Sabtu, 26 Ogos 2017

BICARA YB/ SATU HATI

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Anak istimewa.

Lebih lama mereka dikumpulkan dalam kategori masalah yang sama,
 lebih lambat mereka menguasai kemahiran bersosial dan  berdikari.

Apabila mereka berada dalam kategori masalah yang sama
mungkin lebih memudahkan guru dan ibu bapa di dalam
mendidik.

Tidak menimbulkan kekecewaan, kemarahan dan kesedihan
berbanding mereka diinklusifkan.

Pendek kata, lebih mudah. Tidak menyusahkan guru di aliran perdana.
Tidak  memenatkan guru di pend khas dan tidak menyusahkan
hati ibu dan bapa.

Cabaran apabila mereka diinklusifkan sangat besar. Kadangkala
kisah mereka semasa diinklusifksn meruntun jiwa guru di
pendidikan khas apatah lagi ibubapa.

Ramai daripada mereka ditolak begitu sahaja meskipun
ada kecerdikan yang melebihi anak  yang sempurna.

Sebabnya terlalu banyak dan terlalu panjang jika ingin di tulis di sini.

Apapun saya suka menyatakan sesuatu.

Lebih banyak cabaran yang mendatang, lebih banyak isu
diketengahkan, lebih banyak idea yang dilontarkan  melalui
apa juga media, makin besar  peluang
untuk nasib mereka terbela.

Mungkin bukan untuk anak tuan puan sekarang, namun
 untuk anak anak istimewa
lain dimasa akan datang..

Jangan kecewa dan putus asa. Anak-anak ini ada hak mendapat
 pendidikan yang
sempurna  di program integrasi, juga ada  hak untuk diinklusifkan.

Meskipun sukar dan pahit untuk ditelan. Teruskan berjuang.
Anak-anak  Ini perlu beroleh hak mereka di dalam sistem pendidikan
kita serupa dengan anak lain yang sempurna.

Memang masih banyak lompangnya dimana2 apabila anak-anak
 ini belajar di PPKI berbanding di pusat berbayar yang menuntut
sumber kewangan yang besar.

Namun kini saya lihat ramai ibubapa yang tinggi ilmunya dan boleh menyumbang
IDEA untuk kemajuan anak - anak ini .

Para guru dan ibubapa perlu bersatu hati dan berlapang dada dengan ujian
yang datang. Ujian Allah sebenarnya untuk menyatukan 2 kategori insan
yang sedang mendidik ahli syurga.

Cuma kita kurang menyedarinya.

Sangat bergantung kepada hati kita semua. Terima dengan lapang
dada jika ada teguran dan pandangan membina.

Fokus kepada  SATU  perkara.
 Mereka perllu BERDIKARI  sebelum kita semua meninggalkan mereka
sendirian di dunia ini.

Saya pernah menangis tersedu-sedu tatkala anak murid spastik saya
berlari pantas ditengah padang, dan saya dimaklumkan hadiah untuknya
terlupa disediakan oleh penganjur.

Saya juga pernah mendapt prestasi 72% kerana bercakap tentang hak anak-anak
ISTIMEWA INI.

Tapi  semua kisah ini merupakan satu magnet yang menarik saya untuk lebih
berani bersuara tentang hak anak-anak ini.

Teruskan berjuang.

Guru dan ibubapa. Bersatu hatilah.

Saya mendoakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan