"Susahlah cikgu, nak uruskan anak-anak kita ini (anak istimewa)
apabila mereka dan habis sekolah".
Luahan hati ibu itu kepadaku.
Pertemuan petang itu walaupun singkat memberi kepadaku
banyak maklumat tentang bekas-bekas muridku yang kini
telah menamatkan sekolah.
Jawapan kepada setiap soalan berkenaan bekas-bekas
muridku itu membuat aku tidak berhenti berfikir.
Apa lagi yang boleh aku bantu. Sedih memikirkannnya.
Ada murid yang berkahwin telah diceraikan dan kasihsayang
ibu dan anak dipisahkan. Alasan diberikan bekas muridku
gila.
Ada yang kini tinggal sebumbung dengan pekerja Indonesia
tanpa ikatan yang sah kerana ibu berkahwin lain dan bapa
baru tidak mahu terima anak tiri istimewa.
Ibu yang kutemui itu pula cuba menghantar anaknya menjadi
sukarelawan di sebuah pusat jagaan. Malangnya pula, tenaga
anaknya disalah guna.
Adakah lagi mentari terbit buat anak-anak ini jika perkara
sebegini berterusan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan