Sabtu, 12 Mac 2016

BICARA YB/ ALLAH MENDIDIK

Alahmadulillah. Diizinkan untukku menulis.

“Kak, pagi  ini sehingga  esok saya nak ke Kuala Lumpur.
Jadi saya tidak datang untuk belajar solat “

Jelasnya  sewaktu melangkah keluar dari rumahku setelah 
selesai solat subuh pada pagi Sabtu itu.

“Ada apa ke Kuala Lumpur?” Soalku.

“ Abang saya kahwinkan anaknya”. Dia menjawab.

“Ok, tapi  awak jangan tinggal solat ya”. Peringatan kuberikan.

“Insya Allah kak”. Jawabnya sambil menuruni  anak tangga serambi
rumah. Aku memerhatikan dia melangkah  dengan hayunan kaki
yang begitu lambat sekali meninggalkan halaman . Diabetes yang 
dihidapi menyebabkan kakinya bengkak dan menyukarkan pergerakan.

Terlupa untuk kuceritakan sebelum ini bahawa  ibu tunggal itu 
mengambil upah mengasuh 2 orang bayi di rumahnya. 

Oleh itu  pada hari bekerja aku akan kerumahnya  semasa
 waktu solat zohor dan asar  bagi  menyambung latihan  solat bersamanya.

Manakala pada waktu Magrib dia akan berada dirumahku sehingga 
masuk waktu Isya. Kebetulan, pada  waktu senggang tersebut 
kami sekeluarga  mengamalkan membaca surah Yasin, Taklim 
dan surah-surah pendek. Dia amat gembira untuk  bersama dalam
majlis tersebut.

Selalunya 5 ke 10 minit sebelum masuk waktu solat ,  aku telah tiba 
dirumahnya.  Bagitu juga apabila tiba giliran  dia ke rumahku kecuali 
pada waktu subuh dia akan hadir awal iaitu lebih kurang 5.30 pagi.

“Senang nak ingat apabila belajar waktu subuh kak”. Itu alasannya
 untuk datang awal,

Waktu yang ada kami penuhi dengan menghafal bacaan dalam 
solat yang masih belum dikuasainya.

Dua hari ketidak hadirannya terasa seperti  kehilangan. 

Entah mengapa meskipun tidak menjalankan tugas untuk mengajarnya, 
5 ke 10 minit sebelum waktu solat aku sudah mengambil wudhu dan 
bersedia  menanti untuk  solat.

Baru aku terfikir.


“Allah mendidikku untuk solat di awal waktu melalui ibu tunggal itu. 
Alhamdulillah”.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan