Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Murid bekeperluan khas memerlukan ulangan
ataupun latih tubi kepada sesuatu kemahiran yang
sedang dipelajari.
Mengharapkan sepenuhnya guru-guru di sekolah
adalah kurang wajar. Ibu bapa perlu memainkan
peranan dengan membuat kesinambungan pembelajaran
di rumah.
Ramai ibu bapa yang beralasan, anak-anak
sendiri sukar untuk di ajar kerana tidak dapat
mengawal kemarahan ataupun anak sendiri tidak
mahu mengikut arahan.
Cadangan yang boleh saya berikan untuk mengatasi
masalah ini ialah:
1. Ibu bapa perlu mendapatkan maklumat terpeinci
daripada guru tentang aktiviti dan kemahiran yang
perlu diajar di rumah.
2. Elak mengambil masa yang lama untuk mengajar
di rumah. Akan menimbulkan kebosanan kepada
anak tersebut dan menjadikan dia serik untuk belajar
pada hari berikutnya. Mulakan dengan masa 5 minit.
Tambah masa dari masa ke masa.
3. Susun aktivti pembelajaran agar menarik minat dan
tidak membosankan anak.
4. Elakkan mengajar sambil membuat tugasan lain.Ini
akan menyebabkan anak merasa tidak diberi perhatian.
5. Didik anak membuat kerja-kerja rumah kerana ianya
juga adalah satu daripada pembelajaran luar bilik darjah.
Tugasan di rumah seperti menyusun kasut, menyapu, mengelap,
membuka dan mengunci pintu, membuka dan menutup tingkap
dapat membantu anak-anak meningkatkan kemahiran motor
halus dan motor kasar disamping sikap bertanggungjawab.
Ianya juga merupakan sebahagian daripada langkah untuk
meningkatkan kesediaan menulis.
6. Biasakan memberi anak-anak arahan mudah seperti:
"Tolong ambil buku atas meja".
" Simpan cawan dalam sinki".
" Solat di belakang ayah".
" Masukkan buku dalam beg"
Apabila mereka sudah memahami arahan mudah dan boleh
melaksanakannya, ia sudah menjadi satu kesinambungan
pembelajaran di rumah dan membantu guru di sekolah
mendidik dengan pelbagai kemahiran baru yang lain.
Terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh ibu bapa lakukan
sebagai langkah membantu anak-anak meningkatkan potensi
diri dari semasa ke semasa.
Segalanya terletak di atas kesungguhan ibu bapa.
Doa, usaha, doa dan tawakkal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan