Alhamdulillah. Dizinkan untukku menulis.
Kadangkala cabaran yang datang adalah
satu isyarat daripada Allah.
Kita hanya hamba. Perlu selalu redha dengan
ujianNYA.
KEMARAHAN
"Maaf encik, pendaftaran Tahun 1, 2016 telah ditutup".
Aku cuba memberi penjelasan.
"Apa ni, semua sekolah tendang anak saya macam bola".
Suara bapa muda itu meninggi. Semua mata di pejabat
merenung mukanya. Termasuk aku yang sedang berdiri.
Rasanya dia sedang bermasalah. Masalah tidak boleh
menahan kemarahan.
" Saya nak naik kementerian. Nak buat aduan tentang sekolah
yang saya pergi sebelum ini". Sambungnya lagi.
" Saya dah mendaftar anak disana 2 tahun lepas. Tapi
tidak diterima kerana telah penuh". Dia menyambung.
"Di sini juga telah penuh encik".Aku cuba menjelaskan
lagi.
"Saya dah penat ni, Semua sekolah tidak mahu
terima anak saya. Puan bagi saya nama puan, Saya
hendak ke Kementerian buat aduan". Dia mengugut.
Aku mati bicara. Jantung berdegup kencang. Kemarahan
tidak dapat aku bendung. Takut tidak terkendali.
Kurang ajar. Bisik hatiku. Aku manusia. Lemah.
Ampunkan Ya Allah.
Tanpa sepatah kata aku berpaling
daripada berhadapan dengannya dan masuk kebilik.
Duduk dan beristighfar. Jika aku berdiri lagi sudah pasti suara
akan meninggi.
"Ya Allah. Berilah aku kesabaran". Dalam hati aku merayu.
Hjh Zainon. Pembantu Am Pejabat mengekoriku.
"Macamana cikgu, nak terima ke?
Aku hanya mengangguk. Tanda terima.
SUKAR
Terasa sukar untuk menjelaskan kepada ibubapa.
Hanya tahu masalah mereka akan selesai
apabila dapat mendaftarkan anak ke sekolah yang
menjadi laluan pergi dan balik bekerja.
Turunkan pagi, Ambil semula tengah hari,
Jumlah murid yang ramai mengundang banyak
masalah kepada guru dan murid sendiri.
Ramai murid yang tidak menguasai kemahiran
yang dipelajari kerana tidak dapat bimbingan penuh
daripada guru.
Masalah tingkahlaku murid menjadi-jadi. Sukar dikawal.
Ya. Allah. Aku bermohon padaMu. Permudahkanlah
segala urusanku dan rakan-rakanku.
Kau Maha Mengetahui.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan