Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini.
Apa yang bakal kutuliskan bukan berniat untuk
mengata sesiapa. Namun aku terpanggil untuk
menulis sebagai tanda cuba menyampaikan meskipun
sedikit demi kebaikan bersama.
"Apa yang kak Hasmah cakap tentang pengurusan
tingkahlaku secara individu itu tidak praktikal untuk
dilaksananakan di PPKI"
RUNGUTAN
Ini adalah rungutan yang aku dengar dari mulut seorang
guru Pendidikan Khas apabila aku mencadangkan
program PTL untuk murid yang severe dilakukan secara individu
di sekolahnya.
Aku tidak terasa hati dengan rungutan yang didengar itu.
Selama 15 tahun sebagai penyelaras dan 4 tahun lagi sebagai
GPK PK aku telah lali dengan semua itu.
Umpatan, rungutan, bantahan, alasan dan tidak kurang
pandangan telah biasa bagiku dan tidak menjadi satu masalah.
WAKTU FREE
Apa yang ingin kutegaskan disini ialah :
PTL individu ini sebenarnya menuntut semua guru PK termasuk
GPK, ,PENYELARAS DAN PPM tidak ada waktu FREE.
Jika tidak, PTL INDIVIDU ini tidak dapat untuk dilaksanakan
di PPKI.
TIDAK ADA WAKTU FREE itu sebenarnya yang tidak praktikal
atau bahasa lainnya PTL secara individu ini menjadi tidak relevan.
Jujur aku katakan disini bahawa aku dan rakan-rakan telah
melaksanakannya. Dengan izin Allah ramai yang telah berjaya
kami pulihkan. Namun satu perkara besar yang terpaksa kami
gadaikan ialah waktu FREE.
KEPENTINGAN
Selalunya apabila kita memikirkan kepentingan murid pasti kita"Apa yang kak Hasmah cakap tentang pengurusan

akan melupakan kepentingan diri.
Namun apabila memikirkan kepentingan diri kepentingan murid
pasti dilupai.
Dialiran perdana perkara serupa juga berlaku. Meskipun bukan
semua namun kelas yang hujung selalu mangsa pengabaian.
Memang mereka tidak pandai bersuara. Ibu bapa mereka
juga serupa. Namun berapa ramaikah antara kita yang cuba
memahaminya.
Bila nak outingpun ambil budak kelas pertama. nak beri kerusi
meja barupun untuk yang kelas pertama. Yang duduk dikelas
hujung menjadi mangsa keadaan.
Siapa akan peduli. kerana hadir mereka menyusahkan. Namun kita
terlupa satu perkara, iaitu :
Kita tidak ada pekerjaan jika tidak dengan kelahiran mereka di dunia.
Dan mereka adalah tanggungjawab kita.
PILIHAN
Sebenarnya Allah sentiasa memberi kita pilihan di dalam membuat
sesuatu tindakan. Kita boleh memilih yang terbaik untuk dunia
dan akhirat kita jika kita inginkannya.
Segalanya terserah kepada kita.
Namun fikirkan satu perkara.
Kita bakal ada anak dan cucu. Apakah perasaan kita
jika perkara serupa berlaku.
Sebagai orang yang bijaksana kita sendiri ada jawapannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan