Sabtu, 12 Januari 2019

BICARA YB/KEHADIRAN

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Selalu tidak hadir ke sekolah adalah satu daripada masalah
yang berlaku di kalangan murid bekeperluan khas.

Antara faktor penyebabnya ialah:

1. Masalah kesihatan
2. Masalah pengangkutan
3. Masalah murid tidak berminat ke sekolah.
4. Masalah dalam keluarga.
5. Masalah tingkah laku
6. Masalah urus diri
7. Masalah ibu bapa tidak yakin kepada kemampuan guru.
.

Ketidakhadiran akan menyebabkan murid ketinggalan.

Terutama dalam pengurusan tingkah laku.

Objektif di dalam Rancangan Pengajaran Individu juga tidak
dapat dicapai mengikut jangka.

Seolah-olah alam persekolahan tidak membantu mereka untuk
berdikari disebabkan kekerapan tidak menghadirkan diri.

Saya pernah melalui situasi ini. Sekian lama saya memendam rasa.
Marah kepada ibu bapa yang menyimpan anak-anak di rumah
tanpa alasan yang kukuh.

Akhirnya saya mengubah cara saya berfikir apabila masalah
serupa berulang sentiasa.

Murid yang sedikit bukan asbab  untuk saya berdendang sayang.
Namun saya  melipatgandakan usaha membantu murid
yang ada di hadapan mata.

Saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada murid yang hadir.
Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan membuat latihtubi
secara individu. Pengajaran individu memberi impak yang
baik kepada pencapaian murid bekeperluan khas.

Alhamdulillah. Hasilnya dapat saya lihat dengan jelas.

Murid yang hadir itu dapat mengusai kemahiran yang diajar
dengan lebih cepat. Juga  objektif  RPI dicapai
dengan segera.

Apabila murid yang selalu ponteng itu hadir, tumpuan yang
lebih pula diberikan kepada mereka. Sementara murid
yang sentiasa hadir ke sekolah hanya memerlukan sedikit
bantuan untuk pengayaan.

Ini adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri. Bagi saya
setiap masalah pasti ada penyelesaian. Kita perlu berfikiran
terbuka dan berusaha membuka jalan.

Usaha, doa dan tawakkal.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan