Rabu, 31 Oktober 2018

BICARA YB/JEJARI KREATIF

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Anak istimewa boleh melakukan banyak perkara
dengan baik andai dilatih dan dibantu.

Perkara utama yang guru perlu tekankan ialah
konsisten melatih.

Ke dua, jangan putus asa apabila mereka gagal atau
lambat menguasai. Teruskan mencuba.
Biar sampai dapat walaupun lambat.

Lihat contoh.



Salah satu hasil usaha murid dengan bantuan guru
telah berjaya mendatangkan pendapatan sampingan
untuk membantu apabila aktiviti memerlukan
belanja diperlukan.

PPKI SK Tambak Paya.

"Program Jejari Kreatif"

Tahniah.

Isnin, 29 Oktober 2018

BICARA YB/ AMANAH

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Apabila mengajar di Program Pendidikan Khas Bermasalah Pmebelajaran,
sering kita berhadapan  dengan kelakuan anak-anak istimewa ini yang menguji
kesabaran.

Buang air besar dan air kecil di dalam seluar, memukul kawan, mencuri,
bermain di dalam bilik air, berlari keluar kelas sewaktu PnP dan sebagainya.
Ini adalah antara kerenah yang menguji kesabaran.

Apabila berhadapan dengan kes begini, andai tidak bersabar, pasti ada guru
 ataupun pembantu pengurusan murid yang "terlepas tangan",  memukul.

Namun, tidak kurang juga guru yang mampu tersenyum melayan kerenah
mereka ini.

Itulah yang dikatakan tahap kesabaran yang tinggi. Bukan semua guru atau
pembantu pengurusan murid boleh melakukannya.

Hanya yang memahami, bahawa murid-murid ini adalah amanah daripada
Allah sahaja yang boleh bersabar dan  melaksanakan tugas mereka dengan
penuh kasih sayang dan bertanggung jawab.

 Sabar datang daripada Allah. Marah datang daripada syaitan.
Mohonlah kepada Allah agar kita diberi kesabaran.

Insya Allah.



Khamis, 25 Oktober 2018

BICARA YB/DARI SYURGA KE SYURGA

Alhamdulillah. Dizinkan saya menulis.

Saya adalah bekas guru Pendidikan Khas.
Bersama anak-anak syurga ini lebih kurang 19 tahun lamanya.

Dalam jangkamasa yang begitu lama, berbagai kisah
pengalaman yang saya dengari daripada ibu bapa anak-anak
syurga tersebut. Semuanya masih segar di ingatan.


Namun, hari ini berlaianan pula. Bukan lagi saya mendengar
cerita, namun saya membaca sebuah buku yang membuatkan saya
tidak dapat menahan air mata.

Tajuk: Dari Syurga Ke Syurga.
Penulis: Siti Suhaila Samian.
Penerbit: Legacy.

Kisah pengalaman seorang ibu bergelut cabaran besar selama 7
tahun  menjaga  anak istimewa sehingga Allah menjemput anak
itu ke syurga.

Sedih! Sangat sedih!

Penulis berjaya membawa saya berada dalam situasi sebenar
dan melihat sendiri kesedihan dan kepanikan yang dilalui oleh
penulis dan suami setiap kali anak menderita diserang sawan.
Emosi saya bertukar ganti bersama dada berdebar-debar  sepanjang
membaca buku ini.

"Apa lagi yang akan terjadi?"

"Apa lagi selepas ini?"

Allahuakhbar. Bukan calang-calang  orang mampu lalui semua
yang dilalui oleh ibu ini.

Andai ada di antara kita sedang dilanda resah dengan
kerenah anak-anak, bacalah buku ini.

Akan datang rasa syukur kerana ada orang lain yang diuji
lebih berat daripada  yang kita lalui.

Sediakan tisu.
Bukan omong kosong sahabat.

Beli dan baca.


















Rabu, 10 Oktober 2018

BICARA YB/ SELINGAN

ALhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Murid yang menghadapi masalah pembelajaran mempunyai
tumpuan yang singkat.

Apabila menjalankan aktiviti pembelajaran guru perlu
menyediakan aktiviti selingan supaya mereka tidak merasa bosan.

Antara aktiviti yang sesuai adalah aktiviti pengasingan seperti
gambar di bawah.

Melalui aktiviti selingan ini murid akan memperolehi kemahiran
berikut:

1. Kemahiran mengira.
2. Kemahiran mengenal warna.
3. Kemahiran mengasingkan.
4. Kemahiran motor halus (menggerakkan jari memungut kayu kecil)
    Disamping kemahiran yang sepatutnya kita sedang mengajar.














Mengajar murid yang menghadapi masalah pembelajaran
menuntut kesabaran dan kesungguhan.

Banyakkan berdoa.
Semoga Allah permudahkan.

Jumaat, 21 September 2018

BICARA YB/ MENDAKI AWAN

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Rasa rendah diri, gigih dia melawan.

Segala kekurangan tidak dibesar-besarkan.

Kesungguhan mengatasi kekurangan.

Halangan dirempuh dengan tabah.

Jatuh, berpapah, bangun dan berlari semula.

Akhirnya dia menjadi OKU yang berjaya.

Tahniah. Dato' Dr Azizon Othman.

Kisah menarik di dalam buku berjudul:

"Mendaki Awan Menyulam Bintang"

Kisah budak cacat menjadi doktor pakar.



Sabtu, 15 September 2018

BICARA YB/ HOMESTAY PAK ALI

Alhamdulillah Di izinkan saya menulis.

Di awal ketibaan saya di dewan ceramah Home Stay
Pak Ali keadaan  memang lengang.

Ada seorang saja ibu yang hadir.
Bagi saya itu adalah situasi biasa apabila mengadakan
ceramah untuk ibu bapa. Biasa bagi saya.

Sementara menanti Puan Faizah memasang "PA sistem"
saya bersembang dengan ibu tersebut. Kata saya.

"Datang mendengar ceramah di sekolah ni sama susahnya
 dengan menghadiri majlis ilmu".

"Tak kuat semangat tak sampai"

"Masa nak keluar rumah barulah teringat nak buat
itu dan ini, kenduri sana, sini dan sebagainya.

Tapi, bila dah duduk dan dengar baru kita sedar.

" Oh! Baik pun aku datang, banyak dapat belajar perkara baru."

Ibu itu mengangguk mengiakan kata-kata saya.

Apabila ceramah sudah separuh jalan, kelihatan dewan mulai penuh.

Tak apalah, bagi saya dapat sedikit lebih baik berbanding melepas terus.

Tahniah Program Pendidikan Khas Merlimau 2.
Usaha yang sangat baik.
Program yang sangat menarik.





Jumaat, 10 Ogos 2018

BICARA YB/ INGAT

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Saya masih teringat kisah seorang murid bermasalah Autisme
yang saya ajarkan  menulis dengan cara yang betul.

Murid lelaki itu saya namakan R. R mula belajar di PPKI
tempat saya bertugas sekitar berumur 8 tahun. Dia telah
boleh menulis, namun tulisan R terlalu rapat.

Di antara setiap perkataan langsung tidak ada ruang kosong.
Memang tidak boleh dibaca makna perkataan yang ditulisnya
kerana bersambung di antara satu sama lain.

Puas saya memikirkan cara mengatasi. Akhirnya Allah beri
ilham.

Saya melaksanakan pengajaran secara individu setiap kali
ingin menyuruh R menulis.

Selesai dia menulis satu perkataan saya akan mengarahkan
R meletakkan satu jari sebagai pemisah diantara huruf yang
telah dan yang akan  ditulis.

Saya kurang pasti berapa lama masa yang saya ambil untuk
memastikan R menguasai kemahiran menulis dengan betul.

Namun saya amat gembira  apabila pada suatu hari emak
bercerita kepada saya.

Ibu R sangat bangga kerana berkat  latihtubi yang saya berikan
semasa R bersekolah rendah, tulisan R masih kekal kemas dan
cantik meskipun R telah tamat bersekolah dan kini berusia awal
20-an.

Isitmewanya anak Autisme ialah,  meraka sukar untuk menerima
sesuatu kemahiran baru, namun apabila telah menguasainya,
mereka  akan mengamalkan untuk selamanya.

Belakang parang, anadai diasah akan tajam juga.

Usaha dana doa usah dipisahkan.





Khamis, 2 Ogos 2018

BICARA YB/ PERSEDIAAN

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Persediaan untuk masa hadapan anak istimewa meskipun
hanya "slow leaner" perlu dirancang awal.

Ibu bapa jangan sekali-kali berasa selesa dengan pertolongan
anak-anak yang lain kepada anak isitmewa tersebut, sehingga
terlupa suatu hari nanti apabila ibu bapa telah tiada,  apa akan
terjadi kepada anak istimewa andai dia tidak boleh berdikari.

Bukan kita tidak mempercayai kasih sayang dan ketulusan
adik beradik normal yang lain. Bukan juga kita mahu bersangka
buruk.

Banyak kisah yang telah berlaku. Anak-anak istimewa ini
terbiar tanpa bantuan dan perhatian apabila ibu bapa telah
tiada. Mereka dipinggirkan oleh adik beradik sendiri.

Oleh itu perancangan awal dan bimbingan berterusan perlu
dibuat demi masa depan anak tersebut.

Perhatikan  setiap  kekuatan yang ada pada diri anak
istimewa tersebut yang boleh diasah secara berterusan
untuk dijadikan kerjaya kepada mereka apabila  dewasa.

Jangan sekali membuat pilihan berdasarkan apa yang
ibu bapa  suka sedangkan anak tersebut langsung tidak ada
kekuatan untuk melakukannya.

Saya berikan comtoh.

Seorang anak istimewa perempuan sangat
suka mengurus dapur dan membantu ibu
memasak.

Pekerjaaan yang sesuai untuk anak ini ialah
samada menjadi pembantu atau membuka kedai
makan.  Teruskan memberi bimbingan dan
galakan kepada anak tersebut demi mencapai
cita-cita.

Jangan sekali-kali ibu bapa memaksa anak ini
menjadi pengasuh  bayi kerana memikirkan ianya
lebih sesuai.

Tindakan serupa ini akan mengundang masalah
yang lebih besar. Keinginan berusaha akan menjadi
terbantut. Kemahiran baru ini lambat untuk dicapai.
Mereka akan berputus asa.

Ini akan menguatkan lagi sangkaan buruk
ahli masyarakat bahawa anak istimewa memang
tidak boleh buat apa-apa. Jadi  cuba elakkannya.

Perlu diketahui bahawa persediaan awal untuk mereka
berdikari bukan sahaja tugas guru, namun ibu bapa juga
perlu mengambil  peranan di rumah.

Kesinambungan  di rumah terhadap pembelajaran sesuatu
kemahiran sangat membantu anak istimewa untuk berdikari.
Selalu yakinkan bahawa mereka boleh. Terangkan selalu
setiap target kita.

Bnyakkan solat hajat dab berdoa. Insya Allah akan berjaya.

Sediakan payung sebelum hujan.










Selasa, 24 Julai 2018

BICARA YB/ SEMINAR

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Seminar : Mengoptimumkan Potensi Anak-Anak.
                 Antara Tingkahlaku atau anugerah.

Slot 2: En Mohd Adli Yahya,
            Pengasas Autisme Cafe Project  Malaysia.

Intipati perkongsian:

1. Apabila tidak boleh menerima anak Autisme, itulah
    punca kepada segala masalah. 

2. Cari jalan biar apabila kita tiada, anak boleh berdikari.

3. Ajar anak istimewa hati kena "kering".

4. Allah memberi sesuatu "bersebab".

5. Jangan terlalu "melindungi"

6. Latih anak cara untuk hidup.

7. Cari jalan dengan memilih pekerjaan yang anak suka.

8. Cari pekerjaan yang mudah tetapi perlu.
    Contoh: Laundry
                  Mencuci kereta.
                  Kafeteria

"Usaha disaluti doa"



Sabtu, 21 Julai 2018

BICARA YB/ SEMINAR

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Seminar Mengoptimumkan Potensi Kanak--Kanak.
21 Julai 2018.
9.00 pagi-12.00 tengah hari
Auditorium KAYM
Anjuran PPKI SK Ayer Molek

Penceramah: Puan Mahfuzah Zainol dan
                          En Mohd Adli Yahya.


Jumaat, 20 Julai 2018

BICARA YB/ "TEAM WORK"

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Mendidik anak istimewa tidak boleh dilakukan sendirian.

Bergerak "solo" bakal menimbulkan tekanan
kepada individu yang terlibat dengan anak-anak ini.

Perlu ada "team work".

Ibu bapa, ahli keluarga, guru, pembantu pengurusan murid,
seluruh warga sekolah, ( guru, kakitangan sekolah, murid
tipikal)  ahli  perubatan dan ahli masyarakat.

"Team Work" membawa anak istimewa ke mercu jaya.

Banyakkan doa di dalam setiap usaha.

Rabu, 18 Julai 2018

BICARA YB/ SOLUSI

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Solusi keluaran 114.




















Mengenengahkan kisah Tuah Anak Istimewa oleh
Ustaz Mohamad Zarifi Hj. Mohamad Daud dan
isteri beliau Norhayati Hj Ahmad Mansor.

7 pesanan untuk ibu bapa anak istimewa:

1. Bawa anak ke mana sahaja ibu bapa pergi.
2. Ibu bapa perlu banyak pengorbanan.
3. Hantar anak ke sekolah.
4. Bimbing anak solat.
5. Hantar ke fisioterapi.
6. Beri pendidikan agama.
7. Tidak malu mengaku ada anak istimewa.


Isnin, 16 Julai 2018

BICARA YB/ DOA

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Mengiringi setiap langkah anak istimewa dengan doa
akan mententearamkan jiwa.

Jangan berhenti berdoa. Selagi hayat dikandung badan

BICARA YB/ SEMARAK KASIH



Ujian kehidupan untuk setiap insan
adalah berbeza.
Mengikut kesesuaian seperti yang lebih
diketahui oleh Yang Maha Pencipta.

Bacalah buku "Semarak Kasih" selenggaraan
Tuan Mohamad Kholid ini.

Akan timbul rasa bersyukur kerana ramai 
rakan kita di luar sana yang lebih teruji 
kehidupan mereka daripada kita.

Sebuah buku mengisahkan pengalaman sebenar
mengurus anak istimewa.

Banyak yang boleh diambil ibrah, untuk kita
menjadi lebih tabah.



















Tahniah Tuan  Mohamad Kholid dan "team".

Sabtu, 7 Julai 2018

BICARA YB/ LABEL

ALhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

LABEL

Ada di kalangan murid-murid kita yang lewat kematangannya.
Guru-guru jangan terlalu cepat "melabel".

"Budak ini istimewa".

Banyak aspek yang perlu dilihat untuk memastikan mereka
"istimewa". Bukan pemerhatian sekali lalu.

Murid perlu disahkan masalah mereka oleh  pengamal perubatan
berdaftar disamping laporan jujur daripada  ibu bapa serta guru
sebelumnya.

Memang ada di kalangan murid di sekolah  rendah yang mempunyai
satu atau dua  ciri "istimewa", namun mereka bukan total "istimewa".

Mereka tidak memerlukan Pendidikan Khas.

Mereka cuma memerlukan perhatian yang lebih daripada guru
dan ibu bapa.

Semoga bermanfaat.