3 hb Ogos, Setiap tahun berganti. Tarikh penting yang
pasti kami ingati . Tarikh ini kami diijabkabulkan.
Subhanallah. Terasa
pantas masa berlalu. Meninggalkan
kenangan pahit dan
manis yang rupanya semakin
mematangkan kehidupan. Mengeratkan cinta dan memahatkan
kasih sayang dalam
rumahtangga.
Dalam jarak masa 31 tahun,
asalnya sebagai sepasang suami isteri
kini keluarga
kami telah bertambah menjadi 12 orang ahli.
6 orang cahaya mata , 3 orang menantu dan seorang cucu.
“ Puan, harga semua barang RM 200”. Jelas peniaga itu.
Kami berdua saling berpandangan. Kelu. Malu. Ternyata
wang
yang ada di tangan tidak mencukupi. Baru kami menyedari.
Mujur tiada pelanggan lain ketika itu.
“Duit kami tidak cukup. Saya pulangkan semula sebahagian
barang-barang ini. Bolehke?”
Aku bersuara sebagai
menyelesaikan kegusaran bersama.
Itulah kisah kami di awal
gerbang perkahwinan. Pahitnya
masih terasa namun ia amat berharga.
Kami tidak pernah berhenti menghantar belanja kepada ibubapa
dikampung , meskipun masa itu kami sendiri sering kekeringan.
“Inginkan keberkatan rezeki” Itulah yang kami pelajari dari
ustaz.
Balasannya sedang kami nikmati kini. Allah Maha Mengetahui.
Allah mengurniakan
rezeki amat murah kepada kami. Aku mengandung
selepas bernikah. Permohonan bertukar daripada negeri Pahang
ke negeri Kelantan tempat suami bertugas juga diluluskan.
Namun, pada masa itu 3 bulan pertama aku tidak menerima gaji.
Allahuakbar. Ujian
besar. Jauh di negeri orang. Dengan
pendapatan
suami yang kecil dan anak di dalam kandungan yang semakin
membesar.
Baju kurung perlu diganti jubah yang lebih selesa, selera berubah adakalanya.
Saat itu, airmata
sering mengalir setiap kali ingin menjamah makanan.
Yang mampu kami sediakan ialah nasi goreng setiap kali waktu makan di hujung
bulan. Pinggang kain
baju kurung yang tidak boleh dicangkuk, dipasangkan
tali. Buat menutup perut yang semakin berisi.
Kenangan itu…telah 31 tahun berlalu. Bukan kenangan kosong.
Namun terselit makna
tersendiri. Sedih, sebak mengingatnya kembali.
Namun nikmatnya semakin
terasa kini.
Syukur Allah. Menghulurkan kepada kami semua kenangan itu.
Kepada anak-anak dan menantu. Kisah masih terlalu banyak
yang
belum sempat dikongsi.
Namun, yakinlah dengan perkara ini.
Bersyukurlah dengan
apa yang telah Allah telah beri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan