan besar  daripada
Malaysia hanya kami. Terdapat juga jemaah  Indonesia.Selebihnya
adalah bangsa Arab.

Kami dapat menyelesaikan  tawaf  dalam masa yang singkat.
Bacaan setiap kali pusingan tawaf juga dapat kami selesaikan
dengan baik kerana sekitar kaabah sangat lengang. Kami
dapat membaca buku doa sambil melakukan tawaf dengan
mudah.

Syukur Ya Allah. Atas nikmat yang amat besar untuk
kami.

Entah doa siapa, atau mungkin ada insan soleh yang Allah
sangat kasihi dalam jemaah kami. Sehingga kami dapat
menumpang nikmat yang amat besar itu.

Mengenangkan kelemahan dan dosa dosa sendiri rasanya
aku tidak layak menerima nikmat  beribadah seperti  yang
yang tercatat.

Mengucup hajar aswad, solat dan berdoa di Hijir
Ismail .Berdoa dekat dengan pintu kaabah.
Semuanya tidak perlu bertolak tolak. Cuma perlukan
sedikit masa menunggu giliran.

Pada saat itu pintu kaabah boleh disentuh kepada yang
teringin menyentuhnya.



Nikmat Allah yang Maha Besar.
Alhamdulillah.


Isnin, 31 Oktober 2016

BICARA YB/KEMBARA IMAN, ILMU DAN AMAL 1

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Kami telah dimaklumkan oleh Ustaz Fared bahawa
semasa di Mekah pihak hotel  tidak menyediakan
makanan untuk kami. Kami perlu membeli makanan
sendiri sepanjang disana.

Ini adalah kerana musim haji baru berakhir,
semua pekerja bercuti. Tambahan bilangan jemaah
kami yang sedikit menyebabkan tidak ada pihak
kathering yang  mahu menyediakan makanan.
Mungkin tidak banyak untungnya.

Oleh itu, dalam perjalanan ke Kota Mekah bas yang
kami naiki  berhenti di sebuah kedai makan nasi Arab.

Hidangan nasi arab yang  sangat lazat. Sedulang nasi
 berkongsi 4 orang jemaah. Bagi jemaah lelaki tidak
 bermasalah. Boleh diselesaikan. Namun  bagi kami jemaah
 wanita adalah tidak termampu untuk kami menghabiskannya.

Terasa sangat membazir. Saat itu juga teringat anak-anak
kecil di negara negara yang mengalami musibah.
Ada yang mati kelaparan dan ada yang makan rumput
sebagai mengalas perut.  Semoga kami diampuni.

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan menuju
destinasi. Kota Mekah. Kota Suci.



BICARA YB/KEMBARA IMAN , ILMU DAN AMAL 1


16 Oktober -27 Oktober

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Dipilih oleh Allah untuk bersama Al Zahabi Travel
SDN BHD ke tempat tempat suci buat Umat
Islam.
Mekah-Jordan-Palestin- Madinah.

Jumlah ahli jemaah kami adalah seramai 23
orang termasuk Ustaz Mohamad Fared bin Jaapa
selaku mutawwif.

9 jemaah wanita ,selebihnya lelaki termasuk
2 orang insan istimewa. (OKU slowleaner/epilepsi
dan OKU slowleaner/pendengaran).

DI LAPANGAN TERBANG KLIA
Allah menguji. Sewaktu ingin memasuki  pesawat
jemaah lelaki tidak dibenarkan berpakaian ihram
dengan alasan visa kami adalah visa  transit dan ziarah
bukan untuk umrah.

 Menurut pegawai tersebut, kami akan ditahan 
di lapangan terbang Jeddah kelak dan
mungkin diarah balik jika berpakaian ihram.

Kami semua amat terkejut dengan kenyataan   tersebut
terutama Ustaz Mohamad Fared. Semua jemaah lelaki
diarahkan menukar kembali pakaian ihram yang telah dipakai.
Mereka terpaksa akur dengan arahan yang diterima.
Ustaz Mohamad Fared kelihatan sibuk menelefon pihak
agensi untuk  kepastian. 

Kami semua diarah segera masuk kepesawat kerana masa 
untuk berlepas telah hampir.
Dalam keadaan terpinga pinga kami berjalan pantas
memasuki pesawat  sementara Ustaz Fared mengekori
kami dari belakang.

Berdasarkan jadual yang ada kami akan menunaikan
umrah pertama sebaik sampai di Mekah pada malam itu.
Kami telah siap mandi sunat ihram dan akan berniat
didalam kapalterbang sebaik melintasi kawasan miqat.

Bagi jemaah wanita, kami tidak menghadapi sebarang masalah,
pakaian kami yang menutup aurat  telah memehuhi syarat sah
berihram.

DIDALAM PESAWAT
Perbincangan dibuat. Keputusan diambil. Berniat apabila
melalui miqat dan menukar pakaian ihram apabila
tiba di hotel  Mekah.Wajib bayar dam bagi jemaah lelaki.
Apabila hampir 1 jam melalui kawasan miqat kelihatan
Ustaz Mohamad Fared bertemu seorang pramugara dan
bertanya tentang keadaan sebenar dilapangan
terbang Jeddah.

Dengan fasihnya berbahasa Arab sangat  membantu
Ustaz Fared  bagi mendapat penjelasan terpeinci daripada
pramugara tersebut.

Jelas lagi bersuluh perkara yang diwar-warkan kepada kami
sebenarnya tidak berlaku di Lapangan Terbang Jeddah.
Keputusan yang baru diambil. Semua jemaah lelaki diminta menukar
pakaian ihram dan berniat sewaktu melintasi kawasan
Miqat.

Kami selamat mendarat dan melepasi pemeriksaan
di lapangan terbang Jeddah dengan mudah sekali dan
menaiki bas menuju ke kota Mekah.

Alhamdulillah. Alhamdullillah. Alhamdulillah.
Kesenangan selepas mengalami kesukaran.
Itulah janji Allah kepada hamba-hambaNYA.