Bismillahirahmanirrahim
Selawat
dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
ahli keluarga dan sahabat baginda.
Subhanallah.
Sesungguhnya
semua yang ada milikMU.
Semua yang terjadi adalah atas kehendakMU. Segala-galanya adalah keranaMU.
Atas
keizinanMU aku mampu menulis. Atas
keizinanMU aku mampu
menitipkan sesuatu.
Bakal dijadikan bahan renungan
berpanjangan,
meskipun segala yang
dititipkan ini akan kutinggalkan.
Betapa
banyak nikmatMU Ya Allah, Ya Rahman,
Ya Rahim.
Alhamdulillah.
Beroleh
pekerjaan sebagai guru . Satu pekerjaan
mulia
yang tidak pernah akan ada subhat didalamnya. Segalanya adalah satu ibadah.
Sepanjang
kehidupan, sehingga selepas kematian akan disebut sebagai guru.
Pahalanya berkekalan.
Dari awal
pagi, memasuki perkarangan sekolah,
pahala melimpah.
Mengajar, menegur, membimbing, memberi ingatan , menasihatkan.
Apa jua yang baik
dilakukan adalah satu ibadah.
Ia berupa sedekah jariah y
ang
akan kekal selepas kematian. Sewaktu
bertemu tuhan.
Allah
Maha Pemberi. Kepadaku,
juga sesiapa sahaja yang bergelar guru.
Segala
perkara baik yang diajarkan akan menjadi saham lumayan di jannah nanti.
Insya Allah.
Allahuakhbar
Rasanya
tidak ramai guru yang menyedari semua ini. Termasuk aku dahulu.
Dizaman mudaku.
Mungkin sama
antara kita , hanya menghitung kenaikan gaji saban hari dan bulan.
Menghitung bonus untuk tambahan. Tidak pernah terfikir, bergaji penuh
di hujung tahun meskipun
seronok bercuti di kampung.
Kerja bukan dengan hati. Hanya kerana
gaji. Kerja sambil lewa dan sentiasa
berkira masa dan tenaga. Datang kerja lewat namun balik perlu cepat.
Tidak mahu lewat dua kali.
Siapakah
kita untuk menyedari semua ini jika tidak mendapat keizinan
daripadaNYA. Bersyukurlah kepadaNYA jika sesiapa juga diawal usia
kerjaya
sebagai guru telah
dipilih oleh Allah untuk menjadikan semua tugas
sebagai satu ibadah.
Namun
kini ya Tuhanku. Atas izinmu. Aku pasrah yang berlalu tetap berlalu.
Tidak
mungkin aku akan dikembalikan di zaman lenaku.
Mengubah keburukan yang pernah
kulakukan menjadi sebuah kebaikan
hanyalah
satu impian.
Astagfirullah
Pun
begitu hasrat menggunung untuk
menampal segala tugasan dulu yang
sengaja kukoyakkan. Menutup
lubang kesilapan. Samada aku sedari atau tidak.
Terlalu
banyak. Tidak terhitung dengan jari.
Hanya Allah yang mengetahui.
Dikala
menyedari segala kesilapan, aku
telah mula lemah dek usia.
Pun begitu, apa juga cara yang
tersedia, tetap cuba aku
usahakan.
Demi mengejar pahala
berkekalan. Siapalah aku. Tidak mampu
memberi kesedaran .
Jauh sekali menurunkan hidayah. Aku insan
lemah. Kerap hanyut dibuai mimpi
dunia yang tak pernah padam.
Berkejar
sama mencari sesuatu untuk kepentingan
peribadi.
Ya Allah, ada ketika aku
merasakan hinanya dengan sikap sendiri.
Semoga
beroleh keampunan. Ya Rabbi.
Seringkali
merintih dihadapan Tuhan. Memohon keampunan.
Bersalut persoalan.
Apakah yang telah aku berikan kepada anak-anak
didikku sepanjang
aku bergelar guru?
Diterimakah olehNYA segala titik peluh yang selama ini aku
canang-cangankan?
Sampaikah
segala apa yang kuajarkan?
MENJADIKAH
modal insan yang pernah diamanahkan?
Halalkah rezeki
yang selama ini telahpun kukongsikan bersama arwah abah,
emak, adik
beradik, suami dan anak-anak.?
Jawapannya
aku sendiri tidak pasti.
Semua
adalah urusanNYA. Yang mampu kulakukan
disini ialah menulis sesuatu.
Berdasarkan ilham yang Allah
turunkan asbab pengalaman lalu.
Memberi ingatan, melalui tulisan.
Segala yang bakal dikongsikan adalah nasihat
untuk diri sendiri serta yang
dipilih
Allah untuk memahami. Semoga Allah terima sebagai satu ibadah.
Lahaulawalakuwaataillahbillahilaliyilazim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan