Ahad, 28 Jun 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PUISI

Puisi untuk anak-anakku
Wahai anak-anakku
Sepuluh jari emak susun
Minta dimaafkan
Kerana didalam membesarkan kalian,
Terlalu banyak yang diabaikan,
Terlalu banyak yang tidak dilaksanakan,
Hingga kalian membesar serba kekurangan.
Kerjaya sentiasa dihati emak,
Masa dihabiskan disitu sahaja,
Sehingga terlupa hak kalian yang sewajarnya .

Anak-anakku,
Semestinya kalian  tidak lupa,
Dalam mendidik
Selalunya emak  cepat berang.
Melayan  adakalanya dengan meradang.
Menegur jarang  berhemah.
Istilah sabar seolah-olah tidak tertulis dalam
kamus kehidupan emak.

Kini...
Seringkali hati ini dijentik kesedihan,
Setiap kali kelakuan kalian tidak  menyenangkan mata.
Setiap kali kelakuan kalian  menimbulkan kegusaran dihati .
Astagfirullahhalazim. Semoga  kita semua diampuni.
Apabila dikenangkan kembali,
Itulah hadiah  Allah buat emak
Yang  telah banyak melalaikan kewajipan,
Dalam solat  airmata emak sering  berlinangan,
Malam yang sepi doa emak pohonkan,
Minta Allah pelihara   kalian
daripada terus alpa  atas  sebab kelalaian emak.
Minta kalian tidak berterusan berbuat  kemungkaran atas
sebab dosa-dosa emak.

Anak-anakku.
Akhirnya ingatlah pesanan emak ini.
Jadilah anak yang taat  perintah Allah dan ibubapa.
Didiklah  isteri dan anak ikut cara  Nabi,
Itu sahaja kejayaan yang hakiki.
Amalkan sunnahNYA dalam kehidupan
Jadikan Baginda sebagai suri tauladan,
Kerana itulah sahaja jalan menuju kejayaan.
Dalam usia emak yang sedikit saja berbaki
Emak mengarapkn jangan diulangi kesilapan   emak
kepada zuriat keturunan emak nanti.
Jangan jadikan dunia perkara utama dicari.
Jadikan ia tempat untuk berbakti,
Mengumpul pahala sebagai  bekal  kealam akhirat nanti.
Jangan mengumpul harta semata-mata untuk kaya,
Namun kumpullah harta atas maksud mudah menunaikan perintahNYA,
Letakkan akhirat dihati.
Pasti dan pasti dunia akan sujud dikaki.

PADAMU KUBERSERAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan