Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Persaraan awal memberi ruang kepadaku melakukan
aktiviti yang sebelum ini tidak berkesempatan untuk
dilakukan.
Salah satu daripadanya ialah menziarahi emak. Meskipun
jarak tempat tinggal kami hanya 20 minit perjalanan
kereta namun tidak dapat untukku tunaikan semasa
masih bekerja.
Alhmdulillah. Alhamdulillah. Tidak tergambar
gembira hati ini apabila saban pagi hari Jumaat aku dapat
bersarapan bersama emak.
Ternyata emak nampak ceria. Sentiasa menanti
di teratak yang menjadi tempat rehat dan mengajar
mengajinya.
Melihatkan emak makan dengan begitu seleranya juadah
yang kubawa, hatiku berbaur gembira dan sayu.
Emak bertuah, di hujung hayatnya telah terlakar
kebahagian. Dilayan umpama permaisuri oleh
anak-anak dan menantu saban hari dan minggu.
Kita entah bagaimana....
Semoga Allah beri yang terbaik.
Insyaallah.
Rabu, 30 Mac 2016
Sabtu, 12 Mac 2016
BICARA YB/ PERGANTUNGAN
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Adakalanya aku tidak dapat bersamanya pada waktu solat.
Urusan keluarga yang tidak mengizinkan. Aku meminta dia
solat sendiri. Apabila menerima makluman itu, tergambar
kerunsingan diwajahnya.

“Saya tak ingatlah kak, nak baca apa apabila akak tak ada.
Bila akak ada senang sikit”. Jelasnya jujur.

“Cuba dulu, insya allah boleh”. Kataku bagi
menanamkan
pohon keyakinan dihatinya.
pohon keyakinan dihatinya.
“Saya dah cuba sekali dua haritu, langsung tak teringat
apa
yang telah akak ajarkan. Langsung tak ingat kak”.
Dia menambah lagi dengan nada kecewa. Separuh merayu supaya
aku memahami masalahnya.

“Macamana nak buat ye? Tanyaku separuh bingung.
Rasanya dah lebih 4 minggu bersamanya setiap kali solat.
Namun dia masih lagi tidak dapat mengingat sepenuhnya apa yang
dipelajari.

Kami diam seketika.
“Baiklah. Awak dengar betul-betul dan cuba fahamkan apa yang saya
akan cakap ini”. Aku bersuara kembali.
akan cakap ini”. Aku bersuara kembali.
Dia memandang kearahku. Bersedia untuk mendengar.
“Jika awak yakin hanya
saya yang boleh membantu sehingga
pandai solat, awak tidak akan pandai apabila saya tidak ada.".

“Tetapi, jika awak yakin hanya Allah yang boleh membantu
untuk awak pandai solat, awak akan pandai kerana Allah sentiasa
bersama di mana sahaja awak berada.”

Dia kelihatan keliru dengan kenyataan yang panjang itu.
Setelah beberapa kali aku mengulanginya, dia mula memahami.
“Oleh itu, apabila tidak ingat apa yang awak telah belajar , angkat
tangan dan berdoa. Minta Allah tunjukkan".

Aku menambah lagi, tatkala melihat dia semakin memahami.
Alhamdulillah. Sejak itu dia tidak lagi resah gelisah
apabila kami
tidak dapat solat bersama. Ternyata dia makin yakin dengan kekuasaan Allah.

Ada sekali dia meluahkan rasa hati kepadaku, membuatkan aku sebak ,
Ternyata pergantungan dirinya kepada Allah lebih teguh daripada gurunya ini.

“Semalam , saya memohon bantuan Allah sebelum solat. Terasa ada
orang yang mengajar saya dari mula hingga akhir solat".

BICARA YB/ ALLAH MENDIDIK
Alahmadulillah. Diizinkan untukku
menulis.
“Kak, pagi ini sehingga esok saya nak ke Kuala Lumpur.
Jadi saya tidak datang untuk
belajar solat “
Jelasnya sewaktu melangkah keluar dari rumahku setelah
selesai solat subuh pada pagi Sabtu itu.
“Ada apa ke Kuala Lumpur?” Soalku.
“ Abang saya kahwinkan anaknya”. Dia menjawab.
“Ok, tapi awak jangan tinggal solat ya”. Peringatan kuberikan.
“Insya Allah kak”. Jawabnya sambil menuruni anak tangga serambi
rumah. Aku memerhatikan dia melangkah dengan hayunan kaki
yang begitu lambat sekali
meninggalkan halaman . Diabetes yang
dihidapi menyebabkan kakinya bengkak dan menyukarkan pergerakan.
Terlupa untuk kuceritakan sebelum
ini bahawa ibu tunggal itu
mengambil
upah mengasuh 2 orang bayi di rumahnya.
Oleh itu pada hari bekerja aku akan kerumahnya semasa
waktu solat zohor dan asar bagi
menyambung latihan solat bersamanya.
Manakala pada waktu Magrib dia
akan berada dirumahku sehingga
masuk waktu Isya. Kebetulan, pada waktu senggang tersebut
kami sekeluarga mengamalkan membaca surah Yasin, Taklim
dan
surah-surah pendek. Dia amat gembira untuk
bersama dalam
majlis tersebut.
Selalunya 5 ke 10 minit sebelum
masuk waktu solat , aku telah tiba
dirumahnya. Bagitu juga apabila tiba
giliran dia ke rumahku kecuali
pada
waktu subuh dia akan hadir awal iaitu lebih kurang 5.30 pagi.
“Senang nak ingat apabila belajar
waktu subuh kak”.
Itu alasannya
untuk datang awal,
Waktu yang ada kami penuhi dengan
menghafal bacaan dalam
solat yang masih
belum dikuasainya.
Dua hari ketidak hadirannya
terasa seperti kehilangan.
Entah mengapa
meskipun tidak menjalankan tugas untuk mengajarnya,
5 ke 10 minit sebelum
waktu solat aku sudah mengambil wudhu dan
bersedia menanti untuk solat.
Baru aku terfikir.
“Allah mendidikku untuk solat
di awal waktu melalui ibu tunggal itu.
Alhamdulillah”.
Jumaat, 11 Mac 2016
BICARA YB/RINDU
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Tatkala rindu menerjah, jiwa dijentik resah.
Baruku kenal erti cinta yang tinggi nilainya.
Berpisah kami sementara keranamu
Ya Allah.
Permudahkanlah musafirnya.
Di dalam mencari keredhaanMU.

Rabu, 9 Mac 2016
BICARA YB/ PEMERGIAN
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Berita pemergiannya pagi semalam menyentuh hatiku.
Meskipun memang dalam pengetahuanku dia kurang
sihat akibat serangan kanser, namun tidakku duga begitu
cepat Allah menjemputnya.
Aku hampir putus harap untuk menziarahinya buat
kali terakhir kerana pada waktu yang sama rakan-rakan yang
kupelawa untuk pergi menziarinya sedang sibuk
menunaikan solat sunat gerhana matahari di sekolah.
Hendak memandu sendiri memang aku kurang keyakinan.
Tambahan tempat tinggalnya tidak pernah aku ketahui.
Anak-anak dan menantu telah keluar dengan urusan
masing-masing.
Aku cuba meleraikan keresahan di hati. Solat sunat gerhana
matahari dan solat dhuha aku tunaikan. Surah yasin aku
baca dan sedekahkan pahala kepadanya. Itu yang dapat aku
lakukan sewaktu kesedihan sedang melanda.
Gee itu adalah panggilan manja allahyarhamah Rozilawati
Ab Kadir. Dia adalah antara rakan-rakan lama kami
yang sama-sama berjuang membangunkan Pendidikan
Khas Negeri Melaka.
Sikapnya yang selalu gembira membuatkan dia disenangi
oleh semua. Banyak kenangan dan cerita yang pernah aku dan
dia kongsikan bersama.
Setelah aku bergelar Guru Besar dan dia bertugas sebagai pegawai
di Seameosen, beberapa kali dia datang ke sekolah bagi membincangkan
tajuk-tajuk ceramah yang akan aku sampaikan. Terasa baru semalam
semua itu berlaku.
Allahuakbar. Sesungguhnya dari DIA kita datang. Kepada DIA kita kembali.
Tidak mengira usia. Tidak mengenal siapa.
Akhirnya.
Alhamdulillah. Keresahanku terubat. Cikgu Siti Zairin ingin bersamaku
menziarahi allahyarhamah. Sewaktu beliau menjemputku di rumah jam
menunjukan pukul 9.58 pagi.
"Kalau dah dikebumikan , kita ke rumah untuk bertemu keluarganya saja Rin".
cadangan kuberikan.
Cikgu Siti Zairin bersetuju. Kereta dipandu laju menuju ke Jasin Melaka.
"Kita cuba terus kemasjid Rin. Mana tahu rezeki kita untuk bertemunya".
aku tiba-tiba mencadangkannya setelah tidak menemui rumahnya.
Setelah beberapa kali berhenti untuk bertanya akhirnya kami sampai
kemasjid Air Merbau Jasin Melaka.
Alhamdulillah. rezeki Allah buat kami. Jenazah baru selesai dikafankan.
Aku dan Cikgu Siti Zairin mencelah-celah di kalangan jemaah wanita
yang ada. Akhirnya aku betul-betul berada di hadapan jenazahnya.
"Selamat berehat Gee. Akak doakan Gee diampuni Allah dan ditempatkan
bersama orang yang beriman dan beramal soleh". itulah bisikanku kepadanya
sewaktu mengucup dahi dan pipinya buat kali terakhir.
Alhamdulillah. Kami juga diberi kesempatan oleh Allah menyempurnakan
solat jenazah bersama jemaah-jemaah lain.
Sehingga kini kesedihan masih terasa. Pemergiannya telah dapat aku
saksikan. Kini , takut dan harap dalam menanti dan menanti giliran sendiri.

Sabtu, 5 Mac 2016
BICARA YB/LDP
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Terima kasih kepada sekolah penganjur diatas
kepercayaan yang diberikan kepadaku untuk
berkongsi pengalaman.
Semoga dapat memberi menafaat kepada kita
semua. Insyaa Allah.

Rabu, 2 Mac 2016
BICARA YB/ SYUKUR
Alhamadulillah. Diizinkan untukku menulis.
Sebagai tanda bersyukur dia menadah tangan dan berkata
"Syukur Ya Allah. Terima kasih banyak-banyak kak".
Kelopak matanya kelihatan bergenang air.
Telah puas dia menangis setiap kali gagal menghafal bacaan
tahiyat akhir . Setelah hampir 20 hari akhirnya dia berjaya.
Aku terkenang kembali.
"Susah betul saya nak ingat bacaan ni kak. Rasanya dah
lebih 100 kali saya mengulangnya".
Dia mula mengeluh. Telah beberapa kali ungkapan susah untuk
mengingat dilontarkan. Kekecewaan tergambar di wajahnya.
Aku merenung mukanya. Mencari idea untuk mengembalikan
semangatnya yang mula luntur.
Aku bersuara kembali setelah diberi ilham oleh Allah.
"Saya nak tanya satu perkara boleh ke"
"Boleh kak. Jawabnya
"Awak mula datang haid semasa berumur berapa tahun?".
"9 tahun kak". Pendek jawapan diberikan..
Aku mengambil telefon bimbit dan membuat kiraan. Dia nampak
kehairanan namun tidak pula mengemukakan soalan,
"Mengikut kiraan saya sehingga sekarang jika awak telah
mula bersolat semasa berusia 9 tahun sepatutnya awak telah membaca
sebanyak 7,065 kali bacaan tahiyat awal dan 8,386 kali bacaan
tahiyat akhir". Aku menjelaskan kepadanya apabila selesai menghitung.
Dia nampak kehairanan dan mula bertanya.
"Apa maksud akak? Saya tidak faham"
"Maksud saya, bacaan tahiyat yang awak baca sepanjang belajar
dengan saya ini masih berlum dapat menampung bacaan yang awak
tinggalkan selama lebih kurang 42 tahun yang lalu"
"Jadi jangan risau kalau lambat mengingatinya. Semakin banyak kali
awak membaca semakin banyak pahala yang awak dapat untuk
membayar semula hutang awak selama ini". Aku menambah.
Ternyata dia terkesan dengan penjelasanku. Sejak itu tidak jemu-jemu
dia mengulang bacaan yang tidak dikuasainya sehingga kadang
kala aku disebelahanya yang menyemak bacaan hampir terlelap.
"Terimalah Ya Allah, sedikit usaha hambaMU ini.
"Bantulah kami Ya Allah. Selepas ini bacaan doa Qunut
yang lebih mencabar."

Langgan:
Catatan (Atom)