Sesungguhnya kesukaran
hidup adalah asam dan garam
di dalam resepi
kehidupan. Akan mengenakkan
jika kita pandai menyukatnya sehingga menjadi secukup rasa.
Sedikit kisah lama inginku kongsikan bersama.
Cuaca yang tadinya cerah tiba-tiba bertukar gelap.Hujan
hmulai turun renyai-renyai. Semakin menunjukkan
tanda-tanda akan lebat. Keadaan
yang tidak kami jangkakan
rupanya berlaku petang itu. Persediaan
untuk membawa baju
hujan tidak langsung terfikir.
Rumah sewa kami masih terlalu jauh.
Allahuakhbar. Hanya
DIA yang mengetahui perasaan kami
saat itu. Bukan tentang keselamatan diri, namun anak kecil
yang
ada bersama kami.
Tayar motosikal yang kami tunggangi pula tiba-tiba bocor.
Aku memerhati sekeliling
untuk mencari
tempat berteduh.
Namun, tidak kelihatan.
Atas persetujuan bersama
kami meneruskan perjalanan.
Mencari tempat berteduh atau bengkel motosikal.
Aku berjalan pantas mengharungi air hujan di atas jalan besar
dengan sikecil di dalam dukungan. Sesekali air dari tempias
kereta yang lalu lalang menyimbah tubuh kami.
Tudung kepalaku yang
menutupi sikecil juga telah basah kuyup.
Dia mula menangis. Mungkin kesejukan dan ketakutan.
Suami mengekori di belakang sambil menyorong motosikal .
Saat itu airmata lebat membasahi pipi sama lebatnya dengan hujan
yang sedang turun.
“Ya Allah, jangan kau biarkan anak-anak serta zuriat
keturunanku
melalui kesulitan serupa ini”. Doaku berkali-kali . Terkesan dihati.
Jangan berhenti berdoa . Doa adalah ibadah. Doa adalah
Sunnah.
Bersyukur dan terima seadanya kekurangan pasangan kita
kerana ia
adalah rezeki ketetapan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan