Jumaat, 17 April 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BELUM SEMPURNA

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Menghitung segala kelemahan diri menerbitkan kesedihan.
Semakin terasa diri ini belum sempurna.

Sebagai isteri.
Sebagai ibu.
Sebagai anak.
Sebagai guru.
Sebagai ketua.
Dan....
Sebagai Hamba Allah.













PADAMU KUBERSERAH



Selasa, 14 April 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KISAH SIIBU

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Pagi tadi:  Kisah seorang ibu:

Datang ke pejabatku  dengan marah-marah sebab anaknya dicubit oleh
guru.

Setelah memohon maaf  kepada ibu  itu bagi pihak rakanku aku
memberi sedikit tazkirah percuma dipagi  Selasa :

"Saya anak orang miskin puan. Arwah ayah saya nelayan dan saya
ada 11 orang adik beradik. Arwah ayah saya ingin melihat saya berjaya.
Apabila saya masuk Tahun  1, dia serahkan  saya  kepada guru saya
dan berkata:

Cikgu,  saya serah anak saya pada cikgu. Buatlah apa sahaja
asal dia pandai dan pukullah asal jangan dia patah.


Berkat cubitan guru, berkat rotanan guru, berkat kemarahan guru
saya sekarang bergelar Guru Besar. Berkat kasih sayang guru saya
berjaya.  Kasih sayang bukan belaian dan kemanjaan tetapi sebaliknya.

Dan puan, Isnin minggu lepas, saya telah bersama-sama memandikan jenazah
bekas guru yang pernah memarahi saya dan menjadikan saya orang berjaya".

Tiba-tiba airmata ibu itu berlinangan dan dia berkata:

"Terima kasih puan, saya tidak pernah dinasihati begini."













PADAMU KU BERSERAH

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MARAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Hari ini terasa diuji apabila dihujani dengan kemarahan orang lain.

Apa yang boleh kukatakan kepada yang memarahi:

"Orang yang marah akan dibakar oleh API kemarahannya sendiri".

"Hari ini anak encik belajar satu perkara daripada encik iaitu
satu hari nanti dia boleh cakap apa sahaja pada orang lain 
apabila dia sedang marah".

Puas kusiram diri dengan selawat agar tidak terbakar sama.















PADAMU KU BERSERAH

Rabu, 8 April 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MAAFKAN SAHAJA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Menuliskan kembali nasihat seseorang kepadaku:

"Sikap manusia sukar untuk kita ramal. Adakalanya mulut manis
hanya di hadapan. Di belakang kita bicaranya jauh berbeza.

Kita  juga adakalanya serupa.

Hati akan jadi lebih tenang  jika   sentiasa bersangka baik,
mendoakan  kabaikan untuknya dan MAAFKAN SAHAJA.













PADAMU KUBERSERAH

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SABAR YANG INDAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih  Lagi Maha Penyayang.

Semakin banyak kisah suka duka yang kulalui di sini.  Semakin banyak
yang kupelajari tentang lakunan manusia dalam  kehidupann dunia.

Pun begitu , perkara paling  besar  yang kupelajari disini   ialah:
Sabar itulah yang  paling indah.














Padamu KuBerserah.




Isnin, 6 April 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ YANG BAIK-BAIK

Bismillahirrahmanirrahim.

Berkatalah yang baik-baik. Tulislah yang baik-baik.
Sentiasalah bersangka baik kepada manusia juga yang MENCIPTA.

Bila berkata-kata yang baik hasilnya juga baik.
Bila menulis yang baik  permbaca juga jadi baik.
Bila sentiasa bersangka baik kehidupan akan jadi lebih baik.

Bila memberi yang baik akan dapat kembali yang baik.

Setiap perkara baik akan membuahkan hasil yang baik.

Insya Allah.











PADAMU KU BERSERAH....

Jumaat, 3 April 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SEPI

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
 Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.

BLOG ini kutinggalkan sepi agak lama. 

Terasa kerdilnya .Terasa lemahnya. 
Cerita kehidupan telalu banyak yang telah berlalu 
begitu sahaja tanpa lakaran.

Yang baru kuterbitkan beberapa minit sebelum ini 
juga adalah yang telah lama tersimpan di dalam draft.

DIA menguasai segalanya. 

Kesimpulannya kembalilah memohon kepadaNYA
kerana kita memang tidak boleh berbuat apa-apa jika.....

TIDAK DENGAN KEIZINANNYA.

SUBHANALLAH,  ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKHBAR.






BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PUISI

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.

PUISI MUHASABAH DIRI


Sedarlah wahai diri,
dikau semakin lemah.
Selalu sakit sini dan sana,
Kerap lupa banyak perkara.

Sedarlah wahai diri,
dikau semakin lemah.
Bila duduk tak mampu berdiri.
Berjalan jauh selalu berhenti,
Jika terjatuh tak boleh bangun sendiri.
Berlari sudah tidak upaya.
Mendaki lagi tidak berdaya.

Sedarlah wahai diri, 
dikau semakin lemah.
Makan, minum perlu dijaga rapi.
Tidur malam berbaju tebal bersarung kaki.
Sudah kurang daya ketahanan diri.

Sedarlah wahai diri,
dikau semakin lemah.
Tiada apa yang perlu dibangga.
Tidak pangkat dan juga harta.
Tidak keturunan dan nama.

Sedarlah wahai diri,
dikau semakin lemah.
Mati semakin hampir.
Berhentilah berangan-angan tinggi,
tentang dunia ini.
Carilah bekal yang akan dibawa 
ke akhirat nanti.
Kerana .....
Mati itu pasti.

















3/4/2015




Isnin, 16 Mac 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
 Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.

Hidup kita sepenuhnya di susun oleh Allah S.W.T.
Kita hanya boleh  merancang, namun Allah
juga mempunyai  perancangan  terbaik untuk kita.

Bertemu dan berpisah juga urusanNYA.
Kita bukan sesiapa untuk mempersoalkan mengapa
ia boleh berlaku.

Selamat bertugas ditempat baru.
Jasa cikgu membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah
tidak akan  dapat kami warga SKDDH lupakan. 

Semoga Allah merahmati cikgu.

Siti Hazrah bt Turemen.
GPK 1 SKDDH.
 


Selasa, 17 Februari 2015

BICARA GURU PENDIDKAN KHAS/PENCERAPAN PdP


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.

Pecerapan  PdP menggunakan chrome book dan frog vle
 









BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ HADIAH KEHIDUPAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. 
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.





















Hadiah dalam kehidupanku sebagai Guru Pendidikan  Khas.
Bekas murid PK yang telah berjaya menjadi anak soleh yang
boleh dibanggakan.

Pertemuan singkat di sekolah pagi ini:

Kata-kata azimatku yang disebut semula

"Belakang parang jika diasah akan tajam"

Ceritanya lagi:

"Kehidupan berada dikelas inklusif memang mencabar,
tapi saya buat yang terbaik untuk buktikan saya boleh"

Bila aku menyentuh tentang pengaruh tidak sihat dikalangan
rakan-rakan respond daripadanya  amat menyentuh hati:

"Bukan kita yang dipengaruhi oleh kawan-kawan 
dengan perkara negatif tapi kita mesti pengaruhi mereka
dengan perkara positif."

Subhanallah. Sesungguhnya Allah yang berkuasa terhadap sesuatu.






Ahad, 8 Februari 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SENTUHAN KALBU

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. 
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.

SENTUHAN KALBU


  • Cerita kehidupan terlalu banyak dan beranika warna. Jika dicatat
semuanya pasti menjadi sebuah novel kehidupan yang berwarna warni.



  • Biarlah rendah dipandangan mata manusia asalkan tinggi nilainya 

di pandangan Allah.


  • Adakalanya kerana terlalu ghairah menasihati orang lain kita terlupa

bahawa orang yang kita nasihati lebih arif daripada kita.  Ketika itu baru kita

sedar bahawa diam itu emas.


3 Feb 2015
Tomboro Indonesia


BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ DUNIA

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. 
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.

Dunia yang sementara jadi rebutan. 
Akhirat yang kekal kita abaikan.

3 FEB 2015 
Pondok Pasantren Al Fatah Tomboro , Jawa Timur 


Jumaat, 6 Februari 2015