Rabu, 20 November 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ALLAH MAHA BERKUASA

Keputusan UPSR yang baru  diumumkan pada  14 Nov 2013 memberi
banyak pengertian  kepada guru-guru, ibu bapa juga  murid-murid.

Pada hari  itu ada anak-anak yang baru mengenal apa itu kesedihan,
kekecewaan.  Sebahagian  darinya kelihatan ceria  meskipun
keputusan  tidak seberapa.Yang betul-betul  berjaya,  terpancar cahaya
gembira diwajah mereka.

Rakan-rakan guru nampak tidak  ceria.  Ada yang mengalirkan airmata.
Ternyata mereka  kecewa.

Ibubapa serupa.  Yang berjaya anaknya nampak gembira.
Ada yang macam biasa sahaja. Ada yang nampak  hampa.

Bagiku, keyakinan semakin tinggi.  Bukti tentang Allah maha berkuasa.

Memberi atau  sebaliknya meskipun kita telah  banyak  berusaha.
Telah banyak bersujud memohon kepadanya.

Paling penting   DIA  yang lebih tahu akan segala rahsia disebalik
sesebuah cerita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan