Saat diraikan sempena hari lahir, perasaan ini tidak menentu.
Gembira
kerana masih dikenang.
Sayu.
Mata terbayang.....
Keluarga dan rakan-rakan yang telah mendahului.
Menemui ilahi.
Titik penamat semakin dihampiri.
Pasti dan pasti akan ditemui.
Dimana?
Bila?
Bagaimana?
Terus resah dan menaruh harap,
Segala dosa dan kesalahan diampuni.
Tidak dapat digambari,
Tidak dapat diceritakan,
Hati dan perasaan.
Hanya Allah yang mengetahui.
Terima kasih kepada ahli keluarga rakan-rakan yang dikasihi atas
ucapan dan penghargaan. Semoga Allah membalas
segala kebaikan yang dihulurkan.
Insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan