Isnin, 11 Februari 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/TOLONGLAH CIKGU
"Tolonglah cikgu" Ibu itu terus meminta aku mempertimbangkan
permohonannya. Berbagai alasan aku berikan sebagai tanda menolak .
Bukan tidak mahu membantu. Bukan hendak jual mahal.
Sebaliknya aku tidak sampai hati.
Jarak rumahnya dengan rumahku terlalu jauh. Hampir 45 minit
perjalanan dengan kereta. Rumahnya terletak di sempadan negeri
antara Melaka dengan sebuah negeri jiran.
Bagi sampai kerumahku semata-mata untuk belajar membaca
dan menulis memang tidak bebaloi. Aku mencadangkan ibu
itu mencari guru yang berdekatan dengan tempat tinggalnya
agar anaknya dapat dibantu dengan lebih baik dan berkesan
lagi. Ternyata ibu itu keberatan untuk menerima cadangan yang
diberikan.
Keputusannya seperti sudah muktamad . Dia tidak mahu
berganjak daripada terus merayu agar aku bersetuju dengan
permintaannya.
"Saya risau cikgu,anak saya sudah berumur 13 tahun, tapi
menulispun belum boleh. Dah 7 tahun di kelas Khas. Yang dibawa
balik selalunya ialah kertas gambar untuk diwarna" .jelasnya
dengan nada sedih.
Aku menyelak buku-buku latihan yang dibawanya. Penuh dengan
tulisan huruf-huruf abjad yang cantik dan kemas. Apabila kutanya
anak itu menjawap cikgu yang tolong tuliskan.
"Kalau cikgu dapat tolong setiap hujung minggu. saya rasa
dia boleh juga sikit-sikit. Saya bukan nak suruh pandai sangat, boleh
baca perkara penting pun dah cukup" katanya lagi sebagai memujuk.
Akhirnya setelah puas berbincang aku mengalah. Anak lelakinya
itu aku terima juga untuk belajar membaca dan menulis di rumahku
pada setiap hari Sabtu dan Ahad daripada pukul 8.00 -10.00
pagi..
Setelah hampir 3 bulan belajar ibunya telah mula merasa senang hati .
Anaknya telah mula boleh menulis tanpa bantuan titik-titik
dan boleh membaca beberapa perkataan kvkv.
Pun begitu, Allah lebih mengetahui segala rahsia disebalik setiap
kejadian. Anak itu dijemput beristirehat dengan tenang disampingnya
setelah berjaya menguasai hanya setitik ilmu daripadaku. Dia
ditemui ibunya telah meninggal dunia semasa dikejutkan untuk
bangun pada suatu pagi.
Semoga anak itu aman dan bahagia di alam sana.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan