MENULIS
Menulis semula
kisah hidup sendiri boleh menimbulkan
tanggapan
yang berbeza daripada
pembaca.
Tak sanggup
saya, nak menceritakan kisah sendiri pada orang lain.
Itu adalah
ungkapan yang pernah saya mendengarnya.
Namun
pandangan daripada seorang penulis yang
juga
merupakan seorang ustaz ini,
berbeza pula.
Teruslah
menulis kerana kadangkala ada orang yang
telah
menghadapi masalah bertahun lamanya dapat menyelesaikan
masalah mereka
hanya melalui membaca karya kita.
Dengan mengambil
nasihat ini ingin saya menuliskan sesuatu
buat tatapan
semua.
Menjadi guru
adalah cita cita saya. Hampir 31 tahun saya
menceburi bidang ini di sepuluh buah sekolah
di empat buah
negeri di Semenanjung
Malaysia .
Bermula pada
tahun 1986 sehingga tahun 1990 bergelar guru
Bahasa Melayu di Tahap 1 di 3 buah
sekolah.
Bertukar bidang
menjadi guru Pendidikan Khas pada
tahun 1992 setelah melalui pengalaman
berkursus selama setahun
di Maktab Perguruan Ilmu Khas di dalam bidang
tersebut.
Bermula pada
tahun 1992 juga saya sudah bergelar pemimpin kecil.
Seorang Penyelaras yang
ditugaskan mengetuai sekumpulan kecil
guru dan pembantu pengurusan murid di Program Pendidikan
Khas
Integrasi di 4 buah sekolah.
Memegang jawatan
sebagai guru besar di 3 buah sekolah.
Bermula dengan sekolah Gred B dengan
jumlah murid 200 orang,
dipindahkan ke
sebuah sekolah dengan pertambahan jumlah murid
seramai 400 orang sehinggalah ke sekolah
besar yang jumlah muridnya
seramai 1000 orang.
Alhamdulillah.
Pengalaman yang telah berjaya membina kematangan
diri dan mengubah cara saya
berfikir dan bertindak apabila menghadapi masalah.
SMS
Saya tidak
seronok untuk datang bekerja apabila cikgu menjadi ketua di sini.
Itulah antara bunyi
ayat dalam sms yang saya terima pada
pagi itu.
Allahukhbar. Hanya
Allah sahaja yang tahu hati dan perasaan.
Berulang kali
membacanya untuk memastikan saya tidak tersilap.
Sepanjang hari
fikiran saya tidak tenang. Selera makan saya hilang.
Hakikatnya saya sedang
berhadapan dengan satu masalah sangat besar.
Corak pengurusan
saya telah menyebabkan orang bawahan tidak
gembira bekerja. Itu kesimpulan yang
telah dibuat oleh fikiran saya
yang
sedang berserabut.
BERBINCANG
Pada keesokan
harinya saya memberanikan diri bersemuka dengan
guru tersebut. Berbincang empat mata, dari hati ke hati.
Subhanallah. Daripada
penjelasan ikhlasnya saya dapati banyak
yang buruk daripada yang baik ada
pada saya di matanya.
Itulah punca dia
tidak seronok datang bekerja.
Kenyataannya
saya terima dengan berat hati kerana
bercanggah dengan keadaan sebenar.
Dari ceritanya
saya juga dapat menangkap sesuatu.
Ada seseorang di belakang tabir yang sedang
menabur fitnah.
Seorang guru senior yang
berada dalam zon selesa,
namun kehadiran
saya di sekolah itu mengganggu
keselesaannya.
Saya banyak
mengalah pada waktu itu.
Mengalah bukan
bererti saya salah. Tidak juga kalah.
Namun menghormati pandangannya tentang
saya.
Memang saya seorang hamba yang banyak kelemahannya.
Saya menjelaskan
perkara sebenar tentang tanggungjawab
saya sebagai ketua agar dia tidak terus
bersalah sangka.
Dalam hati saya berdoa agar cikgu itu menyedari satu perkara.
Segala
tindakan saya adalah kerana menunaikan tanggungjawab
sebagai seorang ketua.
Diakhir
perbincangan kami bersalaman dan berpelukan.
Kami menangis sebak. Bagi dia
mungkin kerana telah berjaya
melontarkan apa yang terbuku di hatinya.
Saya pula
terharu kerana gagal menjadi ketua yang baik.
Syaitan gagal
mengapi-apikan kami. Allah sedang memerhatikan,
malaikat juga menulis kebaikan untuk kami berdua pada saat itu.
PENYELESAIAN
Kesedihan saya
bawa pulang ke rumah.
Tidak dapat saya gambarkan melalui perkataan.
Hanya Allah yang
tahu.
Dengan biji
tasbih di tangan, akhirnya kalimah
lahaulawalakuwataillahbillahhilaliyilazim
yang telah saya
ulang entah berapa ratus kali berjaya memujuk hati dan
melelapkan
mata saya yang tidak mahu lena pada malam itu.
Pagi menjelang.
Masalah mesti
dihadapi dengan tenang.
Tugas mengajar dan mengurus perlu diselesaikan.
Itulah yang
terlintas di kepala saat itu.
Sampai di
sekolah, fikiran saya kosong. Entah mengapa
saya sendiri tidak memahaminya. Pun begitu, kaki melangkah longlai ke kantin.
“Dik, hari
ini harga makanan cikgu Siti (bukan nama
sebenar) saya akan bayar”.
Jelas saya kepada pekerja kantin sekolah. Itu sahaja
yang terlintas
dihati bagi memujuk perasaan sedih yang sedang melanda.
Tengahari itu
saya menerima sms berbeza daripada guru yang sama.
Terima kasih
cikgu, sebab belanja saya makan. Saya minta maaf
atas peristiwa semalam. Saya sedar saya juga banyak kurangnya.
Saya akan berusaha untuk lakukan yang terbaik
selepas ini.
Saya tersenyum
bahagia membaca sms itu.
Alhamdulillah.
Itu yang terlintas di hati saya.
Selepas peristiwa
itu, keadaan menjadi lebih baik.
Banyak
kejayaan yang telah dibawa oleh cikgu Siti untuk
sekolah di dalam bidangnya.
Kepada semua
yang membaca. Bukan penilaian ke atas saya,
atau cikgu Siti mahupun guru senior
itu yang ingin saya perjelaskan.
Namun, sama sama
kita mengambil ibrah daripada cerita ini
bahawa dengan berdoa dan berserah
diri kepada Allah kita akan tenang.
Dengan berlapang dada dan bersikap positif di atas
semua perkara
akan membawa kita membina sebuah empayar bahagia bukan
sahaja
pada diri sendiri malahan orang lain yang berada di sekitar kita.
Semoga semua
yang saya tulis dapat memberi manfaat kepada saya
dan anda semua.
In Sya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan