Alhamdulillah.
Keikhlasan dan kesungguhan dapat dilihat daripada hasil kerja kita.
In sya Allah.
Selasa, 24 Januari 2017
Isnin, 23 Januari 2017
BICARA YB/ POSITIF
Alhamdulillah. Diizinkankan untuk saya menulis.
MENULIS
Menulis semula
kisah hidup sendiri boleh menimbulkan 
tanggapan 
yang berbeza daripada
pembaca.
Tak sanggup
saya, nak menceritakan kisah sendiri pada orang lain. 
Itu adalah
ungkapan yang pernah saya mendengarnya.
Namun
pandangan  daripada seorang penulis yang
juga
 merupakan seorang ustaz ini, 
berbeza pula.
Teruslah
menulis kerana kadangkala ada orang  yang
telah
menghadapi masalah bertahun lamanya dapat menyelesaikan
 masalah mereka
hanya melalui membaca karya  kita. 
Dengan mengambil
 nasihat ini  ingin saya menuliskan sesuatu
 buat tatapan
semua.
Menjadi guru
adalah cita cita saya. Hampir 31 tahun saya 
 menceburi bidang ini di sepuluh buah sekolah
di empat  buah 
negeri di Semenanjung
Malaysia .
Bermula pada
tahun 1986 sehingga tahun 1990 bergelar guru
 Bahasa Melayu di Tahap 1 di 3 buah
sekolah. 
Bertukar bidang
menjadi guru Pendidikan Khas pada
 tahun 1992 setelah melalui pengalaman
berkursus selama setahun
 di Maktab Perguruan Ilmu Khas di dalam bidang
tersebut.
Bermula pada
tahun 1992 juga saya sudah bergelar pemimpin kecil.
 Seorang Penyelaras yang
ditugaskan mengetuai sekumpulan kecil
 guru  dan pembantu pengurusan murid di Program Pendidikan
Khas
 Integrasi  di 4 buah sekolah.
Memegang jawatan
sebagai guru besar di 3 buah sekolah. 
Bermula dengan sekolah Gred B dengan
jumlah  murid 200 orang, 
dipindahkan ke
sebuah sekolah dengan pertambahan jumlah  murid
 seramai 400 orang sehinggalah ke sekolah
besar yang jumlah muridnya
 seramai 1000 orang.
Alhamdulillah.
Pengalaman yang telah berjaya membina kematangan
 diri dan mengubah cara saya
berfikir dan bertindak apabila menghadapi masalah.
SMS
Saya tidak
seronok untuk datang bekerja apabila cikgu menjadi ketua di sini.
Itulah antara bunyi
ayat dalam sms yang saya terima pada 
pagi itu. 
Allahukhbar. Hanya
Allah sahaja yang tahu hati dan perasaan.  
Berulang kali 
membacanya  untuk  memastikan saya tidak tersilap. 
Sepanjang hari
fikiran saya tidak tenang. Selera makan saya hilang.
 Hakikatnya saya sedang
berhadapan dengan satu masalah sangat besar. 
Corak pengurusan
saya telah menyebabkan orang bawahan tidak
 gembira bekerja. Itu kesimpulan yang
telah dibuat oleh fikiran  saya 
yang
sedang berserabut.
BERBINCANG
Pada keesokan
harinya saya memberanikan diri bersemuka dengan
 guru tersebut. Berbincang  empat mata, dari hati ke hati.
Subhanallah. Daripada
penjelasan ikhlasnya  saya dapati banyak 
yang buruk daripada yang  baik ada
pada  saya di matanya.
 Itulah punca dia
tidak seronok datang bekerja.
Kenyataannya
saya terima dengan berat hati kerana
 bercanggah dengan keadaan sebenar. 
Dari ceritanya
saya juga dapat menangkap sesuatu.
 Ada seseorang di belakang tabir yang sedang
menabur fitnah. 
Seorang guru senior yang 
berada dalam zon selesa, 
namun kehadiran 
saya di sekolah itu  mengganggu
keselesaannya.
Saya banyak
mengalah pada waktu itu. 
Mengalah bukan
bererti saya salah. Tidak juga kalah.
Namun menghormati pandangannya tentang
saya.
Memang saya seorang hamba yang banyak kelemahannya. 
Saya menjelaskan
 perkara sebenar tentang tanggungjawab 
saya sebagai ketua  agar dia tidak terus
bersalah sangka. 
 Dalam hati saya berdoa agar  cikgu itu menyedari satu perkara. 
Segala
tindakan saya adalah kerana menunaikan tanggungjawab 
sebagai seorang ketua.
Diakhir
perbincangan kami bersalaman dan berpelukan. 
Kami menangis sebak. Bagi dia
mungkin kerana telah berjaya
 melontarkan apa yang terbuku di hatinya.
 Saya pula
terharu kerana gagal menjadi ketua yang baik.
Syaitan gagal
mengapi-apikan kami. Allah sedang memerhatikan,
 malaikat juga menulis  kebaikan untuk kami berdua pada saat itu.
PENYELESAIAN 
Kesedihan saya
bawa pulang ke rumah. 
Tidak dapat saya gambarkan melalui perkataan. 
Hanya Allah yang
tahu.
Dengan biji
tasbih di tangan, akhirnya kalimah
lahaulawalakuwataillahbillahhilaliyilazim
yang telah saya
 ulang entah berapa ratus kali berjaya memujuk hati dan
melelapkan 
mata saya yang tidak mahu lena  pada malam itu.
Pagi menjelang. 
Masalah mesti
dihadapi dengan tenang. 
Tugas mengajar dan mengurus perlu diselesaikan. 
Itulah yang
terlintas di kepala saat itu.
Sampai di
sekolah, fikiran saya kosong. Entah mengapa
 saya sendiri tidak memahaminya. Pun begitu,  kaki melangkah longlai ke kantin.
“Dik, hari
ini harga makanan cikgu  Siti (bukan nama
sebenar) saya akan bayar”. 
Jelas saya   kepada pekerja kantin sekolah. Itu sahaja
yang terlintas
 dihati bagi memujuk perasaan sedih yang sedang melanda.
Tengahari itu
saya menerima sms berbeza  daripada  guru yang sama.
Terima kasih
cikgu, sebab belanja saya makan. Saya minta maaf 
atas peristiwa semalam. Saya sedar saya  juga banyak kurangnya.
 Saya akan berusaha untuk lakukan yang terbaik
selepas ini.
Saya tersenyum
bahagia membaca sms itu.
Alhamdulillah.
Itu yang terlintas di hati saya.
Selepas peristiwa
itu, keadaan menjadi lebih baik. 
Banyak
kejayaan yang telah dibawa oleh cikgu Siti untuk 
sekolah di dalam bidangnya.
Kepada semua
yang membaca. Bukan penilaian ke atas saya,
 atau cikgu Siti mahupun guru senior
itu yang ingin saya perjelaskan.
Namun, sama sama
kita mengambil ibrah daripada cerita ini 
bahawa dengan berdoa dan berserah
diri   kepada Allah kita akan tenang.
Dengan  berlapang dada dan bersikap positif di atas
semua perkara
akan membawa kita membina sebuah empayar bahagia bukan
sahaja
pada diri sendiri malahan orang lain yang berada di sekitar kita.
Semoga semua
yang saya tulis dapat memberi manfaat kepada saya
dan anda semua.
In Sya Allah. 
Jumaat, 13 Januari 2017
BICARA YB/ ISTIMEWA
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Tanggal 16 hingga 27 hb Oktober 2016 yang lalu saya 
dan
suami telah dipilih oleh Allah untuk menunaikan
 ibadah umrah dan ziarah.
Destinasi kami ialah Bandar Suci Mekah,
 Jordan, Masjidil Aqsa (Palestin) dan
Madinah. 
Ahli jemaah kami tidak ramai. Hanya 25 orang termasuk seorang
mutawwif. 
Di dalam kumpulan  kami
terdapat seorang remaja  OKU berusia 24
tahun. 
Menurut ibunya dia bermasaalah epilepsi 
(sawan) dan sentiasa 
mengambil ubat bagi 
mengawal masalahnya itu.
 Dia saya namakan Ali (bukan nama sebenar).
Pada   24 hb  Oktober 2016,  kami akan berangkat ke Kota 
Madinah dari  Amman Jordan setelah berada disana dan 
di Palestin
 selama 4  hari.
Sebelum itu selama 4 hari kami berada di Kota Mekah bagi
 menunaikan umrah. Madinah adalah ziarah kami yang terakhir
 sebelum berangkat
pulang ke tanah air.
Di awal pagi lagi kami telah bersiap  untuk bersarapan. 
Sedang asyik bersarapan,  tiba-tiba saya melihat Ali berjalan
 pantas
menuju kearah seorang daripada jemaah lelaki yang
 sedang bersarapan sama. 
Dia  memukul kuat di atas
tengkuk lelaki tersebut lantas berjalan
 dengan pantas  memasuki  tandas berdekatan. Lelaki tersebut 
bangun dan cuba
mengejar Ali namun dihalang  oleh isterinya.
 Semua yang melihat kejadian itu tergamam. Keadaan jadi kelam
 kabut dan hingar bingar
seketika.
Ibu Ali mengejarnya daripada 
belakang. Beliau masuk 
ke dalam 
tandas dan kedengaran riuh memarahi anaknya itu.
 Semua pelayan di tempat
makan mengerumuni pintu tandas
 untuk menyaksikan kejadian.
Mangsa nampak sangat marah dan menghamburkan rasa
 tidak puas
hati. Atas pujukan isterinya dia duduk semula 
dan menghabiskan sarapan.
 Saya
yang sejak tadi memerhatikan kejadian dari tempat duduk 
 meyambung semula memakan makanan yang terbiar
hampir 5 minit.
Beberapa minit kemudian keadaan mula reda. Tidak kedengaran 
lagi suara ibu Ali. Saya melihat mereka berdua keluar daripada  tandas,
 mungkin balik ke bilik.
Sebenarnya kejadian yang berlaku itu  adalah satu perkara biasa bagi
 saya sepanjang mengajar
anak anak istimewa. 
Tiba-tiba marah,  tiba-tiba menangis ,  tiba-tiba menjerit ,tiba-tiba 
 berlari dan berbagai lagi  tingkahlaku yang tidak diduga boleh 
berlaku
di kalangan mereka. Kadang kala bersebab dan kadangkala
 kita sendiri tidak tahu
puncanya. 
Sejurus selepas 
bersarapan saya dan suami bersandar di sofa
berhampiran lobi. Tiba-tiba saya melihat Ali
berjalan pantas
keluar dari pintu besar
hotel menuju kearah jalan raya utama. 
Ibunya berlari-lari anak mengekorinya
sambil memujuk.
Saya dan suami panik. Dengan pantas saya berlari ke dewan
 makan dan memanggil  mutawwfif kami.
Dia yang sedang mencedok makanan berlari ke pintu utama
 hotel untuk mengejar Ali. Dari jauh saya  melihat Ali  berjalan
 pantas tanpa menoleh ke belakang.
Dibelakangnya mutawwif  
berlari mengejar diikuti oleh ibunya.
Kereta yang lalu lalang sangat laju. Menyeramkan perasaan
saya.
Berbagai prasangka  berlegar di fikiran waktu itu. 
Dari kejauhan,  saya hanya
mampu berdoa di dalam hati.
Ya Allah, selamatkanlah dia.
 Janganlah berlaku
apa-apa yang tidak diingini. 
Kami jauh dari negara sendiri , Ya allah. 
Bantulah kami
Setelah mereka tidak kelihatan di pandangan  mata, saya melangkah
 kelobi hotel dan bersandar kembali di sofa. Waktu
itu juga saya
 teringat Amrizal, Khairi Zayani juga  Cassy. Mereka adalah anak 
murid haiperaktif
yang pernah saya ajar. 
Kepantasan berlari yang mereka ada tidak boleh ditandingi
 oleh tenaga wanita saya. Berbagai langkah pengajaran kami 
susun bagi membantu
mengurangkan masalah tingkahlaku haiperaktif 
yang mereka ada.  Tersangat mencabar dan menguji kesabaran. 
Bagaimanakah agaknya mereka diuruskan oleh ibubapa masing-masing. 
soalan  berlegar di kepala.
Kenangan saya  terhenti
sebaik suami bersuara mengajak  balik ke
bilik.
 Waktu berangkat ke lapangan terbang telah hampir. Kami perlu membawa 
beg
ke lobi untuk dimuatkan ke dalam bas apabila tiba masanya.
Sepanjang menuju ke bilik fikiran saya masih tertumpu kepada
Ali, 
mutawwif dan ibunya. Hati saya tidak tenang dan berdebar-debar. 
Dapatkah mutawwif  dan ibu Ali memujuknya? 
Soalan berlegar di kepala saya.
Allah telah tentukan segalanya. DIA lebih mengetahui  akan 
hikmah disebalik semua peristiwa. Bisik hati kecil saya.
Insya Allah. Semua akan okay. 
 Tiba-tiba hati
saya jadi tenang. 
Sebaik selesai memastikan semua barang tidak tertinggal saya
 dan suami menarik beg menuju ke lobi. Setiba dilobi  saya menjengah 
ke luar hotel. Hati saya
teringat Ali.
Alhamdulillah. Saya menarik nafas lega. Kelihatan Ali sedang 
duduk bersama ibunya . Mukanya masam mencuka.
Saya menghampirinya. 
Boleh makcik duduk di sebelah? 
Saya mengajukan pertanyaan kepada Ali.
Dia cuma memandang  wajah  saya dan membisu. 
Ibunya yang mempersilakan
 saya duduk.
Sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.  
saya mengurut belakangnya. Memberikan
kata-kata nasihat
 yang biasa saya berikan kepada anak anak didik saya di
 Program
Pendidikan Khas.
Walaupun dia tidak memberi sebarang respond,
 namun saya
mengerti  dia mendengar dan memahaminya.
Hati saya sentiasa berdoa.
Bantulah, bantulah Ya Allah. 
Itu yang termampu.
Bas bergerak perlahan meninggalkan perkarangan hotel 
Bandar Amman Jordan. Seperti yang diputuskan  bersama mutawwif 
 saya akan   memberi
sedikit penerangan kepada ahli jemaah tentang 
anak istimewa yang ada dalam
kumpulan kami itu.
Alhamdulillah. Dalam masa lebih kurang 10 minit saya telah 
berkongsi pengalaman dan panduan ringkas dengan mereka 
tentang anak-anak
istimewa khususnya  Ali. Ahli jemaah  nampak
 berpuas hati dengan penjelasan saya. 
Air mata ibu Ali kelihatan mengalir. Saya boleh memahaminya
 setelah mendengar isi hati beliau  sebelum kami menaiki  bas.
Ali pula kelihatan memejamkan mata seolah tidak mendengar
 meskipun saya tahu dia sedang memasang telinga. 
Saya faham juga ada yang kurang puas hati dengan penjelasan
saya. 
Seolah-olah memihak kepada Ali. Namun pada masa itu saya hanya
 mampu
memejamkan mata seolah tidak melihat. Mengunci  pintu hati 
Seperti tidak memahami. Semua itu bersebab,
dan hanya saya mengetahui.
Kepada ibu bapa yang ada anak istimewa, saya mendokan kalian
tabah. 
Berikan didikan sebaik mungkin kepada mereka. Hadir mereka adalah 
syurga
untuk kalian.
Kepada guru-guru yang terlibat dengan anak-anak ini, kalian
perlu berani
 di dalam memperkatakan hak mereka.
Jangan malu dan ragu-ragu. Bantu semaksima mungkin untuk
menjadikan 
mereka boleh di terima dalam masyarakat.
Kepada ibubapa yang beruntung kerana tidak ada anak
istimewa,
 terima kasih kerana memahami 
dan 
boleh menerima keistimewaan mereka.
Namun kepada yang masih memandang hina. 
Ingat satu perkara,  mereka adalah ahli syurga,  sedangkan kita 
tidak tahu di mana tempat kita  di alam akhirat sana.
Semoga coretan ini memberi manfaat kepada kita semua. 
In sya Allah.
Rabu, 11 Januari 2017
BICARA YB/EMAK
Alhamdulillah. Diizinkan untuk saya menulis.
Menziarahi emak adalah salah satu daripada aktiviti wajib 
yang saya selitkan di dalam jadual 
selepas persaraan . 
Setiap hari Jumaat, sekitar 8.30  pagi saya dan 
suami 
(kadangkala sendirian jika suami ada urusan) akan ke rumah
 emak
yang letaknya lebih kurang  15 km dari
tempat tinggal kami.
Waktu itu biasanya emak sudah selesai menunaikan solat
dhuha.
Tersenyum mesra menyambut
ketibaan kami.
Saya tersangat gembira setiap kali melihat emak makan
masakan saya.
 Menu biasa sahaja. Samada nasi goreng, mi goreng, mi sup,
 nasi
himpit bersama  sambal ikan bilis, nasi
lemak atau jemput jemput.
 Itulah hidangan yang saya selang selikan  setiap pagi Jumaat 
untuk mengisi selera emak.
Asalnya  saya membeli
makanan yang siap dimasak di gerai-gerai
 yang ada di tepi jalan. Malangnya,
setiap kali makan  emak merungut. 
“Masin sangat sambalnya”
“Pedas ”
“Rasanya isi ajinomoto ni”
Petanda-petanda  yang
dia kurang selera. Sejak  itu saya akan memastikan
 untuk memasak sendiri. Alhamdulillah.  Tiada rungutan lagi selepasnya.
Bukan banyak manapun emak makan. Selalunya makanan yang saya
bawa 
berbaki dan boleh dikongsi dengan makcik,  adik saya   yang
tinggal 
bersama emak.
 “Emak sebenarnya
mengharapkan ziarah daripada anak anak. 
Rasanya wang bulanan yang emak perolehi
daripada anak anaknya 
 lebih daripada
mencukupi untuk membeli makanan lebih enak
 sebagai memenuhi seleranya.”
 Itulah telahan hati kecil
saya  setiap kali melihatkan telatah
 emak apabila  menziarahinya.
Disetiap kunjungan emak seronok  bercerita. Itulah juga  sebenarnya
 hajat  emak. Seorang  kawan yang boleh mendengar meskipun
 cerita
yang sama.
Cerita tentang anak- anak dan cucu- cucu. 
Tentang arwah abah
yang masih hidup di hatinya. 
Selebihnya tentang murid mengaji dan rakan rakan serta
saudara 
mara yang sakit ataupun meninggal dunia. 
Pendek kata masa itu emak umpama membawa liputan berita
sepanjang minggu untuk saya  dengari  dan fahami.
Emak juga akan mengingatkan saya tentang jemputan kenduri
daripada sanak saudara. Jika ada jemputan yang  tidak dapat dihadirinya, 
 saya adalah antara  yang akan menjadi wakil.
Wang telah siap dalam
sarung angpau dan  diserahkan 
kepada saya
untuk dibawa kemajlis kenduri.
Pada masa itu emak umpama penasihat merangkap
setiausaha   pula. 
 Allahuakhbar.
Bagitu besar jasa  emak. Masih membimbing
saya
 tidak pernah berhenti dari kecil sehingga tua.  
Jauh disudut hati, saya amat bersyukur kerana pilihan 
bersara awal memberi ruang yang banyak kepada saya
 untuk membayar hutang tanggungjawab
kepada emak yang telah lama saya
lupakan.
Terimakasih kepada adik beradik terutama Kak Zamnah,
 Kak
Rosni, Abang Uda, Pak Ngah Bahar Hitam, Adik Mizan Hitam,
 Azman Hitam, Muhammad
Zaki Hitam, Sufinah Hitam dan Raizun Hitam
 yang menjadi sumber inspirasi kepada
saya untuk menyusun jadual
 ziarah ini meskipun telah agak terlambat dan tidak dapat menandingi 
kalian.
Kepada insan-insan  bergelar anak di luar sana yang mungkin 
membaca coretan
ini, jangan lupa kepada ibubapa yang melahirkan kita 
meskipun di mana kita berada. 
 Redha mereka adalah
redha Allah.
 Gembiranya mereka
adalah sumber rahmat daripada Allah.
Jangan lepaskan peluang mendapat pahala percuma dengan
 hanya
melihat wajah ibubapa sendiri. Ada  diantara
kita  yang
 tidak mendapat peluang serupa kerana
telah kehilangan ibubapa
 untuk selama-lamanya.
Kasih ibu bawa ke syurga.
Kasih bapa bawa bahagia.
                                                                                                      
                     
Selasa, 10 Januari 2017
BICARA YB/PENGAJARAN
Alhamdulillah. Diizinkan untuk saya menulis.
ke arah  mereka berdua. 
Kereta yang
dipandu oleh suami menyusur  perlahan keluar 
daripada kawasan pusat membeli belah.
Fikiran saya  melayang. Mencongak beza usia kami. 
Usianya
telah menjangkau  tujuh puluh empat tahun,
berbanding saya.
 Lima puluh empat tahun. Dua puluh tahun perbezaannya.
Namun, mereka
nampak sihat  dan  kemesraan bersama pasangan 
 tidak luntur  meski sudah berusia.
Saya
membayangkan. Dua puluh tahun akan datang, bolehkah saya
 dan suami sesihat dan
semesra mereka? 
Subhanallah.  Semua itu urusan Allah.
 Namun kita perlu berusaha
untuk mendapatkannya.
·        
Sentiasa tersenyum .
·        
 Hubungkan
silaturrahim.    
·        
Kasih sayang antara suami isteri jangan dibiar layu
        biarpun usia telah mencapai senja.
Itulah
pengajaran yang saya dapat daripada pertemuan dengan pasangan itu. 
Wallahua’lam.
Semoga
bermanfaat untuk  saya dan rakan semua.
Isnin, 9 Januari 2017
BICARA YB/MASA
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Masa umpama pedang. Akan memancung kita jika lalai.
Masa umpama emas. Berharga dan jangan dibiarkan begitu sahaja. 
Jika ingin berjaya di dunia hargailah masa.
Jika ingin berjaya di akhirat hargailah.masa.
Allah bersumpah demi  masa melalui surah Al Ashr. MEMBUKTIKAN betapa pentingnya masa.
Oleh itu ....
Jangan  biarkan masa berlalu  sia sia.
Solat awal waktu.
Al quran dan zikir jangan ditinģgalkan.
Selesaikan segala amanah yang diberikan kepada 
kita mengikut masa yang telah ditetapkan.
In sya Allah. 
Nikmat dunia dapat dikecapi.
Nikmat diakhirat yang kekal abadi akan kita nikmati.
Ahad, 8 Januari 2017
BICARA YB/BERJAYA
Alahamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Ramai orang yang telah berjaya hari ini di
atas kegagalan semalam.
Teruskan usaha, kuatkan azam, tepati masa.
Solat awal waktu. Al Quran dan zikir jangan
dilupakan. Banyakkan berdoa.
Seterusnya serahkan kepada Allah.
DIA penentu segalanya.
Ramai orang yang telah berjaya hari ini di
atas kegagalan semalam.
Teruskan usaha, kuatkan azam, tepati masa.
Solat awal waktu. Al Quran dan zikir jangan
dilupakan. Banyakkan berdoa.
Seterusnya serahkan kepada Allah.
DIA penentu segalanya.
Rabu, 4 Januari 2017
BICARA YB/TEGURAN
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Dalam hubungan kekeluargaan, organisasi mahupun
persahabatan jangan sekali- kali ada diantara kita,
merasakan orang lain sedang mencari kesalahan
apabila kita  ditegur.
Betulkan niat kepada yang menegur.
Berfikiran positif kepada yang ditegur.
Bersyukur kepada Allah sentiasa.
Baru hikmahnya dapat dirasa.
 .
Teguran adalah  ingatan
Supaya  kita sentiasa diatas  landasan.
Memang fitrah manusia memandang betulnya
diri sendiri.
Namun...
Seperkara yang perlu kita semua  sedari.
Bukan salah kita yang sedang cari.
Tetapi kesalahan kita yang cuba diperbetuli.
Tujuan saya menulis adalah untuk 
mengingatkan diri sendiri.
Semoga ada manfaat kepada yang lain.
Selamat Tahun Baru yang masih baru belalu.
Banyak perkara yang boleh kita ubah untuk 
jadi insan soleh dan solehah. 
Insya Allah.
Isnin, 2 Januari 2017
BICARA YB/MENULIS
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Nasihat guru penulisan saya melalui FBnya 
"Teruskan menulis.Di FB, blog, whatsap atau 
apa saja. Bukan untuk jadi buku tapi untuk 
nampak depan mata".
Tersentak seketika membacanya, kerana dia 
boleh membaca apa yang bersarang dikepala.
Idea terlalu banyak. Namun terbenam begitu saja.
Teringat nasihat seorang ustaz juga seorang
 penulis kepada saya tatkala bertemu di satu 
sesi ceramah.
"Teruskan menulis. Kadangkala dengan membaca 
hasil penulisan kita masalah yang telah dialami oleh
pembaca begitu lama selesai tiba-tiba"
(dengan  izin Allah juga).
Sangat setuju dengan nasihat itu. Pengalaman yang
bertimbun perlu dikongsikan  bersama.
Ertinya,  harus teruskan menulis.
Langgan:
Ulasan (Atom)
 
