Menulis kembali kenangan lalu bukan tanda tidak bersyukur
dengan nikmatNYA. Sekadar berkongsi cerita dan rasa.
Dengan tidak mendapat
gaji selama 3 bulan sebaik sahaja
berpindah daripada negeri Pahang ke tempat suami bertugas
di Kelantan, memaksa kami berjimat dalam semua hal.
Berbelanja apabila
betul-betul perlu. Meskipun barang-barang
keperluan dapur.
Barang yang dibeli mengikut anggaran sekadar mencukupi.
Memastikan wang gaji suami
dapat digunakan hingga ke hujung
bulan. Sentiasa mengukur baju di badan sendiri.
Teh uncang yang
dibeli bukan diguna untuk sekali.
Selepas merendamnya dan air telah mula berwarna, uncang
dikeringkan, disimpan buat diguna kembali.
Pun begitu, bagi kami, waktu minum itu amat berharga.
Minum sambil duduk bersila dan bercerita. Menikmati ujian
Allah bersama.
Terasa pahit saat itu, namun manisnya
kini terasa.
Kami adalah pasangan yang jarang makan di luar. Meskipun
ada wang lebihan di tangan. Terbawa-bawa. Kisah lama dalam
kehidupan . Meskipun tidak sesedap mana, memasak
sendiri
memberi kepuasan hati. Tali pengikat kasih suami isteri.
Itulah sejarah silam kami. Masih segar dalam ingatan.
Adakalanya apabila melihat
pasangan suami isteri kerap
minum diluar,
hatiku berdetik.
“Sediakanlah minuman untuk suami sendiri meskipun bukan dengan
teh
uncang yang digunakan berulang kali kerana ia adalah tali .”
Alahai teh uncang. Indahnya kenangan itu. Masih
terkesan dihati.
MEMILIH PASANGAN HIDUP BIAR TIDAK NAMPAK CANTIK DI MATA,
NAMUN SENANG DIHATI. BIAR TIDAK BERPANGKAT DAN BERHARTA,
NAMUN KEDUKAAN SANGGUP BERKONGSI.
IN SYA ALLAH. BAHAGIA AKAN DIMILIKI. TERUSKAN BERDOA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan