Jumaat, 3 April 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PUISI

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.

PUISI MUHASABAH DIRI


Sedarlah wahai diri,
dikau semakin lemah.
Selalu sakit sini dan sana,
Kerap lupa banyak perkara.

Sedarlah wahai diri,
dikau semakin lemah.
Bila duduk tak mampu berdiri.
Berjalan jauh selalu berhenti,
Jika terjatuh tak boleh bangun sendiri.
Berlari sudah tidak upaya.
Mendaki lagi tidak berdaya.

Sedarlah wahai diri, 
dikau semakin lemah.
Makan, minum perlu dijaga rapi.
Tidur malam berbaju tebal bersarung kaki.
Sudah kurang daya ketahanan diri.

Sedarlah wahai diri,
dikau semakin lemah.
Tiada apa yang perlu dibangga.
Tidak pangkat dan juga harta.
Tidak keturunan dan nama.

Sedarlah wahai diri,
dikau semakin lemah.
Mati semakin hampir.
Berhentilah berangan-angan tinggi,
tentang dunia ini.
Carilah bekal yang akan dibawa 
ke akhirat nanti.
Kerana .....
Mati itu pasti.

















3/4/2015




Tiada ulasan:

Catat Ulasan