Isnin, 31 Oktober 2016

BICARA YB/KEMBARA IMAN , ILMU DAN AMAL 1


16 Oktober -27 Oktober

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Dipilih oleh Allah untuk bersama Al Zahabi Travel
SDN BHD ke tempat tempat suci buat Umat
Islam.
Mekah-Jordan-Palestin- Madinah.

Jumlah ahli jemaah kami adalah seramai 23
orang termasuk Ustaz Mohamad Fared bin Jaapa
selaku mutawwif.

9 jemaah wanita ,selebihnya lelaki termasuk
2 orang insan istimewa. (OKU slowleaner/epilepsi
dan OKU slowleaner/pendengaran).

DI LAPANGAN TERBANG KLIA
Allah menguji. Sewaktu ingin memasuki  pesawat
jemaah lelaki tidak dibenarkan berpakaian ihram
dengan alasan visa kami adalah visa  transit dan ziarah
bukan untuk umrah.

 Menurut pegawai tersebut, kami akan ditahan 
di lapangan terbang Jeddah kelak dan
mungkin diarah balik jika berpakaian ihram.

Kami semua amat terkejut dengan kenyataan   tersebut
terutama Ustaz Mohamad Fared. Semua jemaah lelaki
diarahkan menukar kembali pakaian ihram yang telah dipakai.
Mereka terpaksa akur dengan arahan yang diterima.
Ustaz Mohamad Fared kelihatan sibuk menelefon pihak
agensi untuk  kepastian. 

Kami semua diarah segera masuk kepesawat kerana masa 
untuk berlepas telah hampir.
Dalam keadaan terpinga pinga kami berjalan pantas
memasuki pesawat  sementara Ustaz Fared mengekori
kami dari belakang.

Berdasarkan jadual yang ada kami akan menunaikan
umrah pertama sebaik sampai di Mekah pada malam itu.
Kami telah siap mandi sunat ihram dan akan berniat
didalam kapalterbang sebaik melintasi kawasan miqat.

Bagi jemaah wanita, kami tidak menghadapi sebarang masalah,
pakaian kami yang menutup aurat  telah memehuhi syarat sah
berihram.

DIDALAM PESAWAT
Perbincangan dibuat. Keputusan diambil. Berniat apabila
melalui miqat dan menukar pakaian ihram apabila
tiba di hotel  Mekah.Wajib bayar dam bagi jemaah lelaki.
Apabila hampir 1 jam melalui kawasan miqat kelihatan
Ustaz Mohamad Fared bertemu seorang pramugara dan
bertanya tentang keadaan sebenar dilapangan
terbang Jeddah.

Dengan fasihnya berbahasa Arab sangat  membantu
Ustaz Fared  bagi mendapat penjelasan terpeinci daripada
pramugara tersebut.

Jelas lagi bersuluh perkara yang diwar-warkan kepada kami
sebenarnya tidak berlaku di Lapangan Terbang Jeddah.
Keputusan yang baru diambil. Semua jemaah lelaki diminta menukar
pakaian ihram dan berniat sewaktu melintasi kawasan
Miqat.

Kami selamat mendarat dan melepasi pemeriksaan
di lapangan terbang Jeddah dengan mudah sekali dan
menaiki bas menuju ke kota Mekah.

Alhamdulillah. Alhamdullillah. Alhamdulillah.
Kesenangan selepas mengalami kesukaran.
Itulah janji Allah kepada hamba-hambaNYA.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan