Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
RAUDHATUL SAKINAH.
TASKA, TADIKA DAN PUSAT JAGAAN.
KENANGAN.
Banyak kenangan tersimpan.
Terasa.
Manis dan menyenangkan.
Kejayaan anak-anak didik satu persatu,
Ukhwah dengan ibu bapa sangat jitu.
Terus bersemangat untuk melangkah.
Membawa Raudhatul Sakinah ke mercu jaya.
Ujiannya tidak kurang juga.
Hati kami ada kalanya jatuh
terhempas, berkecai.
Dimarahi, dikasari dengan kata-kata.
Akibat daripada perkhidmatan yang
dirasakan tidak sempurna.
Akibat kemalangan kepada anak-anak
yang tidak disengaja.
Allahuakbar.
Upah yang diberi.
Jadi tiket untuk menghina dan mengeji.
Ada ketika anak dan menantu bagaikan mahu
mengalah.
Daripada terus melangkah.
Apabila ada yang berkira dan bertangguh tentang
bayaran yuran.
Sedangkan gaji staff, sewa bangunan, bil dan
makan minum murid harus dibiayai tepat tarikhnya.
UJIAN
Itulah ujian bekerja sendiri.
Ujian kerana sayang.
Ujian yang ada bersamanya kesenangan.
Yang menuntut kami
agar rapat dengan pemberi ujian.
Solat awal waktu.
Quran perlu ditatap selalu.
Zikir usah dilalaikan.
Doa jangan diringan-ringankan.
Selesaikan masalah dengan solat malam.
Selalu bermuhasabah andai kerap
menerima musibah.
Agar jadi lebih tabah.
DAKWAH
Mengurus dan mengajar juga adalah
satu usaha DAKWAH.
Usaha dakwah menuntut kesabaran.
Nabi Muhamad s.a.w dan para sahabat juga diberi
ujian tatkala berdakwah.
Usaha DAKWAH mereka berjaya melalui hubungan
rapat dengan Allah.
KEJAYAAN
Kantung ilmu dan pengalaman
Raudhatul Sakinah masih belum penuh berisi.
Banyak yang perlu digali.
Banyak yang perlu dipelajari.
Namun usaha tidak pernah berhenti.
Meskipun masih bertatih namun sesekali
digagahi juga untuk berlari.
Dengan izin Allah.
Dengan sokongan ibubapa,
Dengan bantuan guru-guru,
Sedikit demi sedikit kejayaan menjengah.
Kejayaan yang bukan untuk dimegahi
Namun disyukuri.
PESANAN
Pesanan saya kepada anak dan menantu.
Bisnes bukan niat untuk kaya.
Niat anak Islam ingin diberikan agama.
Andai akhirat tujuan utama,
Dunia pasti mengejar kita.
Andai dunia yang kita cari.
Akhirat yang indah belum pasti menanti.
Andai ujian hebat menerpa.
Ingatlah kepada kisah Nabi Muhammad
S.A.W. yang mulia.
Baginda dilempar batu untuk seru agama.
Sedangkan kita hanya dilempar dengan kata-kata.
Ingin berjaya tinggalkan kenangan duka.
Fokus kepada apa yang ingin dicari.
Allah ada. Teruskan meminta.
Teruskan usaha.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan