Sabtu, 30 Mei 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MAJLIS PERSARAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Majlis persaraan Puan Hamdah bin Ibrahim

Selamat bersara puan. Jasa puan tidak akan kami lupakan.
Menjadi kenangan didalam lipatan sejarah.

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat
terutama Puan Marhani dan AJK yang telah menyusun
program dengan jaya dan meriah.

















































BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ HARI GURU

Dengan nana Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang
telah sama-sama menjayakan Sambutan Hari Guru SKDDH 2015






























BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ DIARI

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ceramah IPG
26 Mei 2015
Diariku Satu Perkongsian Pengalaman


Kehidupan adalah satu perjalan menuju kepada tuhan.
.
Semoga perkogsian daripada  diari kehidupanku sebagai guru
Pendidikan Khas dapat dijadikan manfaat oleh  semua peserta
kursus yang hadir.






















Terima kasih kepada IPG Kampus Perempuan Melayu
diatas jemputan.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KURSUS PPM

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Kursus Pembantu Pengurusan Murid.
Bertempt di Hotel Puteri Park.Kuala Lum[ur.
28 Mei 2015

Setitis ilmu kutitipkan, semoga dapat dimanfaat disepanjang hayat.
Insya Allah.















Jumaat, 15 Mei 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ GURU OH GURU

Guru Oh Guru.
Tugasan yang diberi silih berganti. Yang lama belum sempat
 terlerai,  yang baharu sudah menanti.Itulah cabaran buat guru kini. 
Tugas guru dahulu dan sekarang telah berbeza jauh. 

Semuanya selaras dengan kehendak Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia  yang  ingin meningkatkan tahap pendidikan
setanding  tahap pendidikan negara maju di dunia.

Tidak  sedikit rasa kecewa membenam di hati guru.
Tugas utama mendidik  telah diganti dengan pelbagai tugasan
 baharu yang menuntut penggadaian  banyak waktu. 

Cabaran
Kepada guru-guru yang  tidak pandai menyusun masa, 
pasti dan pasti akan rasa terseksa. Rumahtangga hampir terabai.
Anak terkapai-kapai. Tugas dapur, bilik tidur, ruang tamu dan 
 halaman rumah melambai-lambai.

Kepada yang tidak kuat ketahanan emosi boleh menimbulkan
perselisihan  sesama  sendiri.  Saling  tuding  menuding  apabila 
tugasan gagal disudahi.

Jika ada arahan baharu,  dosa mengumpat dan mengata menjadi biasa. 
Guru Besar pasti menjadi mangsa. Hanya ketabahan dan ketakwaan  
sahaja  membolehkan guru besar kekal sebagai  ketua.

Guru-guru muda beranak kecil. Tugasan sebagai isteri dan ibu 
adakalanya menyambil. Menjadi keutamaan melengkapkan laporan –laporan,
borang-borang dan fail-fail.

Guru-guru, guru besar, Pegawai Pendidikan Daerah,
Pegawai Pendidikan Negeri dan Pegawai Kementerian 
Pendidikan saling berkejaran.  Whats App, telegram, 
e-mail, portal dan surat menjadi  medium untuk  mengingatkan .
Bagi memastikan ketepatan waktu untuk  menyelesaikan  setiap tugasan.

Siapa yang ambil peduli  semua ini? Segala kesulitan dan keperitannya,
guru yang berada di gelanggang  sahaja merasai.
Penonton di luar hanya boleh melahirkan rasa simpati.

Dahulu Dan Kini
Kini, murid-murid  tidak boleh diteguri,  dimarahi,  
dan dirotan sembarangan. Akhirnya mereka menjadi jagoan. 
Guru tidak dihurmat. Ilmu tidak menjadi berkat.
Inilah kesan apabila sunnah Nabi Muhammad s.a.w. diketepikan.

Kepada guru-guru yang baru berada dilapangan ini 
memang kurang  merasakan jurang.  Kepada  yang telah mengajar 
 lebih daripada 30 tahun ia adalah satu perbezaan yang ketara.

Dahulu. “Cikgu,  saya serahkan anak saya kepada cikgu. 
 Ajarlah sampai pandai. Buatlah apa yang patut. Asal jangan patah dan luka”.

Kini. “Saya tidak pernah memarahi anak saya . Apatah lagi merotan.
Mengapa cikgu berani buat anak saya begitu. Saya akan menyaman cikgu”.

Ayat yang tidak serupa akan  melahirkan tindakan berbeza. 
Hasil yang diperolehi daripada   anak-anak juga akan  berbeza. 
Meskipun begitu tiada  siapa menyedari    semua ini.  
Kita semua sibuk dalam usaha mencapai impian sendiri.

Mohon Bersara
Berapa ramai guru besar dan guru yang mohon bersara, 
meskipun masanya belum  tiba. Tiada siapa yang peduli dengan
masalah ini kerana kekosongan itu boleh diganti.

Bukan kerana tidak berminat. Namun telah hilang kepuasan sebagai 
guru yang sepatutnya  mengajar  akibat  tugasan baharu yang tidak menentu.

Persoalan Dan Jawapan.
Suara hatiku ini bukan meminta simpati.  Namun jika boleh, sama-sama untuk renungi. 
Menjadikah modal insan jika guru tidak dapat memberi tumpuan? 
Menjadikah modal insan  jika  guru hilang keikhlasan?  
 Menjadikah modal insan jika guru mengajar dalam waktu yang keterbatasan?

Pujuklah Hati
Nasihatku buat  diri sendiri dan rakan-rakan guru sebagai penyejuk hati.

“Mohonlah kepada Allah selalu agar kita diberi ketabahan dalam
 mengharungi  segala cabaran. Bukan mudah jika ingin memiliki  syurga.
 Ujian dan cabaran kini perlu disambut dengan tangan dan dada terbuka.

Insya Allah tidak ada kejayaan yang datang bergolek. Halangan adalah ujian. 
 Halangan adalah pengalaman. Perlu kita semua lalui untuk mengejar kejayaan
 dan kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Pujuklah hati sendiri.  Anggaplah semua ini adalah ladang pahala untuk kita
semua menyemai benih. Semoga pohon-pohon yang tumbuh akan menjadi
tempat kita berteduh di alam yang kekal abadi. 

Insya Allah.
Selamat Hari Guru













Selasa, 12 Mei 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/BICARA HATI


Seorang rakan lama bertanyaku.

"Apakah perasaan  akak  apabila menjadi guru besar
di sebuah sekolah besar yang guru-gurunya berbagai
ragam?

"Akak rasa akak telah menjadi isteri dan ibu yang lebih baik" jawabku.

Dia merenung mataku. Merasakan jawapan yang diterima
 tidak masuk akal"

"Setiap kali ada guru yang marah-marah samada di belakang
atau di hadapan akak,  Allah memberi akak gambaran tentang
sikap akak sendiri ".  kataku.

"Akak kerap  bersuara tinggi dan marah-marah  dihadapan suami
dan anak-anak. Selalu juga dihadapan guru-guru. Sudah pasti selama
ini ramai yang  sering terluka dengan sikap kasar akak" Jelasku.


"Di sekolah besar ini Allah mendidik akak untuk jadi isteri  dan
ibu yang lebih baik melalui ujian-ujian yang Allah hantarkan
saban hari"

"Meskipun sebelum ini hati kerap terluka, namun kini akak dah
boleh terima kerana akak   membayangkan  dosa lama akan diampuni'.


"Suhanallah akak. Jawapan akak tadi membuat saya
juga muhasabah diri" Sahut rakanku itu.













Rahsia hati yang hanya aku dan Allah mengetahui.
Alhamdulillah.  Alhamdulillah. Alahamdulillah.

PADAMU KUBERSERAH

Renungan bersama: Jangan mengharapkan orang lain tidak
melukai hati kita  jika kita saban hari melakukan perkara serupa.





Isnin, 11 Mei 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/MUHASABAH DIR

Syukur alhamdulillah. Sesuatu dapatku tuliskan malam ini.

Mengapa semakin cuba aku melarikan diri,
Semakin dia mendekati.
Sifat mazmumah yang bersilih ganti.

Puas aku merenung dalam diri,
Bukan sekali dua kesilapan kuulangi,
Terasa takut dengan kelemahan diri sendiri,
Hingga adakalanya menghantui.

Ya Allah....Ya Rahman.... Ya Rahim....
Kasihanilah diriku

Bantulah aku,
Bimbinglah aku,
Hulurkan hidayahmu,

Jadikan aku lebih  baik dari hari yang telah berlalu.


Jumaat, 8 Mei 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BICARA HATIKU

Bismillahirahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
 ahli keluarga dan sahabat  baginda.

Subhanallah. 
Sesungguhnya semua  yang ada  milikMU.  
Semua yang terjadi adalah atas kehendakMU.  Segala-galanya adalah  keranaMU.
Atas keizinanMU aku  mampu menulis. Atas keizinanMU aku mampu 
menitipkan sesuatu. Bakal  dijadikan  bahan renungan  berpanjangan, 
meskipun  segala yang  dititipkan ini  akan  kutinggalkan.
Betapa banyak nikmatMU  Ya Allah,  Ya Rahman,  Ya Rahim.

Alhamdulillah.
Beroleh pekerjaan sebagai  guru . Satu pekerjaan mulia
yang tidak pernah akan ada subhat  didalamnya.  Segalanya adalah satu ibadah.
Sepanjang kehidupan, sehingga selepas kematian akan disebut sebagai guru.
Pahalanya  berkekalan.

Dari awal  pagi,  memasuki perkarangan  sekolah,  pahala melimpah. 
Mengajar, menegur, membimbing, memberi  ingatan , menasihatkan. 
Apa jua yang baik dilakukan    adalah  satu ibadah.  Ia  berupa sedekah jariah y
ang akan kekal selepas kematian.  Sewaktu bertemu tuhan.
Allah Maha   Pemberi.  Kepadaku,  juga sesiapa sahaja yang bergelar guru.
Segala perkara baik yang diajarkan akan menjadi saham lumayan  di jannah nanti.
Insya Allah.


Allahuakhbar
Rasanya tidak ramai guru yang menyedari semua ini. Termasuk aku dahulu.  
Dizaman mudaku.

Mungkin sama  antara kita , hanya menghitung kenaikan gaji  saban hari dan bulan. 
Menghitung bonus untuk tambahan.  Tidak pernah terfikir,  bergaji penuh 
di hujung tahun  meskipun seronok  bercuti di kampung.

Kerja bukan dengan hati. Hanya kerana gaji.  Kerja sambil lewa dan sentiasa 
berkira masa dan tenaga. Datang kerja lewat namun balik perlu cepat. 
Tidak mahu lewat dua kali.

Siapakah kita untuk menyedari semua ini jika tidak mendapat  keizinan
daripadaNYA.  Bersyukurlah  kepadaNYA jika sesiapa juga  diawal usia  kerjaya 
sebagai guru telah dipilih oleh  Allah untuk menjadikan  semua tugas 
sebagai  satu ibadah.

Namun kini  ya Tuhanku. Atas izinmu. Aku  pasrah yang berlalu tetap berlalu.
Tidak mungkin aku akan dikembalikan di zaman lenaku.
 Mengubah keburukan yang pernah kulakukan  menjadi  sebuah kebaikan
hanyalah  satu impian.

Astagfirullah

Pun begitu hasrat menggunung  untuk menampal   segala tugasan   dulu yang
sengaja kukoyakkan. Menutup   lubang  kesilapan.  Samada aku sedari atau tidak. 
Terlalu  banyak. Tidak terhitung dengan jari.  Hanya Allah yang mengetahui.

Dikala menyedari segala kesilapan,  aku telah  mula  lemah dek usia. 
Pun begitu, apa juga  cara yang  tersedia, tetap  cuba aku usahakan. 
Demi mengejar pahala berkekalan.  Siapalah aku. Tidak mampu 
memberi  kesedaran .  Jauh sekali  menurunkan hidayah.  Aku insan 
lemah. Kerap  hanyut dibuai mimpi dunia yang tak pernah padam. 
Berkejar sama mencari   sesuatu untuk kepentingan peribadi.  
Ya Allah, ada ketika aku merasakan hinanya dengan sikap  sendiri. 
Semoga beroleh keampunan.  Ya Rabbi.

Seringkali merintih  dihadapan Tuhan.   Memohon keampunan. 
Bersalut persoalan. 
Apakah  yang telah aku berikan kepada anak-anak didikku sepanjang 
aku bergelar guru? 
Diterimakah  olehNYA  segala titik peluh yang selama ini aku canang-cangankan?
Sampaikah segala apa yang kuajarkan?
MENJADIKAH modal insan yang pernah  diamanahkan?

Halalkah  rezeki  yang selama ini  telahpun  kukongsikan bersama arwah abah,
 emak, adik beradik, suami dan anak-anak.?

Jawapannya aku sendiri tidak pasti.
Semua adalah urusanNYA.  Yang mampu kulakukan disini ialah  menulis  sesuatu. 
Berdasarkan ilham  yang Allah turunkan asbab pengalaman lalu. 
Memberi ingatan, melalui  tulisan.  
Segala yang bakal dikongsikan adalah nasihat untuk diri sendiri  serta yang 
dipilih Allah untuk memahami.  Semoga  Allah terima sebagai satu ibadah.


Lahaulawalakuwaataillahbillahilaliyilazim.