Rabu, 27 Februari 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ CAT KASUT
Majlis pelantikan pengawas akan bermula bila-bila masa sahaja.
Beberapa orang murid pendidikan khas terlibat dengan majlis
pelantikan tersebut.
Seorang daripada murid perempuan yang sepatutnya terlibat
tidak lagi kelihatan.
Aku merungut, "Berbuih mulut mengingatkannya sebelum balik
semalam, tak ingat juga.Nak kenalah lepas ni".
Sebaik sahaja perasmi sampai, kulihat dia muncul di pintu
pagar sekolah. Dari jauh wajahnya kelihatan takut.
Aku melambai ke arahnya . Dengan lemah dia melangkah menuju
ke arahku. Tangannya kutarik kasar ke kelas. Kalau diikutkan hati
memang dah kena.
"Mengapa lambat?" soalku geram.
Dia merenung mataku, minta simpati.
"Kasut basah cikgu, tunggu kering".
Mataku tertumpu ke arah kasutnya.
Ada yang tidak kena. Aku membongkok dan menyentuh kasut
hitam yang dipakainya.
Subhanallah, cat hitam rupanya.
Perasaan marahku jatuh terjelepuk. Terngaga melihat kebenaran
yang terjadi di hadapan mata.
"Mengapa cat kasut?" tanyaku inginkan kepastian
"Bapa tak ada duit nak beli kasut hitam cikgu" jawabnya ketakutan.
Rasa macam nak tampar muka sendiri pada masa itu. Teruknya aku.
Lemahnya pengurusanku.Tidak tahu betapa susahnya murid itu.
Betapa sedihnya kerana hanya untuk membeli sepasang kasutpun
dia tidak mampu. Itu sahaja pilihan yang dia ada supaya tidak dimarahi.
Kuharap tidak berulang dalam sejarah kehidupan sebagai seorang
guru pendidikan khas.
Isnin, 25 Februari 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ADAKALANYA
Sebelum menulis lebih panjang lagi inginku nyatakan
di sini bahawa karya di dalam blog ini bukan bertujuan
mengata sesiapa.
Ia hanyalah hasil pembelajaranku dengan persekitaran
sepanjaang bergelar guru pendidikan khas.
Ia aku susunkan semula untuk jadi bahan bacaan
kita bersama.
Ingin kujelaskan bahawa dengan menulis bukan bererti
aku cukup sempurna. Menulis adalah hasil daripada
penilaian kepada kekurangan diri sendiri. Maka setiap
ayat yang mewakili KITA bererti ia adalah nasihat
untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang sudi memahami.
Atau dalam erti kata lain, ia lahir daripada hati, turun ke hati
dalam membentuk peribadi sendiri agar dikasihi Ilahi .
Baca dan fahamilah:
Adakalanya kita bekerja kerana ingin dilihat,
bukan kerana pahala yang akan kita dapat.
Apabila ditegur kita susah hendak terima,
kerana merasa diri cukup sempurna.
Selalu salahkan orang lain.
Mengaku kesalahan sendiri adalah tidak mungkin.
Kerana tidak jujur kita selalu resah,
Kerana suka mengata kita selalu gelabah,
Terlalu banyak berbohong buatkan kita serba salah.
Terlalu banyak berdalih buat kita tak tentu arah.
Pun begitu kita teruskan juga perbuatan mazmumah,
Meskipun ianya tidak bermaruah.
Jujurlah dalam tugas kita,
Betulkan niat kita,
Baiki akhlak kita,
Tidak ada manusia yang sempurna,
Meskipun begitu, tidak salah jika kita sentiasa menerima,
Segala yang datang kepada kita,
Sebagai satu nasihat berguna,
INSYAALAH
di sini bahawa karya di dalam blog ini bukan bertujuan
mengata sesiapa.
Ia hanyalah hasil pembelajaranku dengan persekitaran
sepanjaang bergelar guru pendidikan khas.
Ia aku susunkan semula untuk jadi bahan bacaan
kita bersama.
Ingin kujelaskan bahawa dengan menulis bukan bererti
aku cukup sempurna. Menulis adalah hasil daripada
penilaian kepada kekurangan diri sendiri. Maka setiap
ayat yang mewakili KITA bererti ia adalah nasihat
untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang sudi memahami.
Atau dalam erti kata lain, ia lahir daripada hati, turun ke hati
dalam membentuk peribadi sendiri agar dikasihi Ilahi .
Baca dan fahamilah:
Adakalanya kita bekerja kerana ingin dilihat,
bukan kerana pahala yang akan kita dapat.
Apabila ditegur kita susah hendak terima,
kerana merasa diri cukup sempurna.
Selalu salahkan orang lain.
Mengaku kesalahan sendiri adalah tidak mungkin.
Kerana tidak jujur kita selalu resah,
Kerana suka mengata kita selalu gelabah,
Terlalu banyak berbohong buatkan kita serba salah.
Terlalu banyak berdalih buat kita tak tentu arah.
Pun begitu kita teruskan juga perbuatan mazmumah,
Meskipun ianya tidak bermaruah.
Jujurlah dalam tugas kita,
Betulkan niat kita,
Baiki akhlak kita,
Tidak ada manusia yang sempurna,
Meskipun begitu, tidak salah jika kita sentiasa menerima,
Segala yang datang kepada kita,
Sebagai satu nasihat berguna,
INSYAALAH
Ahad, 24 Februari 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PPM
HIDUP PERLUKAN PERUBAHAN. UBAHLAH DIRI SENDIRI
JIKA INGIN ORANG LAIN BERUBAH.
PPM ADALAH singkatan daripada perkataan Pembantu
Pengurusan Murid. Jawatan ini diwujudkan dalam
Program Pendidikan Khas bermula pada tahun 2008.
Pada awal kehadiran mereka membawa banyak cerita
positif juga negatif. Dalam mesyuarat penyelaras selalu
dibincangkan.
Aku secara peribadi kurang bersetuju dengan kewujudan
jawatan ini dalam Program Pendidikan Khas. Dengan elaun
RM 250 yang diperolehi oleh guru pendidikan khas sahaja
berbagai versi cerita keluar daripada setiap mulut guru-guru di
aliran perdana. Semua adalah ujian Allah kepada yang bergelar
guru pendidikan khas.
Ditambah lagi dengan kemudahan PPM. Cerita tentang
guru pendidikan khas semakin hebat dibincangkan.
Pun begitu, kata-kata mereka memang ada kebenarannya.
Kesimpulan yang mereka buat tentang masalah guru pendidikan
khas sebenarnya berpunca daripada sikap segelintir guru pendidikan
khas yang kurang rasa tanggungjawap.
Berbalik cerita tentang PPM. Dalam satu sesi mesyuarat isu PPM
dibincang dengan begitu panjang lebar. 80% penyelaras /GPK PK yang
hadir dalam sesi mesyuarat itu memberi pandangan yang negatif
tentang PPM. Aku dan beberapa rakan lain mempunyai pandangan
yang berbeza.
"PPM sekolah saya tidak tahu buat kerja, semua tunggu arah"
"PPM sekolah saya berlagak"
"PPM sekolah saya melawan guru-guru"
"PPM sekolah saya tidak mahu basuh berak kencing budak-budak"
"Dia orang memang tak minat buat kerja, sebab tak de kerja tu yang jadi
PPM"
"PPM sekolah saya berlagak macam cikgu"
Ada banyak lagi yang tidak dapat nak dituliskan.
Selepas mesyuarat aku bertemu seorang GPK PK yang begitu
hebat bercerita tentang masalah PPMnya.
" Maaf cikgu , saya hanya nak beri pandangan," kataku memulakan
tajuk perbualan.
"Dari cerita cikgu tadi, saya rasa PPM sekolah cikgu itu
memang teruk sangat".
"Betul, cikgu," jawabnya.
"Satu perkara saya nak tanya iaitu, cikgu dah siasat atau tidak
sikap cikgu-cikgu pendidikan khas sendiri?".
"Saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak, tapi saya
harap nasihatkan dahulu cikgu-cikgu untuk berubah sikap jika
ingin PPM berubah."
"Jika tiada perubahan juga, panggil PPM tersebut dan berikan nasihat.
Mereka terlalu baru , dan perlukan bimbingan daripada kita semua..
Insyaallah, jika kita ikhlas perubahan pasti berlaku" .
Setelah kujelaskan kepada GPK PK tersebut tentang maklumat yang
aku tahu mengenai sikap guru-guru di sekolahnya, baru GPK itu
menyedari kesilapannya .
Dia berjanji untuk berusaha menegur sikap guru-guru pendidikan khas
supaya mereka dihormati oleh PPM.
JIKA INGIN DIRI DIHORMATI, BELAJARLAH MENGHORMATI
ORANG LAIN.
Jumaat, 22 Februari 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ IKHLAS
Perasaan ikhlas adalah milik Allah. Tidak semudah
kata-kata untuk mendapatkan perasaan ikhlas dalam
semua aspek kehidupan. Semuanya adalah dengan keizinan
Allah.
Kerja syaitan memburu kita dengan berbagai muslihat setiap
kali ingin melakukan sesuatu kebaikan agar ianya tidak
ikhlas lillahitaala. Adakalanya setelah berpenat lelah melakukan
sesuatu tidak ada pahala yang kita dapat . Ini adalah kerana
bukan datang dari perasaan ikhas.
Kita buat kerana ingin dilihat oleh guru besar atau sesiapa
sahaja yang dirasakan boleh memberikan seuatu sebagai
balasan kepada kerja kita.
Kita lupa bahawa rezeki datang daripada Allah, bukan daripada
manusia. Kita lupa Allah yang menentukan segala-gala.
Mengenangkan seseorang menyebabkan aku menulis
tajuk ini.
"Aku nak cakap kau marahtak Mah?" kata guru senior itu
semasa membantu aku menggantung gambar di dinding kelas.
(Kerana terlalu rapat dia memang selalu membahasakan diri
"aku" apabila kami berbual ).
Aku memandang wajahnya dengan penuh tandatanya.
"Cakaplah, saya tak marah" jawabku dengan debaran.
Apakah yang ingin dikatakan guru itu.
Guru itu adalah seorang guru senior yang amat komited.
Sebenarnya dia telah layak untuk menjadi seorang penyelaras.
Tetapi dia menolak dengan berbagai alasan. Akhirnya aku
yang telah memegang jawatan itu.
Dia begitu banyak membantuku dalam keceriaan kelas.
Terlalu banyak yang telah dilakukan. Tidak dapat hendak
dikira dengan jari.
"Kalau ikutkan hati, aku malas nak tolongkau cantikkan kelas ni"
Katanya tanpa menoleh padaku.
"Kenapa pula" tanyaku kehairanan.
"Aku buat macam-macam untuk cantikkan kelas,
tapi nama dan anugerahnya engkau yang dapat"
Kebenaran memang ada dengan apa yang dikatakannya.
Banyak anugerah yang aku terima semasa bertugas
disekolah itu.
"Tapi". dia menyambung lagi. "Bila fikir-fikir balik,
aku buat bukan kerana engkau, tapi kerana Allah untuk
budak-budak ni" .
Sebak dada ini masih terasa hingga sekarang. Walaupun
ayat itu telah diucapkan berbelas tahun yang lalu.
Aku belajar banyak perkara daripada guru ini tentang
keikhlasan. Semua anaknya sangat berjaya dalam pelajaran.
Dia masih sihat boleh berkebun hingga sekarang walaupun
telah berusia.
Jadikanlah diri kita seperti guru ini jika inginkan kebaikan
dunia dan akhirat.Belajarlah untuk ikhlas dalam semua perkara.
Insyaallah.
Rabu, 20 Februari 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/DAPATKAH
Dapatkah dengan hanya bercuti 3 hari dan berjaga malam
untuk menjaga ibu yang sakit membalas segala jasa insan
yang melahirkan?
Persoalan yang memang ada jawapan pada kita...
Semoga mak akan sembuh. insyaallah.
untuk menjaga ibu yang sakit membalas segala jasa insan
yang melahirkan?
Persoalan yang memang ada jawapan pada kita...
Semoga mak akan sembuh. insyaallah.
Selasa, 19 Februari 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ IDOLA
UCAPAN KERAMAT DARIPADA PN ROHANA ARIIFN
GURU BESAR SK DATUK PALEMBANG DALAM MAJLIS
PERSARAAN BELIAU. PADA 20 FEBRUARI 2013
PENAT LELAH GURU BUKAN DIBAYAR DENGAN GAJI
TETAPI PENAT LELAH GURU DIBAYAR DENGAN KEJAYAAN
MURID-MURID.
UNTUK MAJUKAN SEKOLAH PERLU PIMPIN TANGAN DAN
SEIRING MELANGKAH KE HADAPAN.
INSYAALLAH...
"SELAMAT BERSARA PUAN..
IDOLAKU.... PUAN ROHANA ARIFFIN
GURU BESAR SK DATUK PALEMBANG DALAM MAJLIS
PERSARAAN BELIAU. PADA 20 FEBRUARI 2013
PENAT LELAH GURU BUKAN DIBAYAR DENGAN GAJI
TETAPI PENAT LELAH GURU DIBAYAR DENGAN KEJAYAAN
MURID-MURID.
UNTUK MAJUKAN SEKOLAH PERLU PIMPIN TANGAN DAN
SEIRING MELANGKAH KE HADAPAN.
INSYAALLAH...
"SELAMAT BERSARA PUAN..
IDOLAKU.... PUAN ROHANA ARIFFIN
Isnin, 11 Februari 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/TOLONGLAH CIKGU
"Tolonglah cikgu" Ibu itu terus meminta aku mempertimbangkan
permohonannya. Berbagai alasan aku berikan sebagai tanda menolak .
Bukan tidak mahu membantu. Bukan hendak jual mahal.
Sebaliknya aku tidak sampai hati.
Jarak rumahnya dengan rumahku terlalu jauh. Hampir 45 minit
perjalanan dengan kereta. Rumahnya terletak di sempadan negeri
antara Melaka dengan sebuah negeri jiran.
Bagi sampai kerumahku semata-mata untuk belajar membaca
dan menulis memang tidak bebaloi. Aku mencadangkan ibu
itu mencari guru yang berdekatan dengan tempat tinggalnya
agar anaknya dapat dibantu dengan lebih baik dan berkesan
lagi. Ternyata ibu itu keberatan untuk menerima cadangan yang
diberikan.
Keputusannya seperti sudah muktamad . Dia tidak mahu
berganjak daripada terus merayu agar aku bersetuju dengan
permintaannya.
"Saya risau cikgu,anak saya sudah berumur 13 tahun, tapi
menulispun belum boleh. Dah 7 tahun di kelas Khas. Yang dibawa
balik selalunya ialah kertas gambar untuk diwarna" .jelasnya
dengan nada sedih.
Aku menyelak buku-buku latihan yang dibawanya. Penuh dengan
tulisan huruf-huruf abjad yang cantik dan kemas. Apabila kutanya
anak itu menjawap cikgu yang tolong tuliskan.
"Kalau cikgu dapat tolong setiap hujung minggu. saya rasa
dia boleh juga sikit-sikit. Saya bukan nak suruh pandai sangat, boleh
baca perkara penting pun dah cukup" katanya lagi sebagai memujuk.
Akhirnya setelah puas berbincang aku mengalah. Anak lelakinya
itu aku terima juga untuk belajar membaca dan menulis di rumahku
pada setiap hari Sabtu dan Ahad daripada pukul 8.00 -10.00
pagi..
Setelah hampir 3 bulan belajar ibunya telah mula merasa senang hati .
Anaknya telah mula boleh menulis tanpa bantuan titik-titik
dan boleh membaca beberapa perkataan kvkv.
Pun begitu, Allah lebih mengetahui segala rahsia disebalik setiap
kejadian. Anak itu dijemput beristirehat dengan tenang disampingnya
setelah berjaya menguasai hanya setitik ilmu daripadaku. Dia
ditemui ibunya telah meninggal dunia semasa dikejutkan untuk
bangun pada suatu pagi.
Semoga anak itu aman dan bahagia di alam sana.
Ahad, 10 Februari 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SUSAHLAH CIKGU...
"Susahlah cikgu, nak uruskan anak-anak kita ini (anak istimewa)
apabila mereka dan habis sekolah".
Luahan hati ibu itu kepadaku.
Pertemuan petang itu walaupun singkat memberi kepadaku
banyak maklumat tentang bekas-bekas muridku yang kini
telah menamatkan sekolah.
Jawapan kepada setiap soalan berkenaan bekas-bekas
muridku itu membuat aku tidak berhenti berfikir.
Apa lagi yang boleh aku bantu. Sedih memikirkannnya.
Ada murid yang berkahwin telah diceraikan dan kasihsayang
ibu dan anak dipisahkan. Alasan diberikan bekas muridku
gila.
