Puisi untuk anak-anakku
Wahai anak-anakku
Sepuluh jari emak susun
Minta dimaafkan
Kerana didalam membesarkan kalian,
Terlalu banyak yang diabaikan,
Terlalu banyak yang tidak dilaksanakan,
Hingga kalian membesar serba kekurangan.
Kerjaya sentiasa dihati emak,
Masa dihabiskan disitu sahaja,
Sehingga terlupa hak kalian yang sewajarnya .
Anak-anakku,
Semestinya kalian tidak lupa,
Dalam mendidik
Selalunya emak cepat berang.
Melayan adakalanya dengan meradang.
Menegur jarang berhemah.
Istilah sabar seolah-olah tidak tertulis dalam
kamus kehidupan emak.
Kini...
Seringkali hati ini dijentik kesedihan,
Setiap kali kelakuan kalian tidak menyenangkan mata.
Setiap kali kelakuan kalian menimbulkan kegusaran dihati .
Astagfirullahhalazim. Semoga kita semua diampuni.
Apabila dikenangkan kembali,
Itulah hadiah Allah buat emak
Yang telah banyak melalaikan kewajipan,
Dalam solat airmata emak sering berlinangan,
Malam yang sepi doa emak pohonkan,
Minta Allah pelihara kalian
daripada terus alpa atas sebab kelalaian emak.
Minta kalian tidak berterusan berbuat kemungkaran atas
sebab dosa-dosa emak.
Anak-anakku.
Akhirnya ingatlah pesanan emak ini.
Jadilah anak yang taat perintah Allah dan ibubapa.
Didiklah isteri dan anak ikut cara Nabi,
Itu sahaja kejayaan yang hakiki.
Amalkan sunnahNYA dalam kehidupan
Jadikan Baginda sebagai suri tauladan,
Kerana itulah sahaja jalan menuju kejayaan.
Dalam usia emak yang sedikit saja berbaki
Emak mengarapkn jangan diulangi kesilapan emak
Jangan jadikan dunia perkara utama dicari.
Jadikan ia tempat untuk berbakti,
Mengumpul pahala sebagai bekal kealam akhirat nanti.
Jangan mengumpul harta semata-mata untuk kaya,
Namun kumpullah harta atas maksud mudah menunaikan perintahNYA,
Letakkan akhirat dihati.
Pasti dan pasti dunia akan sujud dikaki.
PADAMU KUBERSERAH