Selasa, 1 November 2016

BICARA YB/KEMBARA IMAN, ILMU DAN AMAL 1


Alhamdullilah. Semua  perkara di permudahkan oleh Allah.

Sebak tidak terkira  tatkala melihat Baitullah tersergam di
hadapan mata. Syukur atas nikmatNYA kerana memilih
kami untuk berada diRUMAHNYA saat itu.

Sesungguhnya Allah sahaja yang tahu hati ini kerana dapat
mengelilingi Baitullah dengan tenang dan tidak berasak-
asak sepertimana tahun 2003 sewaktu menunaikan haji.

Jemaah tidak ramai saat itu.  Kemungkinan besar  daripada
Malaysia hanya kami. Terdapat juga jemaah  Indonesia.Selebihnya
adalah bangsa Arab.

Kami dapat menyelesaikan  tawaf  dalam masa yang singkat.
Bacaan setiap kali pusingan tawaf juga dapat kami selesaikan
dengan baik kerana sekitar kaabah sangat lengang. Kami
dapat membaca buku doa sambil melakukan tawaf dengan
mudah.

Syukur Ya Allah. Atas nikmat yang amat besar untuk
kami.

Entah doa siapa, atau mungkin ada insan soleh yang Allah
sangat kasihi dalam jemaah kami. Sehingga kami dapat
menumpang nikmat yang amat besar itu.

Mengenangkan kelemahan dan dosa dosa sendiri rasanya
aku tidak layak menerima nikmat  beribadah seperti  yang
yang tercatat.

Mengucup hajar aswad, solat dan berdoa di Hijir
Ismail .Berdoa dekat dengan pintu kaabah.
Semuanya tidak perlu bertolak tolak. Cuma perlukan
sedikit masa menunggu giliran.

Pada saat itu pintu kaabah boleh disentuh kepada yang
teringin menyentuhnya.



Nikmat Allah yang Maha Besar.
Alhamdulillah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan