Pemantauan program pendidikan khas sempena Hari Kualiti Pendidikan Khas
2012 sedang dilaksanakan sekarang. Aku diberi amanah memantau sebuah
program baru yang agak jauh dari kawasan Melaka Tengah. Dengan izin
Allah dan atas bantuan suami, aku sampai juga ke sekolah tersebut setalah
beberapa kali berhenti untuk bertanya.
Aku disambut oleh guru besar dengan ramah sekali. Apabila aku dibawa
ke program pendidikan khas aku berpeluang beramah mesra dengan
penyelaras program tersebut. Orang muda yang mempunyai komitmen
yang amat tinggi.
Tahniah, walaupun daripada ceritanya banyak halangan yang dia hadapi,
ternyata dia tabah dan tidak mudah mengalah. Ada beberapa tips
yang sempat kuberikan kepadanya dalam menjalankan amanah di
sebuah program baru. Antaranya ialah:
1. Buat semua kerja dengan yang terbaik,meskipun kita tidak dihargai.
2. Pembelajaran murid perlu diteruskan meskipun kelengkapan dan
kemudahan tidak mencukupi.
3. Keceriaan kelas perlu dititikberatkan, kerana ianya salah satu
daripada cara untuk kita mendapat perhatian daripada pentadbir sekolah.
4. Adakan hubungan baik dengan warga sekolah kerana ia amat
penting jika inginkan sokongan dalam memajukan program pendidikan khas.
5. Kerap ke bilik kemahiran hidup dan bilik seni kerana banyak kemudahan
dari bilik tersebut yang boleh digunakan.
6. Jangan berkira sangat dengan wang ringgit dan tenaga jika ingin
memajukan program.
7. Rezeki yang tidak disangk-sangka pasti akan datang apabila kita
lakukan semua dengan ikhlas dan tidak berkira.
Muga peringatan ini bermanfaat untuk diriku dan rakan-rakan guru
pendidikan khas yang lain.
Tahniah...teruskan usaha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan