"Bawa pakaian untuk 2 hari di Palestin. Selebihnya
tinggal dihotel. Pihak hotel akan menyediakan
sebuah bilik untuk menyimpan semua beg pakaian
kita sementara kita ke Palestin". Begitulah
menurut mutawwif.
Selesai lawatan di Palestin kami akan datang kembali
kehotel yang sama untuk menginap semalam lagi sebelum
berangkat ke Madinah.
Usai sarapan, kami semua berkumpul di hadapan hotel.
Bas yang akan membawa kami ke sempadan
sedia menanti.
Menelurusi jalan menuju ke Palestin membuatkan hati
berdebar. Teringat persanan Ustaz Fared sebelum
berangkat.
"Banyakkan berdoa. Mohon semoga Allah permudahkan
urusan kita disempadan."
Teringat juga akan cerita Ustaz Abdullah Al Amin
di dalam corong radio Ikim.
"Mereka (orang Israel) suka cari pasal dengan pelancong
yang ingin melintasi sempadan. Terutama orang
Islam".
Semoga Allah permudahkan. Itulah doa yang ada dihati.
Sebelum melintasi sempadan bas yang kami naiki
berhenti di sebuah tempat membeli belah.
Allahuakbar. Barangan cenderahati yang amat menarik, namun
aku membatalkan niat membelinya kerana tersangat
mahal.
Masa yang diberi kepada kami hampir sejam.
Kami hanya gunakan untuk mencuci mata dan
bergambar kenang kenangan.
Masjidil Aqsa semakin hampir!!!!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan