Alhamdulillah.
Hari ke dua kami di Mekah satu lawatan telah dibuat.
Hari ke dua kami di Mekah satu lawatan telah dibuat.
Taif. Tempat Nabi Mohammad s.a.w. dilontar
batu sewaktu cuba menyebarkan agama Islam.
Subhanallah. Menelusuri jalan yang pernah
dilalui oleh kekasih Allah itu amat menyayukan
hari.
Mengenangkan. Jauhnya Baginda s.a.w. berjalan untuk
berdakwah. Betapa tabahnya baginda. Tidak pernah
kecewa dan marah dengan layanan buruk penduduk
Taif kepada baginda saat itu. Menolak tawaran Allah
untuk membalas kejahatan yang diterimanya.
Allahuakhbar. Betapa mulianya hati baginda.
Perlu kita pelajari dan contohi.
Hajat kami untuk melawat tempat dimana
Nabi s.a.w. berhenti selepas dilontar batu tidak
kesampaian. Ini adalah kerana jalan untuk menuju
kesitu sedang ditutup untuk baikpulih.
Walaubagaimanapun kami dapat singgah di satu tempat
lain yang juga merupakan tempat persinggahan
Nabi s.a.w. sewaktu ke Taif.
Tempat tersebut telah didirikan sebuah masjid
kecil. Aku dan rakan rakan sempat solat sunat
di sana. Memohon sepenuh hati agar beroleh
shafaat baginda dihari manusia memerlukan shafaat.
Setelah itu kami melawat pasar buah di Taif.
Buah delima yang amat segar telah kami beli.
Sebelum berangkat pulang, kami telah solat
Zohor di sebuah masjid berhampiran pasar tersebut.
Jauh disudut hati aku amat bersyukur dengan ziarah
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan