Selasa, 24 Disember 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/BUKU TERISTIMEWA UNTUKMU

Sedikit komen dari yang telah membaca buku ini.

Satu perkongsian pengalaman yang amat berharga....
Hasil kesungguhan , kasih sayang seorang guru Pend. Khas
kepada  anak Pend. Khas.
Ditulis dengan santai, mudah difahami...dan boleh dipraktikkan.
Tahniah...
Ct Zairin..... Seorang guru Pendidikan Khas.



Alhamdulillah 
Boleh dijadikan panduan untuk setiap pendidik yang murabbi, ibu bapa
yang  sentiasa bersyukur dan redha dengan kurniaan Allah. 
Mampu mendidik setiap jiwa pembaca agar ikhlas  dalam  setiap
amal yang  dilakukan semata-mata  untuk cari keredhaan Alllah..
Dengan kata lain be a good khalifah. 
Insya Allah.
Puan Eni.... Seorang suri rumahtangga.




Sebuah  buku yang amat menarik. Banyak menyentuh 
Hati.  Sesuai bukan  hanya kepada orang yang 
terlibat dengan anak istimewa malah semua ahli masyarakat.
Ceritanya pendek, ringkas dan 
menyentuh hati dan banyak menyamai  kisah
yang saya lalui. 
Tahniah dan terima kasih.
Puan Raizon... Seorang guru pra sekolah 


Buku yang amat baik dan banyak menyentuh hati saya. 
Puisi yang ditulis ringkas tetapi menunjukkan kebenaran
masyarakat kini.
Menulis dengan hati dan berjaya menyentuh hati.
Tahniah.

ASP Faridah...

BICARA. GURU PENDIDIKAN KHAS/ RESENSI BUKU TERISTIMEWA UNTUKMU.

Majlis Resensi Buku TERISTIMEWA  UNTUKMU. 
Tempat: Surau. Galeri Ilmu Kota Damansara
Tarikh/ hari: 19 DIS 2013/ Khamis

Terima kasih kepada Galeri Ilmu kerana memberi peluang.

Sedikit gambar kenangan









Rabu, 18 Disember 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ADAKALANYA

Adakalanya kita merasakan ujian Allah 
amat berat hingga lahir keluhan yang tidak sepatutnya.

Adakalanya kita terlupa bahawa ujian adalah mehnah
bertujuan mendidik.

Adakalanya kita terlupa ujian Allah untuk orang lain adalah 
lebih mencabar daripada yang diberikan Allah kepada kita.

Dan yang paling penting dan kita selalu terlupa bahawa..
Nikmat dariNYA telah terlalu banyak  kita terima berbanding 
ujian yang ada.



Selasa, 17 Disember 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BUKU TERISTIMEWA UNTUKMU

Alhamdulillah. Berkat sokongan semua telah
lahir  sebuah buku bertajuk TERISTIMEWA UNTUKMU.

Kepada yang berminat boleh dapatkan daripada  saya melalui
Email rajiee63@yahoo.com.my atau face book Hasmah hitam.

Atau boleh dapatkan daripada 
Puan Zuraidah daripada Syarikat Galeri Ilmu.  zuraidah@galeriilmu.com.my.

Buku ini akan berapa di kedai seminggu daripada sekarang.
harga Rm 15 
263 muka Surat.

 


Rabu, 11 Disember 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ TAK PRAKTIKAL

Salam kasih sayang untuk semua pembaca.

Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini.

Apa yang bakal kutuliskan bukan berniat untuk
mengata sesiapa. Namun aku terpanggil untuk
menulis sebagai tanda cuba menyampaikan meskipun
sedikit demi kebaikan bersama.

"Apa yang kak Hasmah cakap tentang pengurusan
tingkahlaku secara individu itu tidak praktikal untuk
dilaksananakan di PPKI"

RUNGUTAN

Ini adalah rungutan yang aku dengar dari mulut seorang
guru Pendidikan Khas apabila aku mencadangkan
program PTL untuk murid yang severe dilakukan secara individu
di sekolahnya.

Aku tidak terasa hati dengan rungutan yang didengar itu.
Selama 15 tahun sebagai penyelaras dan 4 tahun lagi sebagai
GPK PK aku telah lali dengan semua itu.

Umpatan, rungutan, bantahan, alasan dan tidak kurang
 pandangan telah biasa bagiku dan tidak menjadi satu masalah.

WAKTU FREE

Apa yang ingin kutegaskan disini ialah :
PTL individu ini sebenarnya menuntut semua guru PK termasuk
GPK, ,PENYELARAS  DAN PPM tidak ada waktu FREE.

Jika tidak, PTL INDIVIDU ini tidak dapat untuk dilaksanakan
di PPKI.

TIDAK ADA WAKTU FREE itu sebenarnya yang tidak praktikal
atau bahasa lainnya  PTL secara individu ini menjadi  tidak relevan.

Jujur aku katakan disini bahawa aku dan rakan-rakan telah
melaksanakannya. Dengan izin Allah ramai yang telah berjaya
kami pulihkan. Namun satu perkara besar yang terpaksa kami
gadaikan ialah waktu  FREE.

KEPENTINGAN 

Selalunya apabila kita memikirkan kepentingan murid pasti kita
akan melupakan kepentingan diri.
Namun apabila memikirkan kepentingan diri kepentingan murid
pasti dilupai.

Dialiran perdana perkara serupa juga berlaku. Meskipun bukan
semua namun kelas yang hujung selalu mangsa pengabaian.

Memang mereka tidak pandai bersuara. Ibu bapa mereka
juga serupa. Namun berapa ramaikah antara  kita yang cuba
memahaminya.

Bila nak outingpun ambil budak kelas pertama. nak beri kerusi
meja barupun untuk yang kelas pertama. Yang duduk dikelas
hujung menjadi mangsa keadaan.

Siapa akan peduli. kerana hadir mereka menyusahkan. Namun kita
terlupa satu perkara, iaitu :
Kita tidak ada pekerjaan jika tidak dengan kelahiran mereka di dunia.
Dan mereka adalah tanggungjawab kita.

 PILIHAN
Sebenarnya Allah sentiasa memberi kita pilihan di dalam membuat
sesuatu tindakan. Kita boleh memilih yang terbaik untuk dunia
dan akhirat kita jika kita inginkannya.

Segalanya terserah kepada kita.

Namun fikirkan satu perkara.
Kita bakal ada anak dan cucu. Apakah perasaan kita
jika perkara serupa  berlaku.

Sebagai orang yang bijaksana kita sendiri ada jawapannya.





Selasa, 10 Disember 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ HIKMAH


TUDUHAN

Kata-kata tuduhan itu bertalu-talu menerjah 
melalui  corong telefon bimbit yang melekap ditelingaku.
 Aku langsung tidak berpeluang menerangkan
situasi  sebenar. 

Hanya air mata meluncur laju jatuh diatas surah yasin 
yang sedang kupegang.

Suasana lepas maghrib yang sepatutnya ku penuhi 
dengan bacaan yasin dan majlis taklim terpaksa aku hentikan. 
Anak-anak yang meneruskannya.

Masya Allah.

DIA yang menyusunnya.

 Keputusan mencalonkan nama seorang guru yang terlebih  option 
di sekolah untuk   dipindahkan merupakan  punca masalah.

RAYUAN

Pada  hari berikutnya setelah siap surat permohonan penangguhan
pertukaran  guru tersebut  aku ke PPD untuk berbincang dengan 
pegawai yang berkenaan.

 Tanpa diduga guru tersebut datang juga  untuk  tujuan serupa.
Dalam hatiku tidak menaruh marah mahupun dendam atas segala 
tuduhan yg telah ditujukan keatasku.  Aku berbual seperti mana biasa 
dengan nya sementara menanti giliran bertemu pegawai berkenaan.


Setelah mengambil kira masalah yang aku hadapi disekolah, disamping 
masalah  besar yg dihadapi guru  tersebut akhirnya  keputusan telah dibuat .
Arahan pertukarannya  dibatalkan. Dia kekal di sekolah ku.


Subhanallah.  

Mana suci Allah. 

Mengatur dengan begitu  cantik  sekali. Dia lebih méngetahui akan 
rahsia disebalik sesuatu  musibah.

 Rasa syukur dan gembira yang tidak  dapat aku  gambarkan .
 Aku menangis sepuas-puasnya di dalam  kereta sepanjang 
pejalanan pulang.


LEMBARAN KENANGAN 

Membuka kembali lembaran kenangan ini membuat aku makin yakin 
bahawa Allah adalah tempat yang terbaik untuk mengadu apabila
 menghadapi kesulitan dalam menyelesaikan masalah.

