Guru Oh Guru.
Tugasan yang
diberi silih berganti. Yang lama belum sempat
terlerai, yang baharu sudah
menanti.Itulah cabaran
buat guru kini.
Tugas guru dahulu dan
sekarang telah berbeza jauh.
Semuanya selaras dengan kehendak Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia yang ingin meningkatkan tahap pendidikan
setanding
tahap pendidikan negara maju di dunia.
Tidak sedikit rasa kecewa membenam di hati guru.
Tugas utama mendidik telah diganti
dengan pelbagai tugasan
baharu yang menuntut penggadaian banyak waktu.
Cabaran
Kepada guru-guru
yang tidak pandai menyusun masa,
pasti dan pasti akan rasa terseksa.
Rumahtangga hampir terabai.
Anak
terkapai-kapai. Tugas dapur, bilik tidur, ruang tamu dan
halaman rumah melambai-lambai.
Kepada yang
tidak kuat ketahanan emosi boleh menimbulkan
perselisihan sesama sendiri.
Saling tuding menuding
apabila
tugasan gagal disudahi.
Jika ada arahan
baharu, dosa mengumpat dan mengata
menjadi biasa.
Guru Besar pasti menjadi
mangsa. Hanya ketabahan dan ketakwaan
sahaja membolehkan guru besar kekal sebagai ketua.
Guru-guru muda
beranak kecil. Tugasan sebagai isteri dan ibu
adakalanya menyambil. Menjadi
keutamaan melengkapkan laporan –laporan,
borang-borang dan fail-fail.
Guru-guru, guru
besar, Pegawai Pendidikan Daerah,
Pegawai Pendidikan Negeri dan Pegawai
Kementerian
Pendidikan saling berkejaran.
Whats App, telegram,
e-mail, portal dan surat menjadi medium untuk mengingatkan .
Bagi memastikan ketepatan waktu untuk menyelesaikan setiap tugasan.
Siapa yang ambil
peduli semua ini? Segala kesulitan dan
keperitannya,
guru yang berada di
gelanggang sahaja merasai.
Penonton di
luar hanya boleh melahirkan rasa simpati.
Dahulu Dan
Kini
Kini,
murid-murid tidak boleh diteguri, dimarahi,
dan
dirotan sembarangan. Akhirnya mereka menjadi jagoan.
Guru tidak dihurmat. Ilmu
tidak menjadi berkat.
Inilah kesan apabila sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
diketepikan.
Kepada guru-guru
yang baru berada dilapangan ini
memang kurang merasakan jurang. Kepada
yang telah mengajar
lebih daripada 30 tahun ia adalah satu
perbezaan yang ketara.
Dahulu.
“Cikgu, saya serahkan anak saya kepada
cikgu.
Ajarlah sampai pandai. Buatlah
apa yang patut. Asal jangan patah dan luka”.
Kini. “Saya
tidak pernah memarahi anak saya . Apatah lagi merotan.
Mengapa cikgu berani
buat anak saya begitu. Saya akan menyaman cikgu”.
Ayat yang tidak
serupa akan melahirkan tindakan berbeza.
Hasil yang diperolehi daripada anak-anak juga akan berbeza.
Meskipun begitu tiada siapa menyedari semua ini.
Kita semua sibuk dalam usaha mencapai impian
sendiri.
Mohon Bersara
Berapa ramai
guru besar dan guru yang mohon bersara,
meskipun masanya belum tiba. Tiada siapa yang peduli dengan
masalah
ini kerana kekosongan itu boleh diganti.
Bukan kerana
tidak berminat. Namun telah hilang kepuasan sebagai
guru yang sepatutnya mengajar akibat
tugasan baharu yang tidak menentu.
Persoalan Dan Jawapan.
Suara hatiku ini
bukan meminta simpati. Namun jika boleh,
sama-sama untuk renungi.
Menjadikah modal insan jika guru tidak dapat memberi
tumpuan?
Menjadikah modal insan jika
guru hilang keikhlasan?
Menjadikah modal insan jika guru mengajar
dalam waktu yang keterbatasan?
Pujuklah Hati
Nasihatku
buat diri sendiri dan rakan-rakan guru
sebagai penyejuk hati.
“Mohonlah kepada
Allah selalu agar kita diberi ketabahan dalam
mengharungi segala cabaran. Bukan mudah jika ingin
memiliki syurga.
Ujian dan cabaran kini perlu disambut dengan
tangan dan dada terbuka.
Insya Allah
tidak ada kejayaan yang datang bergolek. Halangan adalah ujian.
Halangan adalah pengalaman. Perlu kita semua
lalui untuk mengejar kejayaan
dan kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Pujuklah hati
sendiri. Anggaplah semua ini adalah
ladang pahala untuk kita
semua menyemai benih. Semoga pohon-pohon yang tumbuh
akan menjadi
tempat kita berteduh di alam yang kekal abadi.
Insya Allah.
Selamat Hari
Guru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan