Tanggal 16 hingga 27 hb Oktober 2016 yang lalu saya
dan
suami telah dipilih oleh Allah untuk menunaikan
ibadah umrah dan ziarah.
Destinasi kami ialah Bandar Suci Mekah,
Jordan, Masjidil Aqsa (Palestin) dan
Madinah.
Ahli jemaah kami tidak ramai. Hanya 25 orang termasuk seorang
mutawwif.
Di dalam kumpulan kami
terdapat seorang remaja OKU berusia 24
tahun.
Menurut ibunya dia bermasaalah epilepsi
(sawan) dan sentiasa
mengambil ubat bagi
mengawal masalahnya itu.
Dia saya namakan Ali (bukan nama sebenar).
Pada 24 hb Oktober 2016, kami akan berangkat ke Kota
Madinah dari Amman Jordan setelah berada disana dan
di Palestin
selama 4 hari.
Sebelum itu selama 4 hari kami berada di Kota Mekah bagi
menunaikan umrah. Madinah adalah ziarah kami yang terakhir
sebelum berangkat
pulang ke tanah air.
Di awal pagi lagi kami telah bersiap untuk bersarapan.
Sedang asyik bersarapan, tiba-tiba saya melihat Ali berjalan
pantas
menuju kearah seorang daripada jemaah lelaki yang
sedang bersarapan sama.
Dia memukul kuat di atas
tengkuk lelaki tersebut lantas berjalan
dengan pantas memasuki tandas berdekatan. Lelaki tersebut
bangun dan cuba
mengejar Ali namun dihalang oleh isterinya.
Semua yang melihat kejadian itu tergamam. Keadaan jadi kelam
kabut dan hingar bingar
seketika.
Ibu Ali mengejarnya daripada
belakang. Beliau masuk
ke dalam
tandas dan kedengaran riuh memarahi anaknya itu.
Semua pelayan di tempat
makan mengerumuni pintu tandas
untuk menyaksikan kejadian.
Mangsa nampak sangat marah dan menghamburkan rasa
tidak puas
hati. Atas pujukan isterinya dia duduk semula
dan menghabiskan sarapan.
Saya
yang sejak tadi memerhatikan kejadian dari tempat duduk
meyambung semula memakan makanan yang terbiar
hampir 5 minit.
Beberapa minit kemudian keadaan mula reda. Tidak kedengaran
lagi suara ibu Ali. Saya melihat mereka berdua keluar daripada tandas,
mungkin balik ke bilik.
Sebenarnya kejadian yang berlaku itu adalah satu perkara biasa bagi
saya sepanjang mengajar
anak anak istimewa.
Tiba-tiba marah, tiba-tiba menangis , tiba-tiba menjerit ,tiba-tiba
berlari dan berbagai lagi tingkahlaku yang tidak diduga boleh
berlaku
di kalangan mereka. Kadang kala bersebab dan kadangkala
kita sendiri tidak tahu
puncanya.
Sejurus selepas
bersarapan saya dan suami bersandar di sofa
berhampiran lobi. Tiba-tiba saya melihat Ali
berjalan pantas
keluar dari pintu besar
hotel menuju kearah jalan raya utama.
Ibunya berlari-lari anak mengekorinya
sambil memujuk.
Saya dan suami panik. Dengan pantas saya berlari ke dewan
makan dan memanggil mutawwfif kami.
Dia yang sedang mencedok makanan berlari ke pintu utama
hotel untuk mengejar Ali. Dari jauh saya melihat Ali berjalan
pantas tanpa menoleh ke belakang.
Dibelakangnya mutawwif
berlari mengejar diikuti oleh ibunya.
Kereta yang lalu lalang sangat laju. Menyeramkan perasaan
saya.
Berbagai prasangka berlegar di fikiran waktu itu.
Dari kejauhan, saya hanya
mampu berdoa di dalam hati.
Ya Allah, selamatkanlah dia.
Janganlah berlaku
apa-apa yang tidak diingini.
Kami jauh dari negara sendiri , Ya allah.
Bantulah kami
Setelah mereka tidak kelihatan di pandangan mata, saya melangkah
kelobi hotel dan bersandar kembali di sofa. Waktu
itu juga saya
teringat Amrizal, Khairi Zayani juga Cassy. Mereka adalah anak
murid haiperaktif
yang pernah saya ajar.
Kepantasan berlari yang mereka ada tidak boleh ditandingi
oleh tenaga wanita saya. Berbagai langkah pengajaran kami
susun bagi membantu
mengurangkan masalah tingkahlaku haiperaktif
yang mereka ada. Tersangat mencabar dan menguji kesabaran.
Bagaimanakah agaknya mereka diuruskan oleh ibubapa masing-masing.
soalan berlegar di kepala.
Kenangan saya terhenti
sebaik suami bersuara mengajak balik ke
bilik.
Waktu berangkat ke lapangan terbang telah hampir. Kami perlu membawa
beg
ke lobi untuk dimuatkan ke dalam bas apabila tiba masanya.
Sepanjang menuju ke bilik fikiran saya masih tertumpu kepada
Ali,
mutawwif dan ibunya. Hati saya tidak tenang dan berdebar-debar.
Dapatkah mutawwif dan ibu Ali memujuknya?
Soalan berlegar di kepala saya.
Allah telah tentukan segalanya. DIA lebih mengetahui akan
hikmah disebalik semua peristiwa. Bisik hati kecil saya.
Insya Allah. Semua akan okay.
Tiba-tiba hati
saya jadi tenang.
Sebaik selesai memastikan semua barang tidak tertinggal saya
dan suami menarik beg menuju ke lobi. Setiba dilobi saya menjengah
ke luar hotel. Hati saya
teringat Ali.
Alhamdulillah. Saya menarik nafas lega. Kelihatan Ali sedang
duduk bersama ibunya . Mukanya masam mencuka.
Saya menghampirinya.
Boleh makcik duduk di sebelah?
Saya mengajukan pertanyaan kepada Ali.
Dia cuma memandang wajah saya dan membisu.
Ibunya yang mempersilakan
saya duduk.
Sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
saya mengurut belakangnya. Memberikan
kata-kata nasihat
yang biasa saya berikan kepada anak anak didik saya di
Program
Pendidikan Khas.
Walaupun dia tidak memberi sebarang respond,
namun saya
mengerti dia mendengar dan memahaminya.
Hati saya sentiasa berdoa.
Bantulah, bantulah Ya Allah.
Itu yang termampu.
Bas bergerak perlahan meninggalkan perkarangan hotel
Bandar Amman Jordan. Seperti yang diputuskan bersama mutawwif
saya akan memberi
sedikit penerangan kepada ahli jemaah tentang
anak istimewa yang ada dalam
kumpulan kami itu.
Alhamdulillah. Dalam masa lebih kurang 10 minit saya telah
berkongsi pengalaman dan panduan ringkas dengan mereka
tentang anak-anak
istimewa khususnya Ali. Ahli jemaah nampak
berpuas hati dengan penjelasan saya.
Air mata ibu Ali kelihatan mengalir. Saya boleh memahaminya
setelah mendengar isi hati beliau sebelum kami menaiki bas.
Ali pula kelihatan memejamkan mata seolah tidak mendengar
meskipun saya tahu dia sedang memasang telinga.
Saya faham juga ada yang kurang puas hati dengan penjelasan
saya.
Seolah-olah memihak kepada Ali. Namun pada masa itu saya hanya
mampu
memejamkan mata seolah tidak melihat. Mengunci pintu hati
Seperti tidak memahami. Semua itu bersebab,
dan hanya saya mengetahui.
Kepada ibu bapa yang ada anak istimewa, saya mendokan kalian
tabah.
Berikan didikan sebaik mungkin kepada mereka. Hadir mereka adalah
syurga
untuk kalian.
Kepada guru-guru yang terlibat dengan anak-anak ini, kalian
perlu berani
di dalam memperkatakan hak mereka.
Jangan malu dan ragu-ragu. Bantu semaksima mungkin untuk
menjadikan
mereka boleh di terima dalam masyarakat.
Kepada ibubapa yang beruntung kerana tidak ada anak
istimewa,
terima kasih kerana memahami
dan
boleh menerima keistimewaan mereka.
Namun kepada yang masih memandang hina.
Ingat satu perkara, mereka adalah ahli syurga, sedangkan kita
tidak tahu di mana tempat kita di alam akhirat sana.
Semoga coretan ini memberi manfaat kepada kita semua.
In sya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan