Ahad, 29 September 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PELANCARAN

MINGGU PANITIA PJ  DAN KESIHATAN SERTA 1 MURID 1 SUKAN SKDDH 2013
Tahniah kepada semua yang terlibat.  Semoga semua aktiviti dapat berjalan
dengan baik dan memberi manfaat kepada murid SKDDH.
Insyaallah ..

















Sabtu, 28 September 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PENGALAMAN




Pengalaman   umpama resepi  di dalam gulai kehidupan.
Semakin banyak  pengalaman yang menjadi rencah,     hidup akan 
menjadi  lebih sempurna dan memberi makna.


BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ INTEGRITI

PELAN INTEGRITI NASIONAL  DAN PEMBUDAYAAN INTEGRITI
DALAM PENDIDIKAn

SM Teknik Bukit Piatu,

Terima kasih dah tahniah kepada rakan-rakan guru  SKDDH yang hadir.
Semoga Allah membantu kita untuk terus bekerja dengan penuh
Integriti.














Selasa, 24 September 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MENGALAH

Tidak salah mengalah. Bukan bermakna kita  kalah. Petanda
Allah  ingin kita berubah.    


BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/MUHASABAH DIRI

Apabila seseorang merasakan dirinya  paling hebat ,berkuasa dan
tahu apa sahaja menyebabkan   hilang rasa  hormat kepada orang lain.

Semoga kita semua terpelihara daripada sifat mazmumah ini. Insyaallah.



Ahad, 22 September 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ELAUN MURID KHAS



Sentiasa dibantu  adakalanya  menjadikannya manusia malas
untuk  berusaha.  Meskipun bukan semua antara kita bersikap
demikian, namun jika diteliti perkara ini banyak berlaku sekarang.

ELaun murid khas (EMK) Ini adalah salah satu daripada 
bantuan yang diberikan kepada anak-anak istimewa.
Malangnya ia telah disalahguna oleh kalangan ibu bapa
yang kurang rasa tanggungjawab.

Tanpa segan silu ada antara mereka yang mengeluarkan
semua  bantuan ini sehingga berbaki hanya Rm 10.  Apabila
ada keperluan untuk aktiviti , elaun ini telah habis ibu apa gunakan.
Sehingga  yuran pun tidak selesai dilunaskan.

Aku dan rakan lain sering menghadapi masalah apabila 
cuba mempertahankan  EMK anak-anak ini.

" Saya bukan tidak mahu bekerja puan, tapi saya tidak sihat"
Jawapan  ku terima daripada bapa yang berusia lewat
30an itu. Dia ingin mengeluarkan semua EMK anaknya 
untuk keperluan keluarga.

 "Tubuh yang sasa dikatakan tidak sihat". Aku merungut dalam hati.

"Elaun ini bukan untuk baiki motorsikal  atau beli baju raya anak-anak
 yang lain.  Itu semua adalah tabggungjawab encik sebagai ketua keluarga, 
 aku bersuara lagi.

"Saya tahu, tapi tak boleh buat apa puan,  saya memang betul-betul 
takde duit, itu sebab nak keluarkan duit EMK"

Perasaan sabar ku tercabar juga apabila berbalah dengan beliau.
Setiap cadangan mengatasi masalah yang ku berikan pasti ada 
jawapan yang tidak masuk akal. Semuanya sebagai satu alasan 
membela diri dan menutup kemalasan sendiri. 

Akhirnya aku mengalah kerana aku  tahu bahawa aku tidak berhak 
menahan  EMK daripada digunakan oleh ibu bapa. Meskipun niat ku
baik,  namun aku bimbang mengundang masalah lain, kerana bapa
Itu dikatakan pernah menyerang pengetua di sebuah  sekolah menengah
atas sebab sama.

Ternyata dia memilih jalan mudah untuk dapat wang, 
Hidup  hanya goyang kaki.  Tulang empat kerat langsung tidak mahu 
digunakan untuk mencari rezeki.

Aku amat terkilan, apabila sebelum meninggalkan pejabat bapa itu
berkata bahawa selama ini dia mendapatkan bantuan kewangan daripada 
seorang datuk setiap kali menghadapi masalah kewangan. 

Kasihan bapa itu. Kerana sentiasa bergantung kepada bantuan orang 
lain, dia terlupa akan tempat yang sepatutnya dia meminta iaitu
ALLAH yang maha kaya lagi pemurah.....yang tidak pernah berkira 
dalam membantu hambanya.

Sabtu, 21 September 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/HIDUP

Pengalaman  hidup tidak selalunya indah.  Pun begitu ia akan bertukar
wajah   apabila segalanya  dapat diterima dengan redha disertai  keyakinan 
penuh akan   kekuasaan Allah.


Gambar kenangan di pantai Telok Cempedak bersama keluarga.











BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/UJIAN BERBEZA

Walaupun  telah beberapa hari kisah itu berlalu, ia
masih jelas terbayang diruang mata. Setiap hujah
yang dilemparkan oleh ibu itu masih jelas ditelinga.

Renungan matanya yang merendahkan orang 
lain, masih terbayang dan sukar dilupakan.

Betapa ibu itu sedang diuji. Ujian tidak suka mengaku
kelemahan  diri sendiri.  Ujian kerana suka menyalahkan
orang lain. Ujian tidak mahu berdepan dengan realiti  yang
anaknya sedang menghadapi masalah  rumit sekali
dan perlukan bantuan daripadanya.

Pada masa yang sama kesabaranku turut teruji.
Pun begitu aku mengucapkan subhanallah di dalam
hati.  Minta  Allah memberkati hasil perbincangan pada
hari itu.

Sesekali suaraku turut meninggi.  Tujuan menjelaskan 
perkara sebenar. Pun begitu, bukan satu perkara mudah
untuk mematahkan segala hujahnya. Dia bukan sembarangan
orang yang mudah untuk beralah dan menerima pandangan
orang lain apabila berhujah.

Apabila dapat berfkir dengan lebih  baik suaraku mula 
mendatar kembali. Dapat aku  bayangkan kekusutan 
tidak akan terlerai, masalah tidak akan selesai jika aku 
mengikutkan nafsu amarahku pada ketika itu.

Hasil perbincangan akhirnya dicapai.  Setelah hampir sejam
bersma ibu itu aku memohon mengundur diri kerana
ada urusan lain.

Sepanjang perjalanan balik,  aku turut rasa bersyukur kerana 
ujian merasa rendah diri dan tidak yakin apabila  dipindah ke sekolah
baru mungkin lebih baik berbanding  ibu itu yang diuji mempunyai
sifat ego  dengan keupayaan diri sendiri sehingga tidak menerima
pandangan orang lain.