Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Kami telah dimaklumkan oleh Ustaz Fared bahawa
semasa di Mekah pihak hotel tidak menyediakan
makanan untuk kami. Kami perlu membeli makanan
sendiri sepanjang disana.
Ini adalah kerana musim haji baru berakhir,
semua pekerja bercuti. Tambahan bilangan jemaah
kami yang sedikit menyebabkan tidak ada pihak
kathering yang mahu menyediakan makanan.
Mungkin tidak banyak untungnya.
Oleh itu, dalam perjalanan ke Kota Mekah bas yang
kami naiki berhenti di sebuah kedai makan nasi Arab.
Hidangan nasi arab yang sangat lazat. Sedulang nasi
berkongsi 4 orang jemaah. Bagi jemaah lelaki tidak
bermasalah. Boleh diselesaikan. Namun bagi kami jemaah
wanita adalah tidak termampu untuk kami menghabiskannya.
Terasa sangat membazir. Saat itu juga teringat anak-anak
kecil di negara negara yang mengalami musibah.
Ada yang mati kelaparan dan ada yang makan rumput
sebagai mengalas perut. Semoga kami diampuni.
Selesai makan, kami meneruskan perjalanan menuju
destinasi. Kota Mekah. Kota Suci.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan