KEJAYAAN
Melihatkan gambar-gambar yang dipaparkan di face book
tentang kejayaan murid-murid pendidikan khas dalam
bidang ko-kurikulum telah membuat aku terpanggil
untuk menulis sedikit coretan pada petang penuh barakah ini.
Sepanjang bergelar guru pendidikan khas memang aku sedia
maklum bahawa murid-murid istimewa ini di beri berbagai peluang
untuk menunjukkan kebolehan dan kemampuan mereka dalam
semua bidang terutamanya bidang ko-kurikulum dan
ko-akademik.
Berjaya ataupun tidaknya mereka banyak bergantung kepada
kesungguhan guru-guru membimbing dan melatih.
SEDAR/TIDAK SEDAR
Tedapat ramai guru pendidikan khas yang sedar akan tanggungjawab
mereka dalam melatih anak-anak istimewa ini. Negeri Melaka antara
negeri yang melahirkan ramai jaguh-jaguh ko-kurikulum di peringkat
kebangsaan mahupun antarabangsa. Semuanya adalah hasil daripada
kesedaran dan kesungguhan guru dalam melatih murid-murid.
Malangnya, terdapat kalangan guru yang tidak sedar tentang satu lagi
tanggungjawab yang juga tidak kurang besarnya. Ianya adalah tentang
tanggungjawab mendidik anak-anak yang severe samada dalam bidang
pengurusan diri mahupun bidang pengurusan tingkahlaku .
Kerapnya mereka ini diabaikan apabila semua guru sibuk
dengan sesuatu aktiviti. Lebih mendukacitakan ialah murid
bermasalah tingkahlaku yang severe akan diberi dicuti.
Siapa yang sudi untuk melatih anak-anak ini? Persoalan yang kita
sendiri boleh menjawabnya. Jika dilatihpun hanya bagai melepaskan
batuk ditangga. Tanpa aktiviti dan bahan bantu yang boleh membantu
perkembangan mereka.
Aku tahu bukan semua guru bersikap demikian.Mungkin cuma segelintir.
Tetapi fikirkanlah jika memang berlaku, perlu ada perubahan dan
penambahbaikan. Ini adalah kerana mereka sebenarnya mengharapkan
kita . Bukan hanya yang boleh memahami arahan sahaja yang perlu dididik,
malahan yang severe adalah pelanggan utama yang memerlukan lebih banyak
pengorbanan daripada kita semua.
Seorang ibu memberitahuku, anaknya yang bermasalah autisme yang
severe dibiarkan tidur dari awal persekolahan hingga persekolahan tamat
di sebuah bilik kerana guru-guru tidak tahu kaedah untuk membantu...
sedar/tidak sedar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan