Selasa, 14 Julai 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MAJLIS

Alhamdulillah. Diizinkan aku menulis sesuatu.

Majlis khatam Al-Quran
Forum Sempena berakhir Ramadhan dan kehadiran Syawal.
Bersalam-salaman sempena Hari Raya Aidil Fitri.

Album kenangan

























BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KEMATIAN

Alhamdulillah. Diizinkan aku menulis sesuatu.

Hari ini aku menerima berita kematian seorang
sahabat lama. Asbab  diserang penyakit kanser.

Masih terbayang akan wajahnya.
Sentiasa tersenyum. Ceria dan ramah mesra.

Ingatan untuk diri sendiri.

Allah menjemput tidak mengira usia. Yang akan
kita bawa hanya amalan semasa masih lagi bernyawa.
Usahakanlah untuk terus beramal tanpa mengenal jemu
dan lelah kerana kita akan menyusul juga bila tiba masa.

Kamar GB SKDDH. Bukit Katil. Melaka.


Sabtu, 11 Julai 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ HAKIKATNYA

Alhamdulillah. Diizinkan aku menulis sesuatu.

Hakikatnya kita semua adalah pelakon
dipentas dunia  yang sementara ini.

 Justeru,  pilihlah watak yang  terbaik untuk
dilakonkan agar trofi yang bakal dijulang
membawa bahagia  di kehidupan yang kekal abadi.

Selamat beramal diakhir Ramadhan.

25 Ramadhan 1436 Hijrah.
Teratak kecil  Bukit Katil Melaka.






Ahad, 28 Jun 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PUISI

Puisi untuk anak-anakku
Wahai anak-anakku
Sepuluh jari emak susun
Minta dimaafkan
Kerana didalam membesarkan kalian,
Terlalu banyak yang diabaikan,
Terlalu banyak yang tidak dilaksanakan,
Hingga kalian membesar serba kekurangan.
Kerjaya sentiasa dihati emak,
Masa dihabiskan disitu sahaja,
Sehingga terlupa hak kalian yang sewajarnya .

Anak-anakku,
Semestinya kalian  tidak lupa,
Dalam mendidik
Selalunya emak  cepat berang.
Melayan  adakalanya dengan meradang.
Menegur jarang  berhemah.
Istilah sabar seolah-olah tidak tertulis dalam
kamus kehidupan emak.

Kini...
Seringkali hati ini dijentik kesedihan,
Setiap kali kelakuan kalian tidak  menyenangkan mata.
Setiap kali kelakuan kalian  menimbulkan kegusaran dihati .
Astagfirullahhalazim. Semoga  kita semua diampuni.
Apabila dikenangkan kembali,
Itulah hadiah  Allah buat emak
Yang  telah banyak melalaikan kewajipan,
Dalam solat  airmata emak sering  berlinangan,
Malam yang sepi doa emak pohonkan,
Minta Allah pelihara   kalian
daripada terus alpa  atas  sebab kelalaian emak.
Minta kalian tidak berterusan berbuat  kemungkaran atas
sebab dosa-dosa emak.

Anak-anakku.
Akhirnya ingatlah pesanan emak ini.
Jadilah anak yang taat  perintah Allah dan ibubapa.
Didiklah  isteri dan anak ikut cara  Nabi,
Itu sahaja kejayaan yang hakiki.
Amalkan sunnahNYA dalam kehidupan
Jadikan Baginda sebagai suri tauladan,
Kerana itulah sahaja jalan menuju kejayaan.
Dalam usia emak yang sedikit saja berbaki
Emak mengarapkn jangan diulangi kesilapan   emak
kepada zuriat keturunan emak nanti.
Jangan jadikan dunia perkara utama dicari.
Jadikan ia tempat untuk berbakti,
Mengumpul pahala sebagai  bekal  kealam akhirat nanti.
Jangan mengumpul harta semata-mata untuk kaya,
Namun kumpullah harta atas maksud mudah menunaikan perintahNYA,
Letakkan akhirat dihati.
Pasti dan pasti dunia akan sujud dikaki.

PADAMU KUBERSERAH

BICARA GURU PENDIDKAN KHAS/ MUHASABAH DIRI

Alhamdulillah. Diizinkan oleh Allah untukku
menulis sesuatu.

Kita selalu mengeluh apabila pandagan mata
mulai kabur ketika usia telah meningkat.

Namun....

Hari ini aku bertemu seorang wanita yang hilang
pandangannya setelah dewasa  akibat kemalangan
semasa bekerja.

Yang hebatnya dia ialah
 tidak pernh  mengeluh dengan penderitaannya.
Tidak ada kerutan didahinya.

Senyuman sentiasa terukir dibibirnya  sehingga
jika kita  belum pernah mengenalinya,  tidak  akan tahu
bahawa dia adalah  seoarang  buta.


BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MUHASABAH DIRI

Alhamdulillah. Dapat aku menuliskan sesuatu.

Kita sering berasa diri dirundung malang apabila
 tidak cukup  wang belanja.

Persoalannya. Siapakah yang lebih malang?

Ibu yang memberikan anaknya minum air basuhan
beras sebagai ganti susu atau kita yang selalu tidak
cukup belanja kerana suka membeli barang yang
tidak perlu?

Cerita benar yang kedengar sendiri.

Muhasabah untuk kita bersama.

Rabu, 24 Jun 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ HARGAILAH

Alhamdulillah. Sesuatu dapat kutuliskan,

Terbaca ungkapan kata   yang menarik ini:


Hargailah dia yang membencimu, kerana  dia
adalah penggemar yang telah menghabiskan
banyak waktunya hanya untuk melihat setiap
kesalahanmu.

Begitu indahnya hidup ini apabila kita suka
melihat semua perkara  dari sudut yang positif.


Isnin, 22 Jun 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ AKTIVITI SKDDH






TAHNIAH: Kepada guru dan murid yang terlibat
Tempat ke 3 Peringkat Negeri Melaka
 Pertandingan Bercerita Bawah 10 tahun.







Solat dhuha Tahun 6







Khamis, 18 Jun 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ AKTIVITI SKDDH

AKTIVITI  MINGGU PANITIA
RBT, SAINS DAN TMK








BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ AKTIVITI SKDDH

Warna-warni  SKDDH
Program bertemu ibubapa murid Tahun 6
























Segala pandangan yang diberikan tentang
guru SKDDH amat kuhargai.
Kami sebenarnya dalam proses menambahbaik
sikap sendiri untuk menjadi guru yang lebih baik.



BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/CERAMAH

TAJUK CERAMAH: PEKERJAAN GURU SEBAGAI SATU IBADAH
TEMPAT: SKJDP
KUMPULAN SASARAN: GURU-GURU SEKOLAH KUMPULAN CO6
TARIKH: 15 JUN 2015
WAKTU: 2.30-4.30
PENCERAMAH: USTAZ PAHROL MOHD JOUI