Ahad, 21 Oktober 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/MUHASABAH

Berhenti  daripada memikirkan kelemahan dan keburukan orang lain
dapat menjauhkan diri  daripada banyak  perkara mazmumah. 

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MUHASABAH

Ujian Allah pada hari ini adalah penebus dosa lalu kepada
hambanya yang dikasihi.  Semuga aku dan semua yang menerima
apa juga ujian tabah dalam mengharunginya.


INSYAALLAH

Sabtu, 20 Oktober 2012

Tidak ada yang lebih membahagiakan seorang pemimpin di sebuah sekolah selain daripada mendapat sokongan dan kerjasama yang amat padu dikalangan orang yang dipimpinnya.

Rabu, 17 Oktober 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ IZINMU

AKU...

DAPAT BERNAFAS
DENGAN IZINMU,


BERKATA-KATA JUGA
DENGAN IZINMU,

MELANGKAH
DENGAN IZINMU,

SEGALA-GALANYA ADALAH
DENGAN IZINMU

 TIDAK ADA SATUPUN BOLEH DIBANGGAKAN

KERANA SEGALANYA ADALAH
DENGAN IZINMU,

TANPAMU...
SIAPALAH AKU...

OH TUHANKU



BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ UJIAN

UJIAN ALLAH  HANYA UNTUK HAMBA YANG DIKASIHINYA,

MUGA KITA  JADI  INSAN  TABAH DALAM  MENGHARUNGINYA.



Selasa, 16 Oktober 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MUHASABAH

YOU GET BACK WHAT YOU GIVE...

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MUHASABAH

MENGAPA TIDAK  JADIKAN KERJA KITA SEBAGAI SATU
AMANAH BERAT YANG PERLU DIPIKUL SERTA DILAKSANAKAN
DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAP LILLAHITAALA

BUKAN....
KERJA YANG DILAKUKAN KERANA TERPAKSA ATAU UNTUK
MENUNJUK-NUNJUK.

GAMBAR HIASAN





Isnin, 15 Oktober 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MUHASABAH

SELALULAH FIKIRKAN KELEMAHAN DIRI SENDIRI,
SUPAYA KITA TIDAK BERKESEMPATAN  UNTUK
MEMIKIRKAN KELEMAHAN ORANG LAIN.

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN YANG SUDI MEMAHAMI

Khamis, 11 Oktober 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PESANAN

Sebagai salah seorang panel penilai Hari Kualiti Pendidikan
Khas 2012, aku diberi peluang memantau kali ke 2 sebuah program
pendidikan khas integrasi menengah.

Program ini telah terpilih untuk 4 kategori yang dipertandingkan.
Persediaan yang dibuat memang hebat. Pada padanganku,
Guru dan PPM telah  cuba membuat yang terbaik.

Semua kategori layak untuk aku berikan cemerlang. Dua
perkara yang aku pesankan sebelum aku meninggalkan
program,

1. RPI 
Hendaklah dibuat dengan lebih teliti dan lengkap
kerana ia adalah tempat rujukan guru untuk mencapai
objektif pembelajaran.

RPI yang tidak lengkap tidak dapat membantu guru menjalankan
P&P dengan baik dan berkesan.

RPI   adalah satu perjanjian bertulis antara guru dan ibubapa
tentang objektif  yang perlu dicapai oleh murid .

2.P&P
Dalam mengejar anugerah untuk program guru jangan lupa
tentang tanggungjawap  P&P murid.

Segalanya  akan dipersoalkan oleh ALLAH kelak. Sejauhmana
kita bersungguh-sungguh membantu mereka  dalam menguasai
3 M disamping mata pelajaran lain yang telah ditetapkan.

Tekankan kepada  mereka tentang kewajipan solat dan lain-lain
perkara fardu ain yang patut mereka ketahui.

TAHNIAH... SEMUGA BERJAYA

Selasa, 9 Oktober 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/MUHASABAH

Adakalanya kita menuding jari kepada
orang lain bagi menutup kesalahan yang kita sendiri lakukan.

MUGA KITA TERPELIHARA DARIPADA SIKAP BEGINI.

TIDAK SALAH MENGAKUI  KESALAHAN,
TIDAK RUGI  MENGAKUI  KELEMAHAN,
TIDAK ADA KURANGNYA JIKA MENYEDARI  KEKURANGAN.
SEGALANYA DEMI SEBUAH KEBAIKAN.


Jumaat, 5 Oktober 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/


Dua minggu lepas aku bertemu dengan seorang ibu yang
mempunyai anak istimewa yang terencat akal teruk. Anak
lelakinya berusia 4 tahun.  Tidak boleh  duduk  dan hanya
berbaring.


Apabila aku melihat tempat duduk anak itu tergambar padaku
bahawa ianya tidak dapat membantu anak itu duduk seleasa.
Dia merengek, mungkin kesakitan. Sepatutnya anak itu disediakan
sebuah kerusi roda khas.

Aku mencadangkan ibu itu memohon kerusi roda khas di
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Malangnya maklumat yang
aku dapati bahawa anak itu tidak mempunyai kad OKU.

Dia tidak berkesempatan untuk mendapatkan pengesahan
doktor bagi membolehkan anaknya mendapat kad OKU.
Sedih hatiku .  Mustahil  dia  tidak sedar akan pentingnya
kad OKU kepada anak seperti itu.

Aku mula memberi nasihat,  kulihat  ibu itu seperti marah.

Melihat keadaan itu, aku mula terfikir . Bukan  semua orang suka
menerima pandangan yang kuberikan.  Aku akhirnya berhenti
berkata-kata dan mula menukarn  tajuk perbualan.

Melihatkan latarbelakang pendidikan ibu itu aku tidak menjangkakan
bahawa dia sanggup membiarkan anaknya terus begitu tanpa bantuan
yang sepatutnya. Bagiku, anak itu boleh dipulihkan walaupun tidak
sepenuhnya.  Jika ada kesungguhan ibunya sudah pasti anak itu akan
menjadi lebih baik lagi.

APA YANG KITA FIKIR TIDAK SAMA DENGAN ORANG LAIN...