Jumaat, 23 November 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ B I G

PROGRAM   BINA  INSAN   GURU

23 NOVEMBER 2012

BILIK  MESYUARAT  SK  SEMABOK

9.00-12.00  TENGAH HARI

SEMUGA SEGALA PERKONGSIAN  ILMU  DAN  PENGALAMAN  DAPAT  DIMANFAATKAN
DEMI  ANAK-ANAK  ISTIMEWA  INI.
INSYAALLAH.






Selasa, 20 November 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/IKHTIBAR

Cerita  petang  semalam  masih  berlegar di  dalam ingatan. Satu
petunjuk  baru  yang Allah  berikan kepadaku dalam  saat aku
begitu  memerlukannya.

Salah  seorang pekerja Taska Raudhatul  Sakinah telah dijemput
ayahnya  oleh Allah  untuk  pergi selamanya pagi  semalam.  Dalam
ziarah  yang sempat  aku dan  anak lakukan  semalam menggamit
hati untuk jadi  lebih baik  dari  sekarang.

Ini  adalah  kerana orang yang baik  akan dijemput  cara baik oleh
yang maha  kuasa.  Semuga  rohnya ditempatkan bersama orang
yang soleh.
Amin.....

Kita  entah bila,
Entah dimana,
Entah  bagaimana.... cara pemergianannya ...

Ikhtibar  untuk diriku  dan  rakan-rakan  yang sudi  membaca.

Isnin, 19 November 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/TERPERANGKAP

Terperangkap  hampir  1jam setengah dalam banjir kilat  di persimpangan
MITC

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SAMA

Pertemuan tidak dirancang petang tadi.  Bekas murid istimewa di
sekolah lama.  Masih  sama seperti dulu....... ramah mesra.


Ahad, 18 November 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ HIJRAH

Perasaan  terlalu tersentuh dengan apa yang  berlaku.
Kukongsikan  rasa hati ini  denganMU tuhan yang maha pengasih.

Aku  menyedarinya...
Ada hikmah disebalik semua ini.

Permudahkan Ya ALLAH...  hijrah hati sempena tahun baru 1434

Jumaat, 16 November 2012

bICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ JAWAPAN



Aku ditemui oleh  2 orang guru pelatih IPG Kampus
Perempuan Durian  Daun Melaka. Mereka bertanya
tentang pengurusan  tingkahlaku  murid istimewa.
Bagi mereka ianya  sukar untuk dilaksanakan kerana
anak-anak  istimewa itu  sukar untuk  didekati.

Jawapan yang aku  berikan:

Lahirkan rasa sayang, simpati  dan keinginan untuk 
membantu dengan  hati  yang ikhlas dan bukan
dipaksa-paksa.  Ianya memang sukar tetapi perlu 
diusahakan sehingga berjaya.

Merapati mereka hendaklah bermula  dengan
kehadiran mereka di   awal pagi bukan hanya  sewaktu
pengajaran danp pembelajaran.

Hendaklah lupakan  segala masalah peribadi 
yang mengganggu diri, berikan tumpuan sepenuh
hati dalam tugas yang sedang dihadapi.

Sentuhan, belaian perlu  selalu diulangi agar anak 
istimewa ini  dapat merasakan  diri mereka dihargai.

Jangan  mudah kecewa jika pada mulanya kita 
tidak dipeduli, kerana mereka hanya mendengar 
arahan orang yang telah lama dikenali.

SELAMAT  MENCUBA …MEREKA TAHU MEMBACA KEIKHLASAN KITA. 



BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/DIPILIH


Dipilih oleh Allah untuk memperolehi anak istimewa
punya rahsia yang tidak siapa pun mengetahuinya.

Dipilih  oleh Allah untuk  menjadi guru pendidikan khas
juga punya rahsia yang tidak   siapa pun mengetahuinya.



Allah yang lebih tahu mengapa kita yang terpilih untuk
menjadi ibu/bapa anak  istimewa ini.

Allah yang lebih tahu mengapa kita yang terpilih untuk
menjadi guru kepada anak istimewa ini,

Siapapun kita yang telah dipilih Allah lakukanlah
yang terbaik untuk mereka yang istimewa kerana
rahsianya juga mungkin istimewa.

insyaallah.
















Isnin, 12 November 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ LAWATAN

Lawatan pendanda  aras Pra  Sekolah  SK  Air  Jernih Melaka.Tahniah...
teruskan usaha.  Dimana ada usaha pasti  ada jaya.

Sabtu, 10 November 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ HAIPERAKTIF

Mendidik   anak  istimewa  yang bermasalah  haiperaktif  bukanlah     satu
perkara    mudah. Kali   ini   sedikit  tips  ingin  aku  berikan  kepada
rakan-rakan  pembaca  bagaimana     aku  membantu   mereka  sepanjang
sesi persekolahan.

Biasanya   pada  hari  pertama kehadirannya tidak  akan  berlaku aktiviti
P&P.  Aku  lebih  suka   menemubual  ibubapa murid    dan membiarkan
murid tersebut   dengan  aktiviti  sendiri.   Sambil  menemubual   aku  akan
memerhatikan  gerak geri  murid  tersebut.    Andaikata  tingkahlaku  murid
tersebut tidak    terkawal aku  akan   dapatkan  bantuan rakan  guru untuk
memantau.

Tujuanku ialah  ingin  melihat  kelakuan  sebenar   murid  itu.  Ini  adalah
kerana  kadangkala  ibu/bapa   menyembunyikan tingkahlaku   sebenar
anak  mereka  kerana  malu.  Setelah   melihat    sendiri  kelakuan  sebenar
murid  tersebut  akan  memudahkan   aku  dan    rakan-rakan   mengenalpasti
kaedah  dan   bahan  bantu   yang  sesuai  digunakan oleh  murid  itu pada
sesi   pembelajaran dihari   seterusnya.


Selalunya ,  sesi   ini  berlangsung  lebih  kurang  setengah   jam.  Selepas
itu  aku   akan  membuat   saringan  dagnostik  dengan  menggunakan
IPP  untuk   mengetahui   tahap  penguasaan  murid   dalam  3M,  urusdiri,
tingkahlaku   dan   sosial.. Meskipun  IPP  yang disediakan  oleh  BPK
kurang  bersesuaian,   namun  ia sedikit   sebanyak  membantu  aku
dan  rakan-rakan mengenalpasti tahap  penguasaan  murid  dalam  4  bidang
di  atas.

Setelah  sesi ini  tamat aku akan  meminta ibu/bapa  membawa  anak mereka
pulang.   Sesi P&P  hanya akan berlangsung pada  hari  berikutnya.


BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/DOA

Diharapkan  doa  dari  seorang guru  muda  kepada seorang guru  yang
akan  bersara.  Muga  doa  yang dihulurkan  menjadikan impian  sebuah
kenyataan.
Insyaallah.







Khamis, 8 November 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SURAT

Pagi  tadi,   setelah  3 hari tidak hadir ke sekolah kerana menghadiri
kursus,  aku berada  di  sekolah  semula. Pada  waktu  rehat
dalam perjalanan ke kantin , seorang pelajar perempuan
menghulurkan kepadaku sepucuk surat. Dari penerangannya aku
dapat memastikan bahawa surat itu  datang  daripada seorang
pelajar perempuan lain yang belajar dalam tahun 6.

Isi surat itu agak pendek. Bahasanya juga tidaklah teratur kerana
pelajar yang menulis surat tersebut  adalah pelajar daripada kelas
terakhir di tahun 6.

Apa yang ditulisnya ialah:

Saya  .......
Dari Kelas 6......
Ingin menyampaikan  pesanan untuk  semua guru.

Cikgu  semua saya ........... dari kelas 6........ ingin mendoakan pada setiap
guru supaya sihat sentiasa.  Kuat  untuk  memberi ilmu pada  setiap murid.
Maaf jika  saya pernah menyakitkan hati  setiap guru.  Saya rasa banyak
ilmu yang telah diberi pada  saya.  Saya  budak  yang banyak masalah.  
Mungkin ramai  guru yang saya sakiti .

Gikgu tolong beritahu  semua guru saya kirim salam dan minta ampun  maaf.

Saya..........

Aku  tertarik  dengan isi surat ini .  Memang murid ini banyak menimbulkan
masalah disiplin kepada sekolah.  Tetapi tanpa kuduga  dalam diam, dia sendiri
menyedarinya.  Muga  kesedaran ini boleh membawa perubahan kepadanya
apabila berada di sekolah menengah kelak.

Dia datang menemuiku  sebelum sesi sekolah berakhir.  Semasa bersalaman aku
memeluknya dan membisikkan kepadanya " terima kasih dengan surat awak tadi, saya akan
bacakan pada rakan-rakan guru apabila ada mesyuarat nanti."

Kudoakan... dia akan terus berubah.