Jumaat, 12 Jun 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KISAH ADIK

Alhamdulillah. Dapat menulis seuatu.

Dalam pertemuan singkat itu sempat lagi adik
bercerita.

Itulah perangai  adik. Anak bongsuku.
Dari kecil hingga kini  suka  bercerita.

Semasa di sekolah rendah  selalu mewakili
sekolah dalam acara tersebut.

Biasa mendapat tempat  setiap kali menyertai
 pertandingan.

Juga pernah mendapat tempat ke3 Anugerah Tokoh Nilam
 Negeri Melaka bagi kategori murid  sekolah luar bandar semasa
 berusia  12 tahun.

Sebenarnya cerita adik biasa-biasa saja. Masalah
adik juga tidaklah besar sangat.
Masalah dengan rakan-rakan dan ustazah.
Masalah  budak-budak.

Mungkin adik rasa berat sangat sebab telah lama
terpendam.

"Adik mengadu  dulu dengan Allah segala masalah.
Ini baru adik cerita dengan mak"
Sambungnya lagi.

"Adik tahu Allah sayang adik. Allah hendak
adik dekat dengan DIA"

Suaranya yang tadinya jelas sudah mula tenggelam
timbul dalam esak kesedihan.

"Allah hendak adik banyak baca quran dan tidak
main-main lagi"

"Adik tahu tu"........suaranya terus hilang dan
yang hanya kedengaran esakan tak berhenti.

Aku membiarkan sahaja. Biar adik puas.

 Meskipun begitu, tanpa kusedari  kolam mataku
 juga telah basah.

Bukan kerana ceritanya, namun rasa syukur
yang tidak terhingga kerana dalam usia 14
tahun adik sudah menanamkan sifat yakinnya
dengan kuasa Allah.

Itulah kesannya didikan madrasah.

Sabarlah wahai adik....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan