Ahad, 26 November 2017

BICARA YB/MEMINTA

Alhamdulillah. Di izinkan saya menulis.

Carilah DIA andai senang mahupun susah.

Ahad, 19 November 2017

BICARA YB/ RAUDHATUL SAKINAH

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

 RAUDHATUL SAKINAH.
TASKA, TADIKA DAN PUSAT JAGAAN.

KENANGAN.
Banyak kenangan  tersimpan.
Terasa.
Manis dan menyenangkan.

Kejayaan anak-anak didik satu persatu,
Ukhwah dengan ibu bapa sangat jitu.

Terus bersemangat untuk  melangkah.
Membawa Raudhatul Sakinah ke mercu jaya.

Ujiannya  tidak kurang juga.

Hati kami ada kalanya jatuh
terhempas, berkecai.

Dimarahi, dikasari  dengan kata-kata.
Akibat daripada perkhidmatan yang
dirasakan tidak sempurna.

Akibat kemalangan  kepada anak-anak
yang tidak disengaja.

Allahuakbar.
Upah yang diberi.
Jadi tiket untuk menghina dan mengeji.

Ada ketika anak dan menantu  bagaikan mahu
mengalah.
Daripada terus melangkah.

Apabila ada yang berkira dan bertangguh tentang
bayaran yuran.

Sedangkan gaji staff, sewa bangunan, bil dan
makan minum murid harus dibiayai tepat tarikhnya.

UJIAN
Itulah ujian bekerja sendiri.

Ujian kerana  sayang.
Ujian yang ada bersamanya kesenangan.

Yang menuntut kami
agar  rapat dengan  pemberi ujian.

Solat awal waktu.
Quran perlu ditatap selalu.

Zikir usah dilalaikan.
Doa jangan diringan-ringankan.

Selesaikan masalah  dengan solat malam.

Selalu bermuhasabah andai kerap
menerima musibah.

Agar jadi lebih tabah.

DAKWAH
Mengurus dan mengajar juga adalah
satu usaha DAKWAH.

Usaha dakwah menuntut kesabaran.

Nabi Muhamad s.a.w dan para sahabat juga diberi
ujian tatkala berdakwah.

Usaha DAKWAH mereka berjaya melalui hubungan
rapat dengan Allah.


KEJAYAAN
Kantung ilmu dan pengalaman
Raudhatul Sakinah masih belum penuh berisi.

Banyak yang perlu digali.
Banyak yang perlu dipelajari.

Namun usaha tidak pernah berhenti.
Meskipun masih bertatih namun sesekali
digagahi juga untuk berlari.

Dengan izin Allah.
Dengan sokongan ibubapa,
Dengan bantuan guru-guru,
Sedikit demi sedikit kejayaan menjengah.

Kejayaan yang bukan untuk  dimegahi
Namun disyukuri.

PESANAN
Pesanan  saya kepada anak dan menantu.

Bisnes bukan niat untuk kaya.
Niat anak Islam ingin  diberikan agama.

Andai akhirat tujuan utama,
Dunia pasti mengejar  kita.

Andai dunia yang kita cari.
Akhirat  yang indah belum pasti menanti.

Andai ujian hebat menerpa.
Ingatlah kepada kisah Nabi Muhammad
S.A.W.  yang mulia.

Baginda dilempar batu untuk seru agama.

Sedangkan kita hanya dilempar dengan kata-kata.

Ingin berjaya tinggalkan kenangan duka.

Fokus kepada apa yang ingin dicari.

Allah ada. Teruskan meminta.

Teruskan usaha.








.










Ahad, 12 November 2017

BICARA YB/ISTIMEWA

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Jangan hina dan pandang rendah kepada
golongan istimewa.

Akan tiba masa,  kesempurnaan meninggalkan kita.

Saat itu kaki yang gagah perlu dibantu tongkat atau
kerusi roda.

Mata yang terang, beransur  kabur meskipun berkaca mata.

Cerita yang sama kita ulang berkali-kali kerana terlupa.

Soalan dan jawapan yang diberi sudah tiada kena mengena.

Tuala pakai buang yang kita kenakan kepada anak-anak
telah  jadi pakaian wajib kita.

Waktu lapang kita guna untuk bercakap sendiri.

Mundar mandir ke sana dan ke sini.

Menyuap makananpun tidak mampu lagi berdikari.

Panggilan sudah tidak diendah, kerana telinga  sudah
tidak berfungsi.

Hari ini kita menghina.
Jangan sedih andai suatu hari kita pula yang terima.








BICARA YB/BERSARA

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Mengambil keputusan untuk bersara awal bukannya
satu perkara mudah.

Meskipun ianya adalah perancangan awal saya.

Namun setelah beberapa kali bermunajat kepada
Allah, memohon petunjuk,  saya akur dengan keputusanNYA.

Alam pekerjaan yang telah lebih 30 tahun sebati  dalam diri,
saya tinggalkan.

Ramai yang mempersoalkan.

Mengapa ye?

Pada awalnya, persoalan sama  sering bermain di kepala sendiri.

"Mengapa  Allah memilih saya untuk bersara sedangkan hati
 masih ada cinta".

Namun, setelah beberapa orang  saudara seagama,  tiba-tiba
muncul dihadapan saya,  memohon bantuan sebaik saya bersara,
persoalan terjawab  sendiri.


Pertama. Sebaik sahaja  bersara, saya diketemukan dengan
seorang wanita yang benar-benar mengharap bantuan untuk
mengajarkan beliau mendirikan solat.

Alhamdulillah. Telah berjalan lancar dan berjaya.

Kedua. Bulan Ramadhan tahun lepas,  seorang suami
menghantar ke rumah saya isteri keduanya yang baru memeluk Islam.

Seminggu wanita itu dirumah saya memperbaiki solatnya agar
lebih sempurna.

Ketiga. Semenjak bersara,   sahabat dan jiran tetangga mula
belajar mengaji di rumah saya.
Bermula daripada iqraq 1- 6. Seterusnya Al Quran.

Keempat. Kini saya menjadi penasihat kepada Taska, Tadika
dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak yang diuruskan oleh anak-anak
dan menantu-menantu saya.

Tugas saya ialah,  sebulan sekali memberi ceramah dan bimbingan
kepada semua kaki tangan Taska, Tadika dan Pusat Jagaan. Agar 
mereka  berperanan sebagai guru yang sewajarnya.

Kelima. Sudah ada beberapa orang ibu bapa yang mempunyai 
anak istimewa merujuk kepada saya untuk program intervensi
anak mereka.

Hati saya berat.  Komitmen saya berbagai.
Saya tidak mahu terikat kuat dengan jadual kerja yang
melibatkan saya menerima  bayaran.

Sedangkan saya kurang kesempatan untuk menunaikannya
dengan baik.

Urusan dirumah, kelas  mengaji dan majlis-majlis ilmu
yang perlu saya hadiri, menulis dan kadangkala menghadiri
jemputan ceramah dan kenduri, sudah cukup buat saya terbaring lesu.

Namun. Allah mengetahui.

Saya memang cinta dengan bidang pendidikan khas.

"Sayang ilmu dan pengalaman saya tidak ada anak yang mewarisi"

Itulah perkara yang sering bermain di kepala saya.

Alhamdulillah. Seorang daripada anak perempuan saya bersetuju.
Ilmu ingin disambut daripada ibunya ini.

Tugas baharu ini sedang saya galas dengan berbesar hati.

Menyediakan bahan bantu dan menurunkan ilmu.

Masya Allah. Bila dikenang semula, hati saya mekar berbunga.

Benar. Keputusan Allah yang terbaik.

Usahlah dipersoalkan. DIA lebih mengetahui  tentang diri kita
 berbanding kita sendiri.

Allah mahu saya berhenti daripada menjadi penjawat awam.
Bukan berhenti daripada menjadi seorang guru.

Guru adalah dunia saya.
Dulu kini dan selamanya.
Alhamdulillah.

BICARA YB/ MAJLIS

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Setiap majlis yang bakal mahupun telah kita
laksanakan pasti ada kekurangannya.

Bukan sahaja orang baru, malahan orang lama juga
kadang kala terkial-kial.

Mati akal dan  tidak tahu hendak berbuat apa-apa.
Majlis sedang berlangsung. Namun segala 
yang dirancang kelihatannya huru hara.

Apabila ingin mengadakan majlis:

i. Perancangan perlu awal dan teratur.
  
ii.Adakan mesyuarat.
   Bincangkan masalah-masalah  yang timbul di majlis
   sebelumnya. (jika ada)
   Pastikan tidak berulang.

iii. Catatkan semua yang telah diputuskan.
     Perlu untuk rujukan semula.

iv. Elakkan mengubah keputusan mesyuarat.
     Elakkan menyuarat sendiri-sendiri selepas mesyuarat.
 
v. Tetapkan due date. Ketua perlu membuat pemantauan.
   
vi.Jangan marah apabila ketua bertanya dan 
     mengingatkan tentang tugasan.
     Perkara itu penting untuk menilai keberkesanan.

vii. Team work sangat penting. Ketua jangan bergerak solo.
       Praktikkan kaedah pecah perintah.

viii.Segala tugasan jangan ditangguh-tangguh.
      Elakkan membuat tugasan di saat akhir.
      Akan menimbulkan tekanan, hasil kerja juga
      kurang memuaskan.

viii. Banyakkan solat hajat dan berdoa.
        Buat semua persediaan dengan cara yang terbaik.
        Yakin. Allah juga akan beri yang terbaik.

        Namun.
        Kita cuma merancang, Allah penentunya.
        Jangan pelik, andai majlis masih ada kurangnya.
        Sedangkan persediaan awal rapinya tidak terkira.
        Itu sudah adat.
         Itu juga fitrah.

        Kita hanya hamba.
        DIA penentunya.
        Doa, usaha dan tawakkal.

       Semoga Allah permudahkan.
       Hari Kualiti Taska, Tadika dan
       Pusat Jagaan Raudhatul Sakinah. 

      
      
   

 

BICARA YB/ INTERVENSI

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.