Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Jangan hina dan pandang rendah kepada
golongan istimewa.
Akan tiba masa, kesempurnaan meninggalkan kita.
Saat itu kaki yang gagah perlu dibantu tongkat atau
kerusi roda.
Mata yang terang, beransur kabur meskipun berkaca mata.
Cerita yang sama kita ulang berkali-kali kerana terlupa.
Soalan dan jawapan yang diberi sudah tiada kena mengena.
Tuala pakai buang yang kita kenakan kepada anak-anak
telah jadi pakaian wajib kita.
Waktu lapang kita guna untuk bercakap sendiri.
Mundar mandir ke sana dan ke sini.
Menyuap makananpun tidak mampu lagi berdikari.
Panggilan sudah tidak diendah, kerana telinga sudah
tidak berfungsi.
Hari ini kita menghina.
Jangan sedih andai suatu hari kita pula yang terima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan