Khamis, 31 Januari 2019

BICARA YB/ MURID HAIPERAKTIF

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Seorang guru bertanya kepada saya.

Bagaimanakah  cara untuk mengajar murid autisme yang boleh
menguasai  3M dengan baik, tetapi haiperaktif?

Jawapan yang saya berikan:

1. Dapatkan maklumat daripada ibu bapa tentang aktiviti
    yang murid suka dan yang tidak suka.

  -Aktiviti yang murid suka akan membantu murid duduk.

  -Elakkan melakukan aktiviti  yang murid tidak suka kerana
   akan menyebabkan murid menimbulkan masalah tingkah laku.

2. Selang selikan aktiviti pembelajaran dengan aktiviti lain
    yang melibatkan kemahiran pengamatan dan tumpuan.
 
Contohnya: Pengasingan.
                    Mengumpul semula
                    Mencantum
                    Suaikan

Bahan bantu boleh dibina sendiri mengikut kesuaian.
Google alat permainan yang sesuai untuk digunakan.
Boleh dibeli dipasaran.

3. Singkatkan masa pembelajaran di peringkat awal.

4. Mulakan pembelajaran dengan aktiviti mudah.

5. Kawal makanan dan minuman-elakkan manis.

6. Banyakkan berdoa untuk kemenjadian murid.

Semoga bermanfaat.


                   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan