di sini bahawa karya di dalam blog ini bukan bertujuan
mengata sesiapa.
Ia hanyalah hasil pembelajaranku dengan persekitaran
sepanjaang bergelar guru pendidikan khas.
Ia aku susunkan semula untuk jadi bahan bacaan
kita bersama.
Ingin kujelaskan bahawa dengan menulis bukan bererti
aku cukup sempurna. Menulis adalah hasil daripada
penilaian kepada kekurangan diri sendiri. Maka setiap
ayat yang mewakili KITA bererti ia adalah nasihat
untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang sudi memahami.
Atau dalam erti kata lain, ia lahir daripada hati, turun ke hati
dalam membentuk peribadi sendiri agar dikasihi Ilahi .
Baca dan fahamilah:
Adakalanya kita bekerja kerana ingin dilihat,
bukan kerana pahala yang akan kita dapat.
Apabila ditegur kita susah hendak terima,
kerana merasa diri cukup sempurna.
Selalu salahkan orang lain.
Mengaku kesalahan sendiri adalah tidak mungkin.
Kerana tidak jujur kita selalu resah,
Kerana suka mengata kita selalu gelabah,
Terlalu banyak berbohong buatkan kita serba salah.
Terlalu banyak berdalih buat kita tak tentu arah.
Pun begitu kita teruskan juga perbuatan mazmumah,
Meskipun ianya tidak bermaruah.
Jujurlah dalam tugas kita,
Betulkan niat kita,
Baiki akhlak kita,
Tidak ada manusia yang sempurna,
Meskipun begitu, tidak salah jika kita sentiasa menerima,
Segala yang datang kepada kita,
Sebagai satu nasihat berguna,
INSYAALAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan