Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Mutiara ilmu daripada radio IKIM.
Manusia akan menjadi musuh kepada
apa yang tidak diketahuinya.
Manakala.....
Ilmu ibarat benih. Benih akan menghasilkan
amal dan amal membentuk akhlak.
Rabu, 30 September 2015
Isnin, 28 September 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SATU PERMINTAAN
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Kata bijak pandai:
Satu permintaan hambaNYA yang tidak
dapat untuk diperkenankan oleh Allah ialah
ingin menjadi manusia yang disukai oleh semua
makhluk.

Ahad, 27 September 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/SEMOGA TABAH
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Maha suci Allah.
Yang Maha Mengetahui.
Mengenali insan yang layak untuk diuji.
Ibu ini...
Anak yang dilahirkannya
jantung berlubang,
bermasalah penglihatan juga pendengaran.
Semoga beliau tabah dan redha

Sabtu, 26 September 2015
BiCARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KEHIDUPAN
Alhamduillah. Diizinkan untukku menulis.
Sesungguhnya jodoh dan pertemuan adalah
ketentuannya.
Siapa yang boleh mengubah apa yang telah
diaturNYA?
Syukur dan redha dengan ketentuan.

Jumaat, 25 September 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/MULIA
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Mutiara ilmu dari radio IKIM:
Kalau dengan harta manusia mulia sudah pasti
Qarun dan Firaun telah dipandang mulia oleh
Allah dan manusia.

Rabu, 23 September 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KENANGAN
Alhamdulillah. Dizinkan untukku menulis.
Bila telah tersepit manusia sanggup lakukan
apa sahaja untuk melepaskan diri.
BOHONG
Cerita bapa muda yang marah-marah itu tidak
habis begitu sahaja.
Setelah menyelesaikan beberapa urusan
aku melangkah ke pejabat semula.
Sebaik melangkah masuk, Puan Hjh Zainon
bersuara.
"Orang lelaki tadi bohonglah cikgu".
"Kenapa pula? " soalku.
"Sebenarnya dia tak pernahpun mendaftarkan
anaknya dimana-mana sekolah sebelum ni.
Belakang surat beranak anaknya langsung
tidak ada dicop mana-mana sekolah". Jelasnya.
"Oh ye ke? .
Sudahlah lambat mendaftar. Bohong pula"
Balasku.
Geram tak terkira. Ikutkan hati ingin aku menelefonnya pada
masa itu. Pulangkan semula kemarahan yang
dilontarkan tadi.
Setelah difikir-fikirkan, aku membatalkan niat.
"Orang serupa itu tidak boleh dilayan" Bisik hati
kecilku.
Ya Allah. Itulah manusia. Apabila telah melakukan
kesilapan jari menuding kepada orang lain sebagai
menutup kelemahan.
Macam-macam ragam manusia sekarang.
Sabarlah wahai hati.....

Selasa, 22 September 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KENANGAN
Alhamdulillah. Dizinkan untukku menulis.
Kadangkala cabaran yang datang adalah
satu isyarat daripada Allah.
Kita hanya hamba. Perlu selalu redha dengan
ujianNYA.
KEMARAHAN
"Maaf encik, pendaftaran Tahun 1, 2016 telah ditutup".
Aku cuba memberi penjelasan.
"Apa ni, semua sekolah tendang anak saya macam bola".
Suara bapa muda itu meninggi. Semua mata di pejabat
merenung mukanya. Termasuk aku yang sedang berdiri.
Rasanya dia sedang bermasalah. Masalah tidak boleh
menahan kemarahan.
" Saya nak naik kementerian. Nak buat aduan tentang sekolah
yang saya pergi sebelum ini". Sambungnya lagi.
" Saya dah mendaftar anak disana 2 tahun lepas. Tapi
tidak diterima kerana telah penuh". Dia menyambung.
"Di sini juga telah penuh encik".Aku cuba menjelaskan
lagi.
"Saya dah penat ni, Semua sekolah tidak mahu
terima anak saya. Puan bagi saya nama puan, Saya
hendak ke Kementerian buat aduan". Dia mengugut.
Aku mati bicara. Jantung berdegup kencang. Kemarahan
tidak dapat aku bendung. Takut tidak terkendali.
Kurang ajar. Bisik hatiku. Aku manusia. Lemah.
Ampunkan Ya Allah.
Tanpa sepatah kata aku berpaling
daripada berhadapan dengannya dan masuk kebilik.
Duduk dan beristighfar. Jika aku berdiri lagi sudah pasti suara
akan meninggi.
"Ya Allah. Berilah aku kesabaran". Dalam hati aku merayu.
Hjh Zainon. Pembantu Am Pejabat mengekoriku.
"Macamana cikgu, nak terima ke?
Aku hanya mengangguk. Tanda terima.
SUKAR
Terasa sukar untuk menjelaskan kepada ibubapa.
Hanya tahu masalah mereka akan selesai
apabila dapat mendaftarkan anak ke sekolah yang
menjadi laluan pergi dan balik bekerja.
Turunkan pagi, Ambil semula tengah hari,
Jumlah murid yang ramai mengundang banyak
masalah kepada guru dan murid sendiri.
Ramai murid yang tidak menguasai kemahiran
yang dipelajari kerana tidak dapat bimbingan penuh
daripada guru.
Masalah tingkahlaku murid menjadi-jadi. Sukar dikawal.
Ya. Allah. Aku bermohon padaMu. Permudahkanlah
segala urusanku dan rakan-rakanku.
Kau Maha Mengetahui.
.

Isnin, 21 September 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KENANGAN
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Hidup akan menjadi lebih mudah apabila kita boleh menerima
sesuatu dengan cara mudah dan menganggap sebagai ujianNYA
bagi meningkatkan keimanan.
KEMARAHAN
"Apa hak puan nak menghadkan jumlah murid di dalam
setiap kelas?"
"Mengapa puan tidak membuat permohonan bangunan baru
bagi menampung pertambahan murid?"
"Takkanlah cucu saya seorang pun tidak boleh diterima?"
"Sekolah yang puan cadangkan itu susah nak pergi, bas
sekolah tidak lalu".
"Kawan-kawan cucu saya ramai di sini"
"Saya pun senang nak uruskan dia kalau bersekolah di sini.
Mak dia akan bekerja nanti."
Semua soalan yang diajukan telah kujawab dengan cara
yang paling berhemah beserta alasan kukuh.
Cuba memberi pandangan bagi setiap masalah yang sengaja
ditimbulkan. Pun begitu, dia terus merayu.
Keputusan muktamad. Bilangan murid di setiap kelas
sudah penuh. Rayuan untuk cucunya tidak aku terima.
Akhirnya........
"Saya juga bekas penjawat awam. Sudah berurusan dengan ramai
pegawai kerajaan, Tetapi saya tak pernah jumpa orang macam puan,
Tak boleh dibuat berbincang langsung".
Kata-kata dilontarkan kepadaku dengan nada angkuh dan menghina.
Benarlah. Setiap perkara yang berlaku, menjadi sepertimana
yang kita terima .
Sabar dan senyum. Akhirnya di permudahkan.
Alhamdulillah.

Dia bangun dan meninggalkan pejabat dengan rasa marah
yang tergambar jelas di wajah. Hatinya terbakar.
Aku bersalaman dengan isteri dan anak perempuannya.
Memohon maaf.
Hakikatnya hatiku juga terbakar. Keegoaanku sebagai seorang
guru besar benar-benar tercabar ketika itu.
Pun begitu, alhamdulillah. Allah mengasihiku. Aku dipelihara
daripada terbakar sama.

Sabar memang pahit. Namun buahnya manis.
Hingga kini masih terkenang.
Benarlah. Setiap perkara yang berlaku, menjadi sepertimana
yang kita terima .
Sabar dan senyum. Akhirnya di permudahkan.
Alhamdulillah.
Ahad, 20 September 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BERTEMU & BERPISAH
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Bertemu dan berpisah lumrah alam.
Semoga segala jasa yang pernah ditabur
di SKDDH dipandang oleh Allah sebagai satu ibadah.
Selamat bertugas di tempat baru Puan Ramlah Mustakim
Tahniah kerana berjaya naik pangkat sebagai
GPK Ko Ku SK Kubu Melaka.
Jasamu tetap dikenang.

Rabu, 16 September 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ADA KENBENARANNYA
Alhamdulillah.. Diizinkan untukku menulis.
Ada kebenarannya kata-kata yang pernah kudengar ini.
Biasanya kita membesar-besarkan cerita jika,
tentang keburukan dan kelemahan orang lain.
Apabila keburukan diri kita sendiri, tiba-tiba kita menjadi
seorang pendiam yang menutup rapat bibir tanpa sepatah kata.
Muhasabah untuk siri sendiri.

Selasa, 15 September 2015
Khamis, 10 September 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/UPSR
Alhamdulillah. Diizinkan oleh untukku menulis.
Terlalu banyak yang telah guru-guru lakukan.
Terlalu banyak yang telah guru-guru curahkan
UPSR terakhir ini...
Semoga Allah perkenankan segala yang dipohonkan.
Terima kasih kepada semua warga SKDDH atas kesungguhan
Tidak terbayar budi kalian dalam menjayakan semua yang
dirancang.
Semoga beroleh rahmat Allah semuanya.

Ahad, 6 September 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MUTIARA ILMU
Alhamdulillah. Dizinkan untukku menulis.
Mutiara yang dapat kupungut di majlis ilmu pagi ini.
Lebih baik berkata-kata sebagai peringatan untuk diri sendiri
berbanding dengan niat ditujukan kepada orang lain.
Sesungguhnya, Allah mengetahui akan segala
sesuatu, meskipun kita menyembunyikann
Ampunilah hambamu yang selalu alpa ini Ya Allah.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ TERTARIK
Alhamdulillah. Dizinkan untukku menulis.
Tertarik dengan kata-kata hikmah dibawah.

Langgan:
Catatan (Atom)