Ada yang kini tinggal sebumbung dengan pekerja Indonesia
tanpa ikatan yang sah kerana ibu berkahwin lain dan bapa
baru tidak mahu terima anak tiri istimewa.
Ibu yang kutemui itu pula cuba menghantar anaknya menjadi
sukarelawan di sebuah pusat jagaan. Malangnya pula, tenaga
anaknya disalah guna.
Adakah lagi mentari terbit buat anak-anak ini jika perkara
sebegini berterusan?
apabila mereka dan habis sekolah".
Luahan hati ibu itu kepadaku.
Pertemuan petang itu walaupun singkat memberi kepadaku
banyak maklumat tentang bekas-bekas muridku yang kini
telah menamatkan sekolah.
Jawapan kepada setiap soalan berkenaan bekas-bekas
muridku itu membuat aku tidak berhenti berfikir.
Apa lagi yang boleh aku bantu. Sedih memikirkannnya.
Ada murid yang berkahwin telah diceraikan dan kasihsayang
ibu dan anak dipisahkan. Alasan diberikan bekas muridku
gila.
Ada yang kini tinggal sebumbung dengan pekerja Indonesia
tanpa ikatan yang sah kerana ibu berkahwin lain dan bapa
baru tidak mahu terima anak tiri istimewa.
Ibu yang kutemui itu pula cuba menghantar anaknya menjadi
sukarelawan di sebuah pusat jagaan. Malangnya pula, tenaga
anaknya disalah guna.
Adakah lagi mentari terbit buat anak-anak ini jika perkara
sebegini berterusan?
Sabtu, 2 Februari 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/AMAN SEKOLAH
Perasaan sayang dan sebaliknya adalah datang daripada Allah.
Dia berhak memilih siapa yang ingin dilimpahkan rasa sayang
dihati dan siapa yang memiliki rasa benci.
Sayang dan benci adalah 2 perasaan yang berbeza dan akan
melahirkan ucapan yang juga berbeza.
"Saya nak tegur pasal disiplin murid pada waktu rehat"
Kata GPK HEM dalam mesyuarat guru tengah hari itu.
"Dataran perhimpunan ini bukan tempat untuk berlari-lari pada
waktu rehat. Semua murid tidak dibenarkan berlari-lari disini"
suaranya tegas sekali.
"Saya lihat budak-budak pendidikan khas yang selalu berlari-lari
kat situ masa rehat. Semalam budak pendidikan khas tak ada
AMAN SEKOLAH" sambungnya lagi.
(Hari sebelumnya kami ada aktiviti terapi di luar)
Semua mata tertumpu kepadaku. Terguris hatiku
mendengar ucapan ringkas yang penuh penghinaan itu. Hatiku
tertanya-tanya adakah selama ini anak-anak istimewa ini
membawa huruhara kepada sekolah ataupun menaikkan nama
sekolah kerana kejayaan yang mereka bawa.
Jawapan hanya ada pada orang yang kasih, bukan pada orang yang
membenci.
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KENAN
" Berkenaan guru pendidikan khas pula, mereka ini dapat elaun RM 250"
Ujar penyelia itu dalam taklimat perkhidmatan kepada guru-guru besar
pagi Rabu lalu. Tumpuan yang tadinya kurang daripadaku berubah sebaliknya
apabila perkataan pendidikan khas itu disebut.
"Apa pula ceritanya ini" hatiku tertanya-tanya.
"Ramai guru yang cemburu dengan elaun ini , dan cuba nak dapatkannya."
"Seorang guru datang merayu-rayu ingin memohon jadi guru pendidikan khas.
Apabila telah diluluskan dan surat dikeluarkan tiba-tiba dia menolak". Jelas
penyelia itu lagi.
Aku ternanti-nanti akan penjelasan seterusnya.
"Apabila ditanya mengapa ditolak permohonan untuk jadi guru pendidikan khas,
dia menjawap neneknya kata takut nanti dapat anak kenan"
sambung penyelia itu lagi.
"Yang peliknya guru itu bukan perempuan, tetapi lelaki, dia boleh fikir pasal
kenan walaupun bukan dia yang mengandung".
Seluruh hadirin ketawa besar dengar cerita itu.
Allah yang menentukan segalanya, anak istimewa bukan ada kuasa untuk
jadikan orang lain istimewa.
Langgan:
Catatan (Atom)