Rabu, 29 Ogos 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/HEBATNYA ALLAH



HEBATNYA  ALLAH,
Mengatur dan   mewarnai  
setiap  lorong kehidupan,
Buat   aku sering  tertanya-tanya,
Apakah   warna lorong  buatku, 
Yang   yang telah  disuratkan,
Putih ,  hitam ataupun  ungu ?
Tidak  pernah  kutahu  jawapan.

 
HEBATNYA   ALLAH,
Meskipun  melangit harapan kusimpan,
Meskipun  menggunung  impian kudambakan,
Adakalanya aku  tidak  kesampaian,
KERANA  
DIA  maha   tahu apakah   sebenarnya
Sebuah  keperluan,
Makhluk bernama INSAN

PERINGATAN  UNTUK  DIRI  DAN  RAKAN YANG
MENGENALI....AGAR  SELALU  REDHA DENGAN 
KETENTUAN.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ TAHNIAH

Pemantauan  program  pendidikan  khas sempena  Hari  Kualiti Pendidikan  Khas
2012  sedang dilaksanakan  sekarang.  Aku  diberi amanah memantau sebuah
program  baru  yang  agak  jauh  dari  kawasan  Melaka  Tengah. Dengan izin
Allah dan atas bantuan  suami,  aku  sampai   juga ke sekolah  tersebut setalah
beberapa  kali  berhenti  untuk  bertanya.

Aku  disambut  oleh  guru  besar dengan ramah  sekali. Apabila aku  dibawa
ke program  pendidikan  khas aku  berpeluang beramah  mesra  dengan
penyelaras  program  tersebut.  Orang muda  yang mempunyai  komitmen
yang  amat  tinggi.

Tahniah, walaupun  daripada  ceritanya  banyak  halangan yang  dia  hadapi,
ternyata dia tabah  dan tidak  mudah  mengalah.  Ada  beberapa  tips
yang  sempat  kuberikan kepadanya  dalam  menjalankan amanah  di
sebuah program baru. Antaranya  ialah:

1. Buat semua kerja dengan  yang  terbaik,meskipun kita  tidak  dihargai.
2. Pembelajaran  murid perlu  diteruskan  meskipun  kelengkapan  dan 
    kemudahan  tidak  mencukupi.
3. Keceriaan kelas perlu  dititikberatkan,  kerana  ianya  salah  satu
    daripada cara  untuk kita mendapat  perhatian  daripada   pentadbir  sekolah.
4. Adakan  hubungan  baik  dengan  warga sekolah   kerana ia amat
    penting jika  inginkan sokongan dalam  memajukan program pendidikan khas.
5. Kerap   ke bilik  kemahiran  hidup  dan  bilik  seni  kerana  banyak  kemudahan
    dari bilik   tersebut  yang  boleh  digunakan.
6.  Jangan  berkira  sangat  dengan  wang  ringgit  dan  tenaga  jika  ingin
     memajukan  program.
7. Rezeki  yang  tidak  disangk-sangka pasti  akan  datang apabila kita
    lakukan  semua  dengan ikhlas  dan  tidak berkira.

Muga  peringatan   ini  bermanfaat  untuk diriku   dan  rakan-rakan guru
pendidikan  khas  yang  lain.

Tahniah...teruskan  usaha.



Selasa, 28 Ogos 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ JIKA


Kita   akan  dicaci  jika  kita suka   mencaci,
Kita akan dikeji jika kita sering mengeji,
Kita akan dikhianati jika kita mengkhianati
Kita akan dihormati jika kita belajar menghormati,
Kita akan dikasihi jika kita sering mengasihi,
Kita akan dihargai jika kita suka menghargai.

Kita akan dicintai jika kita amat mencintai,


SEMUGA  SENTIASA  IKHLAS  DALAM APA JUGA  TINDAKAN ...
INSYAALLAH.

Jumaat, 24 Ogos 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PEMERHATIAN

 Pengajaran  dan pembelajaran murid-murid  istimewa  tidak
akan  dapat  dilaksanakan   dengan baik sekiranya masalah   tingkahlaku
mereka tidak diuruskan  terlebih  dahulu.

Murid istimewa yang telah  dipulihkan masalah  tingkahlaku  mereka
lebih mudah  untuk  menerima arahan  dan memberi  tumpuan kepada
kemahiran yang dipelajari.

Selama bergelar guru pendidikan  khas aku telah  membuat pemerhatian
terhadap beberapa orang murid yang menghadapi masalah  tingkahlaku
yang severe. 

Selain daripada  diajar   oleh  guru di sekolah, mereka dibantu dan dibawa
oleh  ibubapa  untuk mendapatkan  rawatan  dan nasihat  daripada doktor
pakar.

Pemerrhatianku  menunjukkan  bahawa selain  perkara diatas, pengurusan
tingkahlaku  akan lebih mudah untuk berjaya jika bacaan  doa dengan
menggunakan ayat-ayat al-Quran di gunakan. Doa tersebut di bacakan pada
air  minuman ataupun pada  ubun-ubun anak-anak ini.

Gabungan di antara  empat perkara iaitu guru, ibubapa, doktor dan
doa dengan menggunakan  ayat-ayat  al_Quran  sebenarnya amat membantu
dalam pengurusan tingkahlaku  murid-murid  yang severe. Ianya lebih  berkesan  jika
dilaksanakan  serentak  dan berterusan. 

Ayat-ayat  Al-Quran  yang biasa  aku amalkan  ialah Surah  Al Imran ayat 200,
Surah  Toha  ayat 1-5 ,  Surah  Yasin dan  Ayat Syifa' (dalam  buku  manzil)

Surah  Yasin  boleh  dibacakan pada air minuman setiap  hari  Jumaat  semasa majlis
bacaan Yasin  beramai-ramai  di sekolah.

CUBALAH....INSYAALLAH  AKAN BERJAYA



Ahad, 12 Ogos 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SMS

SALAM KAK, SY  BARU CHECK SLIP GAJI... 
GAJI MAKIN  MENINGKAT TP KERJA MACAM 
MAKIN KURANG... RISAU LAH  SY KAK...
BERI NASIHAT SIKIT....

Ini  adalah sebuah coretan  sms yang aku  terima  daripada
seorang rakan lama pada 10 hb  Ogos 2012. 

Semasa  semua kakitangan kerajaan  dalam suasana  gembira
kerana menerima bonus daripada kerajaan,  tanpa kuduga 
ada juga insan mulia yang berada dalam kerunsingan  melihat 
wang imbuhan yang banyak  tanpa tugas yang setimpal  dilakukan. 

Semuga Allah membalas  baik  segala apa yang terlintas di 
hati  guru ini.  

BUDAYA  SUKA BEKERJA PERLU DILAKSANAKAN, 
BUKAN  HANYA DIPERKATAKAN ....


Rabu, 1 Ogos 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SEDAR/TIDAK SEDAR

KEJAYAAN

Melihatkan gambar-gambar yang dipaparkan di face book
tentang kejayaan  murid-murid pendidikan khas dalam
bidang  ko-kurikulum telah membuat   aku terpanggil
untuk menulis sedikit  coretan pada petang penuh barakah ini.


Sepanjang bergelar guru  pendidikan khas memang aku sedia
maklum bahawa murid-murid istimewa ini di beri   berbagai peluang
untuk menunjukkan kebolehan dan kemampuan mereka dalam
semua bidang terutamanya  bidang ko-kurikulum dan
ko-akademik.

Berjaya  ataupun  tidaknya  mereka  banyak bergantung  kepada
kesungguhan  guru-guru membimbing  dan melatih. 


SEDAR/TIDAK  SEDAR

Tedapat ramai guru pendidikan khas yang  sedar akan  tanggungjawab
mereka  dalam  melatih anak-anak  istimewa ini. Negeri  Melaka  antara
negeri yang melahirkan ramai jaguh-jaguh ko-kurikulum di peringkat
kebangsaan mahupun antarabangsa. Semuanya  adalah hasil  daripada
kesedaran  dan  kesungguhan guru  dalam melatih  murid-murid.



Malangnya, terdapat kalangan guru yang tidak  sedar tentang satu lagi
tanggungjawab yang juga tidak kurang besarnya.  Ianya adalah  tentang
tanggungjawab mendidik  anak-anak yang severe  samada dalam bidang
pengurusan diri   mahupun  bidang pengurusan tingkahlaku .

Kerapnya mereka ini diabaikan apabila semua guru sibuk
dengan sesuatu aktiviti.  Lebih  mendukacitakan ialah  murid 
bermasalah tingkahlaku  yang severe akan diberi dicuti.

Siapa yang sudi untuk  melatih  anak-anak  ini? Persoalan yang kita
sendiri boleh menjawabnya.  Jika dilatihpun   hanya bagai melepaskan
batuk ditangga.  Tanpa aktiviti dan  bahan bantu  yang   boleh  membantu
perkembangan mereka.

Aku  tahu  bukan  semua guru bersikap demikian.Mungkin cuma segelintir.
Tetapi   fikirkanlah jika memang berlaku, perlu ada perubahan dan
penambahbaikan.  Ini adalah  kerana mereka  sebenarnya mengharapkan
kita .  Bukan  hanya  yang  boleh memahami arahan sahaja yang perlu  dididik,
malahan yang severe adalah pelanggan  utama yang memerlukan lebih banyak
pengorbanan daripada  kita  semua.  



Seorang  ibu  memberitahuku, anaknya yang bermasalah autisme yang  
severe  dibiarkan  tidur  dari awal persekolahan hingga persekolahan tamat  
di sebuah  bilik kerana  guru-guru tidak tahu kaedah untuk membantu... 
sedar/tidak sedar