Ahad, 24 Februari 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PPM



HIDUP PERLUKAN PERUBAHAN. UBAHLAH DIRI SENDIRI
JIKA INGIN ORANG LAIN BERUBAH.

















PPM ADALAH singkatan daripada perkataan Pembantu
Pengurusan  Murid.  Jawatan ini diwujudkan dalam
Program Pendidikan Khas bermula pada tahun  2008.

Pada awal kehadiran mereka membawa banyak cerita
positif juga negatif. Dalam mesyuarat penyelaras selalu
dibincangkan.

Aku secara peribadi kurang bersetuju dengan kewujudan
jawatan ini  dalam Program Pendidikan Khas. Dengan  elaun
RM 250 yang diperolehi oleh guru pendidikan khas sahaja
berbagai versi cerita keluar daripada  setiap mulut guru-guru di
aliran perdana. Semua adalah ujian Allah  kepada yang bergelar
guru pendidikan khas.

Ditambah lagi dengan kemudahan PPM. Cerita tentang
guru pendidikan khas  semakin hebat dibincangkan.

Pun begitu, kata-kata  mereka memang ada kebenarannya.
Kesimpulan yang mereka buat tentang masalah guru pendidikan
khas sebenarnya berpunca daripada  sikap segelintir guru pendidikan
khas yang kurang rasa tanggungjawap.

Berbalik cerita tentang PPM.   Dalam satu sesi mesyuarat isu PPM
dibincang dengan begitu panjang lebar.  80% penyelaras /GPK PK yang
hadir dalam sesi mesyuarat itu memberi pandangan yang negatif
tentang PPM. Aku  dan  beberapa rakan lain mempunyai pandangan
yang berbeza.

"PPM sekolah saya tidak tahu buat kerja, semua tunggu arah"

"PPM sekolah saya berlagak"

"PPM sekolah  saya melawan guru-guru"

"PPM  sekolah  saya tidak mahu basuh berak kencing budak-budak"

"Dia orang memang tak minat buat kerja, sebab tak de kerja tu yang jadi
PPM"

"PPM  sekolah saya berlagak macam cikgu"

Ada banyak lagi yang tidak dapat nak dituliskan.

Selepas  mesyuarat aku bertemu  seorang GPK PK yang begitu
hebat bercerita tentang masalah PPMnya.

" Maaf cikgu , saya hanya nak beri pandangan," kataku memulakan
tajuk perbualan.

"Dari  cerita cikgu tadi, saya rasa PPM sekolah  cikgu itu
memang teruk  sangat".

"Betul, cikgu," jawabnya. 

"Satu perkara saya nak   tanya iaitu, cikgu dah siasat atau  tidak
sikap cikgu-cikgu pendidikan khas sendiri?".


"Saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak, tapi  saya
 harap nasihatkan dahulu  cikgu-cikgu untuk berubah sikap jika
ingin   PPM berubah."

"Jika tiada perubahan juga, panggil PPM tersebut dan berikan  nasihat.
Mereka terlalu baru , dan perlukan bimbingan daripada kita semua..
Insyaallah, jika kita ikhlas  perubahan pasti berlaku" .

Setelah kujelaskan kepada GPK PK tersebut tentang maklumat yang
aku tahu mengenai sikap  guru-guru di sekolahnya,  baru GPK itu
menyedari  kesilapannya .

Dia berjanji untuk berusaha menegur sikap  guru-guru pendidikan khas
supaya  mereka dihormati oleh PPM.

JIKA  INGIN  DIRI DIHORMATI, BELAJARLAH MENGHORMATI
ORANG LAIN.




10 ulasan:

  1. saya sgt bangga apabila ada guru khas tlg memberikan semangat kpd nasib ppm. sya bknlah jenis xmengenang budi tp kalau sya ceritakn pengalaman selama 5 thn menjadi ppm. rsnya belum ckp utk sya jelaskan kt sini apa sebenarnya peranan ppm. sya sedih bila kami seperti xde pembelaan. daripada kerani sehinggalah kepada guru2 khas dan juga GPK. GPK pula seperti melepaskan batuk ditangga. kami dengan unit pendidikan khas xtau sape ketua atau sape yg perlu kami ikut arahan. sya xkisah bekerja utk murid khas kerana mrk adlh penghibur hati kami kala kami rs diri hina sehinanya. kalau nk sya ceritakan di sini, mmg xterluah dek tgn kerdil sya ni..sya mohon sgt agar cikgu dpt bntu saya...bntu nasib ppm yg lain...jika cikgu ingin menghubungi sya..ini no tel sya 0189464336. cikgu boleh panggil sya sue. tolong kami cikgu.

    BalasPadam
  2. satu pandangan yang baik dari cikgu. saya sendiri sebagai PPM amat memerlukan pandangan dan nasihat yang berguna dari seorang guru yang memahami seperti cikgu agar dapat saya memperbaiki yang mana kelemahan yang tidak saya nampak selama ini. tahun ini dah masuk 5 tahun saya berkhidmat sebagai PPM khas sejak april 2008.
    harap cikgu dapat beri nasihat dan tegur untuk saya meningkatkan diri dalam jawatan yang saya pegang selama 5 tahun.

    riena
    asterinasazalie@yahoo.com

    BalasPadam
  3. Boleh sesiapa bgtau saya mcmna nk apply sebagai PPM. Buat masa sekarang saya bkerja sebagai seorang Jurulatih Multiskill Program Latihan Khidmat Negara, yg bertaraf sambilan.

    BalasPadam
  4. Saya ppm.saya tengah usaha cari kerja lain.seriously kami dikastakan.letih dipandang hina.cukuplah 6 thn pengalaman.

    BalasPadam
  5. sekolah saya ok jer ppm ni, xde nak kasta2 pon

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum
    Saya Ppm ppki
    Nak tanya Mcm mn saya nk jd guru
    Saya ada spm je
    Mcm mn nk pjj
    Syaratnya apa
    Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. pilih kursus & universiti yang tuan / puan mahu.
      2. daftar masuk sebagai pelajar PJJ
      3. isi borang kebenaran belajar secara PJJ
      4. tunggu jawapan dari Bahagian Sumber Manusia / Bahagian Latihan / Tajaan.
      5. sempurnakan pengajian tuan / puan.
      6. bayar kos pengajian.
      7. dapatkan scroll & transkrip penuh.
      8. mohon jawatan bila tawaran dibuka.

      Padam
    2. Puan dah apply jadi guru ke ? Boleh ajarkan saya
      Ws saya puan 0195184993

      Padam