Seikhlasnya kutuliskan disini ialah semasa keputusan perlu ku buat 
aku begitu keliru kerana  ke dua-dua guru yang ingin  ku calonkan 
untuk pertukaran itu adalah guru yang  ada kepakaran dalam
bidang masing-masing.


 Terasa amat sukar. Untuk solat istiharah tidak berkesempatan  kerana  
masa yg diberikan untuk  membuat keputusan hanya  2 hari.

 Disaat akhir itu apa yang  mampu  kusuarakan didalam hati ialah:
"Ya Allah,  biarlah  nama yang kusebut ini tepat  untuk kebaikan  semua."

Ternyata pilihan Allah tepat. 

 Jika seorang  lagi guru kucalonkan pasti aku tidak dimarahi.  
Namun dalam masa yang sama   aku  akan kekurangan seorang tenaga
pengajar tahun 6  dan terpaksa merombak jadual waktu yang telah
disusun.

Dengan meletakkan nama guru itu aku tidak kehilangan seorang pun 
daripada mereka.

Alhamdulillah

             

Khamis, 5 Disember 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS /MUHASABAH DIRI

Bicara tentang kita adalah merujuk untuk diriku sendiri
dan rakan yang sudi memahami.

Allah  yang membukakan hati untuk kita menjadi seorang yang 
bertanggungjawab  pada tugas  sendiri atau sebaliknya.

Syukurlah kepada Allah jika kita memilikinya.  

Berdoalah selalu agar Allah melahirkan sikap itu dalam 
diri , jika  ia belum dimiliki.

kerana....

Setiap benda akan bersuara dan meminta hak mereka apabila kita 
di akhirat sana .



BICARA. GURUPENDIDIKAN KHAS/ RAHSIA

Tercipta seribu rahsia  disebalik  setiap pertemuan. 
  Mengapa kita ditemukan dalam satu pasukan  kerja , 
DIA yg lebih mengetahui. 

Saling ingat mengingat, tegur menegur , bantu-membantu 
Seikhlas yang mampu.

 Didoakan apa yg dirancang dapat dicapai dengan jaya.
 Didoakan ukhwah terjalin sepanjang perjalanan kita 
sebagai pendidik kepada anak bangsa.


Rabu, 4 Disember 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ TANDAS ORANG CACAT

Sebuah kisah lama....

"Saya rasa nak buang air kecil lah" kata seorang daripada 
pelawat yang datang ke PPKI hari itu kepada rakannya.

Aku yang berada tidak jauh dari situ memandang kearahnya. 

Belum sempat untuk ku tunjukkan arah tandas, rakannya telah
menunjukkan  kepadanya tandas yang ada di dalam  PPKI.

"Tak mahu lah , itu tandas budak cacat". Jawabnya selamba. 

Hatiku tersentuh mendengar kata-kata itu.   sengaja aku mendiamkan diri. 
Seolah-olah tidak mendengar   apa-apa.

"Tak apalah guna aje" kawannya  memujuk.

"Tak mahu " dia Berkeras dan berjalan keluar dari PPKI.

Aku yang berada tidak jauh dari situ hanya mampu menyoal dalam hati.

Maaf jika aku bersangka buruk . 

Tingkahlaku pelawat itu sebenarnya membawa erti yang tersendiri dlm penilaian ku.

"Sampai bila ahli masyarakat hendak memandang rendah kepada anak-anak istimewa ini"

Di luar sedar  sebenarnya kita lebih cacat lagi sebab Allah beri otak sempurna tapi tak tahu berfikir bahawa jenis apapun tandas ia tetap tidak boleh mengubah penggunanya dari sempurna menjadi istimewa.




Isnin, 2 Disember 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ LAWATAN PENANDA ARAS

Nama sekolah: SK SRI  AMPANG MUDA SIK KEDAH
Tarikh: 2 Disember 2013
Hari: Selasa
Jumlah  peserta lawatan: 82 orang
Nama Guru Besar: En Mat Desa bin Ibrahim
YDP PIBG: Mat Jamel bin Mat  Noh
Pegawai seranta:  Pn Rusziah yahya (PPD Melaka Tengah) 
Terima. Kasih atas kehadiran semua pada hari lawatan. Terima kasih atas segala kerjasama 
Yang dihulurkan. 
Semoga perkongsian ilmu dapat memberi manfaat kepada kedua-dua sekolah