Jumaat, 29 November 2013

Khamis, 28 November 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MUHASABAH


Yang pergi tidak  akan kembali.

Pergi dengan cara mudah semasa
menghadap  Ilahi adalah impian semua.

 Muhasabah diri untuk kita
Yang masih bernyawa 

Satu hari nanti
Kita juga akan mengalami cerita serupa.

 Oleh itu sebelum kita kesana
 Berusahalah untuk permudahkan segala perkara

Samada  untuk  keluarga kita,
Untuk rakan kita,
Untuk kerjaya kita,
Untuk semua manusia.

Permudahkanlah,   
Agar  segala usaha kita juga akan lebih menjadi mudah.
Hidup kita menjadi mudah .
Yang penting kita pergi menghadapnya dengan cara yg lebih mudah 
Insyaallah 

Rabu, 20 November 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/SATUKAN DOA

Terlalu  sukar bagiku memilih  ayat yang sesuai bagi
menulis kisah  ini.  Pun begitu yang dapat di katakan ialah
selagi ia tidak  tertulis terasa ada sesuatu yang belum
aku selesaikan .

Jadi.... kutuliskan ceritanya...
 
Seorang bapa datang berdiri disebelahku selepas aku menyampaikan
slip keputusan UPSR kepada murid-murid yang mendapat keputusan
5A dan 4A  pada hari itu.

Dia meminta kebenaran untuk berbual  sebentar. Daripada berdiri
aku mempelawanya duduk.

Rasanya  tidak perlu aku tuliskan pandangan baik  yang diberikan
sepanjang aku bergelar guru besar di sekolah hebat itu. 

Pun begitu aku amat terharu dengan satu kenyataan ikhlas darinya.

"Saya rasa terkilan kerana semasa ingin memohon  doa puan minta
semua ibubapa dan anak-anak ini datang agar doa dapat disatukan.
Agar permintaan Allah  kabulkan. Dengan doa semua hasilnya walaupun
tidak cemerlang dapat kita perolehi hari ini.

Saya mengambil cuti sebagai memenuhi  jemputan  puan

Tetapi.... apabila keputusan diumumkan puan hanya meraikan yang
berjaya. Yang kurang berjaya dibiarkan begitu sahaja.
Puan tidak beri peluang kepada mereka  untuk
bersalam buat kali terakhir sebelum mereka ke sekolah menengah.

Tidakkah puan dapat  rasakan kehampaan dihati mereka dan ibubapa yang
hadir pada hari ini?"

Tiada jawapan dapat aku berikan selain memohon maaf.
Terasa satu kesilapan besar telah kulakukan.
Diluar sedar   airmata mengalir.

Pun begitu sudah telewat. Mereka yang kurang berjaya gagal
untuk  aku raikan. Mereka  telah mula beredar   setelah mengambil
keputusan peperiksaan  daripada guru kelas masing-masing.

Segalanya masih segar dalam ingatan. Apa yang  kuharapkan
ialah semoga kesilapan tidak berlaku lagi pada tahun hadapan.


Aku bersyukur kerana Allah menghantar seseorang untuk menegur
akan kesilapan yang telah kulakukan.

Terimakasih.... semoga kita menjadi insan yang saling ingat
mengingatkan.  Insyaallah.



BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ALLAH MAHA BERKUASA

Keputusan UPSR yang baru  diumumkan pada  14 Nov 2013 memberi
banyak pengertian  kepada guru-guru, ibu bapa juga  murid-murid.

Pada hari  itu ada anak-anak yang baru mengenal apa itu kesedihan,
kekecewaan.  Sebahagian  darinya kelihatan ceria  meskipun
keputusan  tidak seberapa.Yang betul-betul  berjaya,  terpancar cahaya
gembira diwajah mereka.

Rakan-rakan guru nampak tidak  ceria.  Ada yang mengalirkan airmata.
Ternyata mereka  kecewa.

Ibubapa serupa.  Yang berjaya anaknya nampak gembira.
Ada yang macam biasa sahaja. Ada yang nampak  hampa.

Bagiku, keyakinan semakin tinggi.  Bukti tentang Allah maha berkuasa.

Memberi atau  sebaliknya meskipun kita telah  banyak  berusaha.
Telah banyak bersujud memohon kepadanya.

Paling penting   DIA  yang lebih tahu akan segala rahsia disebalik
sesebuah cerita.

Selasa, 12 November 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KURSUS

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Besar Negeri Melaka.
11-13 Nov 2013
Dynasty Hotel.
Pengisian:
1.Kaedah Baru Pemilihan Guru Besar dan Pengetua
3. Sarana Sekolah  dan Sarana Ibubapa
4. Ucaptama Pengarah Pelajaran Melaka
5. Taklimat Pengurusan Kurikulum


Gambar kenangan





Sabtu, 9 November 2013

BICARA. GURU PENDIDIKAN KHAS/ KEHIDUPAN

Semakin banyak cerita kehidupan yang telah kita lakonkan
membuat kita  lebih  mengerti bahawa Allah akan 
terus menguji selagi nafas tidak berhenti. 
Semoga akan ada ketabahan hati.
Insya Allah..

Jumaat, 8 November 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/HARI KUALITI SKDDH


Terima kasih dan tahniah kepada semua yang sudi membantu. 
Segala kesungguhan dan keikhlasan semoga mendapat rahmat daripada 
Allah s.w.t. juga menjadi satu ibadah. 
Insyaallah

Gambar Kenangan

Tokoh murid lelaki

Tokoh murid perempuan
T Okoh murid Bersama ibubapa, pegawai seranta dan pentadbir sekolah
Pembaca terbanyak takap 1
Pembaca terbanyak tahap 2
Pengawas terbaik lelaki
Pengawas terbaik perempuan
Guru peminjam buku terbanyak
ANUGERAH Guru Besar kategori Kurikulum
ANUGERAH guru Besar kategori HEM
ANUGERAH guru Besar kategori  ko kurikulum
Yang setia menanti sehingga tamat majlis .

Khamis, 7 November 2013

BICARA guru PENDIDIKAN KHAS/ Hari Kualiti SKDDH

Tarikh: 7 Nov 2013
Hari: khamis
Perasmian: Disempurnakan oleh : 
Puan Rusziah bt Hj Yahaya
Penyelia PPD akademik rendah