TUDUHAN
Kata-kata tuduhan itu bertalu-talu menerjah
melalui corong telefon bimbit yang melekap ditelingaku.
Aku langsung tidak berpeluang menerangkan
situasi sebenar.
Hanya air mata meluncur laju jatuh diatas surah yasin
yang sedang kupegang.
Suasana lepas maghrib yang sepatutnya ku penuhi
dengan bacaan yasin dan majlis taklim terpaksa aku hentikan.
Anak-anak yang meneruskannya.
Masya Allah.
DIA yang menyusunnya.
Keputusan mencalonkan nama seorang guru yang terlebih option
di sekolah untuk dipindahkan merupakan punca masalah.
RAYUAN
Pada hari berikutnya setelah siap surat permohonan penangguhan
pertukaran guru tersebut aku ke PPD untuk berbincang dengan
pegawai yang berkenaan.
Tanpa diduga guru tersebut datang juga untuk tujuan serupa.
Dalam hatiku tidak menaruh marah mahupun dendam atas segala
tuduhan yg telah ditujukan keatasku. Aku berbual seperti mana biasa
dengan nya sementara menanti giliran bertemu pegawai berkenaan.
Setelah mengambil kira masalah yang aku hadapi disekolah, disamping
masalah besar yg dihadapi guru tersebut akhirnya keputusan telah dibuat .
Arahan pertukarannya dibatalkan. Dia kekal di sekolah ku.
Subhanallah.
Mana suci Allah.
Mengatur dengan begitu cantik sekali. Dia lebih méngetahui akan
rahsia disebalik sesuatu musibah.
Rasa syukur dan gembira yang tidak dapat aku gambarkan .
Aku menangis sepuas-puasnya di dalam kereta sepanjang
pejalanan pulang.
LEMBARAN KENANGAN
Membuka kembali lembaran kenangan ini membuat aku makin yakin
bahawa Allah adalah tempat yang terbaik untuk mengadu apabila
menghadapi kesulitan dalam menyelesaikan masalah.
Seikhlasnya kutuliskan disini ialah semasa keputusan perlu ku buat
aku begitu keliru kerana ke dua-dua guru yang ingin ku calonkan
untuk pertukaran itu adalah guru yang ada kepakaran dalam
bidang masing-masing.
Terasa amat sukar. Untuk solat istiharah tidak berkesempatan kerana
masa yg diberikan untuk membuat keputusan hanya 2 hari.
Disaat akhir itu apa yang mampu kusuarakan didalam hati ialah:
"Ya Allah, biarlah nama yang kusebut ini tepat untuk kebaikan semua."
Ternyata pilihan Allah tepat.
Jika seorang lagi guru kucalonkan pasti aku tidak dimarahi.
Namun dalam masa yang sama aku akan kekurangan seorang tenaga
pengajar tahun 6 dan terpaksa merombak jadual waktu yang telah
disusun.
Dengan meletakkan nama guru itu aku tidak kehilangan seorang pun
daripada mereka.
Alhamdulillah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan